Prinsip hidup, visi dan misi idola

Saya tertarik untuk berkongsi cerita mengenai seorang idola saya. Buat masa ini saya tidak akan paparkan nama beliau, cukup jika saya letakkan A, mewakili diri beliau. Ya, sudah bertahun-tahun saya menjadikan beliau idola saya, terutama apabila melihat kejayaan yang telah beliau capai hari ini.

Saya amat teruja apabila melihat salah satu misi yang ditulis pada tahun 1995, telah tercapai walaupun beliau mengatakan ia hanyalah langkah awal untuk mencapai misi beliau yang sebenar. Misi tersebut ialah ingin membantu seramai  mungkin orang lain dengan cara  terbaik yang dapat dilakukan selama hidup beliau.

Saya juga amat tertarik dengan prinsip hidup yang menjadi pegangan beliau,kejayaan bukan dinilai dari seberapa tinggi pencapaian hidup seseorang. Kejayaan  seseorang lebih bermakna sekiranya semakin ramai orang lain  yang dapat dibantu ke arah yang lebih baik, menjadi yang lebih baik,  dan kembali ke fitrah mereka masing-masing.

Dan visi kehidupan idola saya ini pula,beliau  ingin menjadi diri  yang terbaik di bidang apapun yang beliau ceburi.

Ya, A adalah idola saya, kerana kami memiliki visi dan misi  dan prinsip hidup yang tidak jauh berbeza. Mengapa saya paparkan cerita tentang idola saya ini? kerana saya ingin anda semua belajar tentang kesungguhan dan keazaman beliau, setiap apa yang diinginkan oleh beliau, telah beliau tulis dan sekarang benar-benar mendatangkan hasilnya.

Ramai diantara kita mempunyai visi dan misi. Tetapi hanya menyimpan ianya di dalam fikiran, tidak ditulis tidak di catat. Apa yang ingin anda lakukan simpanlah impian untuk jadi yang terbaik. Saya tertarik dengan kata-kata yang di ucapkan oleh Mendiang  Bruce Lee, dalam menguasai seni mempertahankan diri wusyu atau kung-fu.

“Saya tidak pernah mengaku bahawa sayalah yang pertama, tetapi saya tidak akan membiarkan diri saya menjadi yang kedua”.

2009 tahun wanita dan pendidikan

November sudah pun hampir sampai ke penghujungnya. Tinggal sebulan lagi untuk kita berjumpa  tahun 2009. 2008 bagi saya umpama tahun untuk saya belajar. Banyak perkara yang saya telah tempuhi dan semoga ianya dapat dijadikan panduan untuk saya menempuh kehidupan yang akan datang.

InsyaALLAH, 2009 saya akan menjadi lebih produktif, Antaranya insyaALLAH saya akan mengeluarkan semula ezine minda sukses,dan akan mengeluarkan ebook percuma untuk Anda. Melalui blog ini pula, insyaALLAH  saya  juga akan menyentuh tentang hukum-hukum selain law of attraction yang membantu seseorang individu untuk berjaya seperti the vacum law of prosperity, law of vibration, law of deliberate creation, law of allowing, law of sufficient abundance, law of detachment , law of polarity dan hukum-hukum lain yang saya kira boleh membantu seseorang individu untuk berjaya, kerana Seperti yang kita tahu, LOA sahaja tidak cukup untuk membantu kita berjaya.

Sebenarnya terdapat beberapa perancangan lagi untuk tahun 2009, tetapi ianya kan dilakukan tanpa melibatkan medium internet iaitu offline bagi mengejar target yang saya impikan.Apa pun saya berharap setiap apa yang akan saya lakukan akan memberikan faedah yang terbaik untuk saya dan juga individu lain.

Dan bagi pembeli ebook magnet rezeki, insyaALLAH akan menerima banyak lagi bonus yang akan saya hantar ke email Anda, seperti ebook-ebook dan mp3 hipnosis, hukum tarikan dan sublingual message yang menjadi koleksi peribadi saya. Saya masih lagi berhutang kepada Anda, akibat daripada kerosakan window laptop saya yang diserang virus. Apa pun kepada Anda adalah keutamaan saya.

Sekadar  berkongsi informasi bersama Anda, 2009 adalah tahun wanita dan tahun pendidikan, sekiranya dikira melalui kaedah numerology. Kepada wanita ambillah peluang ini untuk mencipta kejayaan, kepada kaum lelaki pula, ambillah peluang untuk melakukan perniagaan yang berkaitan dengan wanita ( tetapi jangan sekali-kali mempergunakan wanita). Kepada individu yang melibatkan diri dengan perniagaan berkaitan pendidikan insyaALLAH 2009 adalah tahun untuk Anda lebih bekerja keras untuk mencapai kejayaan. Semoga berjaya !

Istimewa untuk usahawan dan bakal usahawan

Jika masih ingat, seminggu yang lalu saya ada memperkenalkan pakej niagakit hasil buah tangan team flarebiz, Alhamdulillah, dengar-dengar sambutan yang diterima amatlah menggalakkan. Sebenarnya saya juga amat tertarik dengan konsep design yang dikeluarkan oleh mereka.

di bawah adalah antara hasil website yang dikeluarkan oleh niagakit:

Amat menarik sekali dan sedap mata memandang. Yang pasti sudah ada pelanggan yang memperolehi hasil jualan dari pada website niagakit yang dibina dan dibantu dari segi search ranking oleh team flarebiz. Apa pun tahniah hasil daripada usaha ini. Semoga niagakit dapat membantu lebih ramai usahawan lagi untuk berjaya.

Yang terbaru saya juga agak tertarik dengan ebook yang dikeluarkan oleh Shuth, pemilik forum wang cyber.com

Penulis ebook ini berkongsi cerita tentang pengalaman beliau bagaimana untuk

  • Mencari sumber Untuk Mencari Produk dan Pembekal
  • Tips-tips mencari produk yang sesuai dan terlaris di pasaran
  • Tips membungkus dan menghantar produk
  • Tips memilih syarikat kurier
  • Panduan bagaimana menganalisa pasaran dan pesaing?
  • Panduan bagaimana memenangi persaingan?
  • Tips memilih jenis website jualan yang sesuai
  • Serta “rahsia” mempromosikan website.

Jadi bagi individu yang mempunyai perniagaan offline dan ingin mengadaptasikan perniagaan mereka secara online sebagai method pemasaran, saya amat menyarankan Anda untuk memiliki niaga kit dan ebook produk fizikal sebagai panduan. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan untuk anda terus berjaya dalam perniagaan anda. Semoga berjaya

Kedai Online

Next Page »