Di Manakah Titik Permulaan?

Cameron Highland situated in Pahang

Image via Wikipedia

Bertemu kembali dalam alam maya ini. Seperti biasa, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Mungkin anda tertanya-tanya ke mana Raymond ini pergi pada hari Selasa yang lalu. Sebenarnya saya berada di negeri Pahang untuk menghadiri Enlightened Warrior Training Camp anjuran T Harv Eker pada hari Selasa yang lalu dan artikel ini sepatutnya dijadualkan untuk post secara automatik pada hari Selasa yang lalu. Akan tetapi, oleh kerana terdapat sedikit masalah teknikal, ia tidak diterbitkan sepertimana yang telah dirancang. Jadi saya pun terbitkan artikel berikut untuk Bicara Selasa minggu ini.

Dalam minggu ini, kita akan mengkaji titik permulaan bagi kejayaan anda. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa anda telah menimba banyak ilmu daripada blog ini.

Perkongsian ikhlas daripada Linn telah membuka mata kita kepada dunia yang penuh dengan kemungkinan. Bukunya, Magnet Rezeki telah membongkarkan banyak rahsia untuk mencapai kejayaan tak kira siapa anda.

Kadang-kadang terlalu banyak cara yang tertera di hadapan mata kitalah yang mengaburkan penglihatan kita. Ramai orang tidak berjaya bukan disebabkan oleh kekurangan ilmu tetapi tak tahu nak mula dari mana selepas menimba ilmu yang diperlukan.

Blog ini telah memberikan banyak cara untuk mencapai kejayaan tetapi tidak pula menunjukkan langkah pertama, kedua, ketiga dan sebagainya.

Adakah ini persoalan selalu bermain-main di sanubari anda?

Sebab mengapa saya tidak menunjukkan langkah-langkah tersebut ialah … mencapai kejayaan bukan sperti membaca buku. Proses mencapai kejayaan tiada bab 1, bab 2, bab 3 dan seterusnya.

Setiap orang mencapai kejayaan dengan cara-cara yang tersendiri. Tak percaya? Cubalah baca biografi beberapa orang yang berjaya. Cara mereka semuanya berbeza.

Jadi, macam mana nak mula?

Untuk berjaya dalam sesusatu bidang atau pun perkara. Anda perlu pilih satu perkara yang anda hendak majukan. Jika anda ingin menguasai kemahiran visualisasi, lakukan visualisasi tersebut setiap hari sehingga ia menjadi salah satu daripada tabiat anda.

Lupakan yang lain. Orang tamak selalu rugi. Bagai anjing dengan bayang-bayang. Selepas anda sudah menguasai visualisasi, barulah cuba cara yang kedua dan mahirkannya dengan usaha yang tetap dan konsisten.

Jika anda melakukan visualisasi hari ini, belajar perniagaan esok, belajar meditasi lusa dan sebagainya, anda tidak akan berjaya. Setiap orang yang berjaya mempunyai satu persamaan iaitu mereka amat fokus kepada satu perkara sahaja. Tiada yang lain.

Pilih suatu perkara yang anda ingin mahirkan sekarang juga. Kemudian, fokuskan perhatian anda untuk memajukan diri anda dalam bidang atau perkara tersebut.

Selepas sebulan, anda akan lihat kesannya.

Buka buku Magnet Rezeki anda dan pilih SATU cara. Ingat: Satu cara sahaja dan mula amalkannya setiap hari. Jika anda masih hairan apa sebenarnya buku Magnet Rezeki tersebut, dapatkannya di sini !

Selamat menjemput rezeki,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Comments

2 Responses to “Di Manakah Titik Permulaan?”

  1. VOY on November 5th, 2008 10:05 pm

    btol ckp linn, saya sendiri mengaku byk perkara yg selame ni tatau skarang dah tau dengan tips2 yang membina mmg bagos.

  2. linn_comel on November 6th, 2008 6:43 am

    Voy, Artikel di atas hasil tulisan Raymond, bukan saya yang tulis

Got something to say?