Adakah Anda Akan Menjadi Mangsa Seterusnya?

Medan's Masjid Raya ('Great Mosque'). Indonesi... Image via Wikipedia

Salamat Hari Merdeka dan Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua pembaca di sini. Diharap agar anda semua mendapat kemerdekaan dari segi fizikal, mental, dan rohani serta dapat menyucikan diri kalian pada bulan yang mulia ini.

Mari kita lihat apa yang menarik dalam Bicara Selasa minggu ini. Tarik nafas panjang dan bayangkan keadaan ini.

Anda berlari sedaya upaya untuk melepaskan diri tanpa arah tujuan. Pengganas tersebut cuma di belakang anda sahaja. Mata anda sibuk mencari jalan keluar dalam hutan yang penuh dengan kegelapan.

Keadaan di sekeliling nampaknya hampir sama sahaja. Tak kira secepat manapun anda berlari, usaha anda nampaknya sia-sia sahaja. Kemudian, anda dapati bahawa selama ini, anda hanya berlari dalam satu bulatan yang tertutup dengan pengganas tersebut.

Anda iada jalan keluar melainkan anda tahu siapakah pengganas yang kejam tersebut.

Pengganas tersebut ialah minda anda sendiri. Ia merompak impian serta harta benda anda satu demi satu. Tak kira selaju manapun anda berlari, lambat laun, anda akan ditangkap oleh minda anda.

Satu-satunya cara untuk menghapuskannya ialah berhenti berlari, toleh belakang dan hunuskan “Keris Minda Positif” anda ke arahnya.

Sudah banyak kali kita membiarkan minda kita mempermainkan kita. Kita mengizinkan minda kita membunuh impian kita tanpa disedari.Akan tetapi, segala-galanya akan berubah mulai hari ini. Kita akan menamatkan perang minda ini dengan penuh keamanan.

Seperti yang kita sedia maklum, minda kita yang mencipta realiti kehidupan kita. Ia mungkin sukar untuk diterima pada mulanya kerana ia bertentangan dengan kepercayaan minda kita yang telah tertanam sejak kecil lagi tetapi Fizik Quantum telah membuktikan teori ini.

Jika minda anda memikirkan sesuatu yang positif, maka realiti yang terhasil juga positif dan sebaliknya.

Jadi, pastikan anda selalu bersedia dan bersenjatakan minda positif terutamanya apabila berhadapan dengan pengganas minda anda.

Ke arah kebebasan minda anda,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

Comments

3 Responses to “Adakah Anda Akan Menjadi Mangsa Seterusnya?”

  1. linn_comel on September 2nd, 2008 8:00 pm

    Hi Raymond,

    Artikel yang menarik dan seronok dibaca. Ya, betul apa yang Raymond nyatakan di atas.

    Apabila kita memberi peluang minda menguasai diri kita, rasakan penangan akibat serahan kuasa tersebut, kerana minda adalah penguasa yang kejam.

    Sekiranya Anda ketika ini berada di bawah kekuasaan minda, lakukan reformasi dan pastikan proses pertukaran atau pengalihan kuasa berlaku, hunuskan keris minda positif seperti yang Raymond katakan. Jangan tak tahu, minda adalah hamba yang paling setia dan patuh kepada Anda sekiranya Anda yang menguasai minda.
    Jadi lakukan reformasi sekarang. ..Inilah masanya untuk menjadi Tuan kepada minda Anda sendiri

  2. Raymond Chua on September 2nd, 2008 10:36 pm

    Berpuasa merupakan satu peluang yang baik untuk menguatkan lagi minda kita dan seterusnya mengalahkan “pengganas” tersebut.

  3. Zunizam Adib on September 3rd, 2008 1:48 am

    Hai Raymond,

    Artikel motivasi yg anda tulis merupakan sumber inspirasi saya. Saya telah menyertai satu program, dan selepas 3 bulan menyertainya…saya berpuashati dengan pencapaian yg diperolehi. Sesungguhnya perubahan MINDA amat penting
    dalam kehidupan seharian kita. Saya mungkin tidak mencapai apa yang saya inginkan sekiranya saya tidak mengubah cara MINDA saya sepatutnya digunakan.
    Hari ini, saya merasa amat bertanggung jawab untuk berkongsi peluang dan pengalaman dengan sesiapa sahaja yang sudi di atas kejayaan yang saya perolehi.

    Terimakasih kerana banyak memberi panduan yang amat berharga.

    rgds.nizam

Got something to say?