Iktibar dan Pengajaran dari Ramadhan

Salam ramadhan dan selamat berpuasa untuk Anda semua pembaca yang disayangi. Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang penuh dengan rahmat. Bulan yang  penuh dengan rahsia yang tersembunyi jika kita tahu bagaimana untuk mengkaji dan mengambil iktibar daripada hikmah yang tersurat dan tersirat.

Banyak peristiwa-peristiwa besar yang pernah berlaku di bulan ramadhan, seperti Israk dan Mikraj, pensyariatan solat dan banyak lagi peristiwa besar yang boleh dijadikan iktibar berlaku di bulan ramadhan. Itu semua adalah yang tersurat dan sentiasa disebut-sebut dan selalu diceritakan dimana-mana ceramah.

Saya yakin ramai yang datang ke blog ini kerana inginkan kejayaan dan cintakan kejayaan. Ambillah sedikit masa Anda untuk mengkaji apakah hikmah disebalik Ramadhan dan apakah kaitannya  dengan kejayaan. Sebenarnya dari bulan ramadhan inilah kita boleh belajar tentang mindset, boleh belajar tentang kesabaran dan banyak lagi perkara yang dapat kita pelajari dan ambilkan ianya iktibar bagi membantu Anda memperolehi kejayaan.

Tidak ALLAH wujudkan sesuatu perkara itu dengan sia-sia dan tanpa tujuan. Pasti ada hikmah dan pelajaran yang boleh kita pelajari. Cuma kita sebagai hamba yang berakal, mencari dan sentiasa mencari  apakah hikmah dan tujuan tersebut. Ambil iktibar daripadanya, pelajari dan amalkan ia  dalam kehidupan harian.

Comments

Got something to say?