Komunikasi dengan ALLAH

Sebelum ini saya ada bercerita  tentang ikhlas yakin dan percaya dan diikuti bagaimana wujudnya cinta, Jadi hari ini pula saya ingin berkongsi pula bagaimana untuk berkomunikasi yang seterusnya akan membangkitkan rasa cinta kita kepada ALLAH dan seterusnya mewujudkan sikap ikhlas, yakin dan percaya .

Firman Allah : ” Aku selalu menuruti sangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Dan Aku selalu menyertainya ketika ia berzikir kepada-Ku. Dan jika ia ingat kepada-Ku di dalam jiwanya, maka Akupun mengingatnya di dalam Zat-Ku. Dan jika ia ingat kepadaku ditempat ramai, Akupun mengingatnya ditempat ramai yang lebih baik daripadanya. Jika ia mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku pun mendekat kepadanya sehasta, jika ia mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku pun ingat kepadanya satu depa. Dan jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku pun akan datang kepadanya dengan berlari cepat “

Hadis diatas sebenarnya memberikan jawapan yang terbaik bagaimana caranya untuk kita berkomunikasi dengan ALLAH. Kita disuruh berzikir atau zikrullah untuk sentiasa mengingatinya. Selain itu bagaimana untuk kita berkomunikasi, sentiasa berbicara pada diri sendiri. Jika selama ini kita lapar, kita hanya bertanya kepada nafsu kita seperti ” Nak makan apa ye hari ni?”, kita tidak pernah tanya Tuhan. Sedangkan siapakah yang memberikan kita rezeki?

Sepatutnya, “ya ALLAH, hari aku nak makan apa ya ALLAH ?”  Sekiranya kita berasa takut, katakan kepada diri Anda Ya ALLAH, aku  rasa  takut ya ALLAH.  Selain itu, sekiranya ingin melakukan sesuatu , minta izin dulu daripada ALLAH. Dari situlah wujudnya komunikasi seterusnya akan membangkitan rasa cinta kita kepada ALLAH.

Mudah bukan ? tidak perlu formal. semakin selalu kita berkomunikasi, semakin cinta kita kepada ALLAH. Anda boleh memulakannya setiap hari  dengan mengucapkan terima kasih atau syukur ketika bangkit daripada tidur.

Berkongsi kegembiraan pembaca blog linncomel

Kebelakangan ini, banyak perkara yang membuatkan saya berfikir dan terus berfikir. Semakin saya banyak mendalami ilmu minda semakin banyak kesedaran saya datang tentang kebesaran Al-Quran. Kadangkala saya merasa teramat geram apabila mengetahui banyak ilmu dan buku -buku berkaitan kejayaan dan minda hasil tulisan barat selama ini, sudah ada pun di dalam Al-Quran sejak 1300 tahun dahulu. Mengapa ilmu yang sepatutnya menjadi milik umat Islam, Tetapi dikuasai oleh penganut yang lain. Dimanakah kehebatan kita sebagai seorang muslim?.

Walaupun saya merasakan sedikit kesal dengan senario seperti ini. Namun saya bersyukur, semakin saya mendalami dan membuat kajian tentang minda dan kejayaan, semakin saya kenal siapa diri saya , dimanakah letaknya diri saya sebagai seorang manusia.

Saya sekadar ingin berkongsi kegembiraan seorang pembaca blog yang telah menghantarkan sms kepada saya.

Assalamualaikum Lin, Apa kabar? Akak nak share berita gembira ni, Akak dah dapat taska, mula ambil alih awal Nov, Akak mula amal kaedah Lin mulai april tahun ni. Affirmasi setiap lepas solat. Akak rasa macam tak percaya, dah ada taska. Alhamdulilah.

Tahniah saya ucapkan kepada K.Ita, banyakkan berdoa dan teruskan usaha dengan penuh yakin,takwa, tawakal  dan istiqamah (persistent), kerana itulah formula utama untuk kejayaan.

Semoga dengan kejayaan K.Ita ini dapa menjadi pemangkin untuk K.Ita memperolehi kejayaan yang lebih besar suatu hari nanti.

Alphabet kejayaan peribadi

Seorang pakar EQ bernama Patricia Paton memberikan tips untuk pembangunan diri , yang disebutnya alphabet kejayaan peribadi.

  • A:        Accept, Terimalah diri Andaseadanya
  • B:        Believe, Percayalah terhadap kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan dalam hidup.
  • C:        Care, Peduli  dan ambil berat terhadap  kemampuan Anda untuk meraih apa yang Anda inginkan di dalam hidup.
  • D:       Direct, Arahkan fikiran pada hal-hal positif  dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.
  • E:       Earn, Terimalah penghargaan yang diberikan oleh orang lain dengan tetap berusaha menjadi yang terbaik.
  • F:         Face, Hadapi masalah dengan benar dan yakin.
  • G:        Go, Berangkatlah dari kebenaran.
  • H:        Homework, Pekerjaan rumah adalah langkah penting untuk pengumpulan informasi.
  • I:         Ignore, Abaikan celaan orang yang menghalangi jalan Anda untuk mencapai suatu tujuan.
  • J:         Jealousy , Rasa iri dapat  membuat Anda tidak menghargai kelebihan Anda sendiri.
  • K:        Keep, Teruslah berusaha walaupun Anda berkali-kali menemui kegagalan.
  • L:        Learn, Belajarlah dari kesalahan dan berusaha untuk tidak mengulanginya.
  • M:       Mind, Perhatikan urusan orang sendiri dan jangan menyebar gossip tentang orang lain.
  • N:        Never,  Jangan terlibat skandal seks, ubat terlarang dan alkohol.
  • O:        Observe , Amatilah segala hal di sekeliling Anda. Perhatikan, dengarkan, dan belajarlah dari orang lain.
  • P:         Patience, Kesabaran adalah kekuatan tidak ternilai yang membuat Anda terus berusaha.
  • Q:        Quotation, Pertanyaan diperlukan untuk mencari jawapan yang benar dan menambah ilmu.
  • R:        Respect, Hargailah diri sendiri dan juga orang lain.
  • S:         Self Confidence, self esteem, self respect, Percaya diri, aktualisasi diri, penghormatan diri membebaskan kita dari saat-saat tegang.
  • T:        Take, Bertanggung Jawab atas setiap tindakan Anda.
  • U:        Understand, Pahamilah bahwa hidup ini selalu naik dan turun, namun tidak ada yang dapat mengalahkan Anda.
  • V:        Value, Nilailah diri Anda sendiri dan orang lain, berusahalah melakukan yang terbaik.
  • W:       Work, Bekerjalah dengan giat, dan jangan lupa berdoa.
  • X:        Exttra, Usaha yang lebih keras membawa kejayaan
  • Z:         Zero, Usaha 0 membawa hasil 0

Next Page »