Peristiwa minggu lepas
Minggu lepas saya tertanya-tanya kemana pergi saudara Raymond, Tiada update dari blog beliau, saya juga tidak menerima email yang kebiasaan dihantar oleh beliau kepara semua subscriber, dan saya tidak nampak avatar beliau di ruangan mybloglog yang terdapat di sebelah kiri blog saya. Pada mulanya agak risau, cuma mampu berdoa semoga beliau selamat.
Alhamdulillah, baru semalam saya dapat tahu bahawa beliau pergi menuntut ilmu di Enlightened Warrior Training Camp.Apa pun inilah semangat yang sentiasa saya kagumi tentang Raymond yang sentiasa menuntut ilmu . Apa pun satu hari nanti saya berharap Raymond dapat menjalankan seminar untuk mendapatkan hasil daripada ilmu yang beliau miliki. Mungkin saya boleh JV kut dengan Raymond satu hari nanti. Semoga diizinkan ALLAH.
Minggu lepas juga saya menerima email daripada Labanon daripada team flarebiz yang bercerita tentang produk terbaru beliau iaitu laman web untuk individu yang menjalankan perniagaan produk fizikal melalui internet iaitu niagakit. Disebabkan buat masa ini saya masih belum menjalankan perniagaan produk fizikal melalui internet, Jadi saya hanya mampu membaca email beliau, tapi saya akui laman perniagaan niagakit yang dibina oleh team flarebiz tersebut akan dapat membantu menyelesaikan masalah bagi individu yang mempunyai perniagaan offline dan ingin meluaskan empayar perniagaan secara maya dan juga individu yang teringin mempunyai perniagaan internet yang menawarkan produk fizikal, mungkin ianya sesuai kepada usahawan MLM dan yang menjalankan perniagaan dari rumah kerana team flarebiz juga menawarkan tarikan traffik atau pengunjung percuma daripada search engine. Apa pun tahniah kepada Team flarebiz yang sentiasa maju dan terus maju dengan produk terbaru beliau niagakit.
Minggu lepas juga tiba-tiba saya terfikir untuk membuka mind restructure center sendiri. Bilakah masanya masih belum dapat saya tentukan. Tetapi keinginan itu datang dan sentiasa datang. Sekiranya jadi saya akan menawarkan perkhidmatan hipnosis dan hipnoterapi . Adakah sesiapa dikalangan Anda yang berminatuntuk menjadi ahli hipnosis dan hipnoterapi bersama saya?. InsyaALLAH saya akan umumkan apabila sudah bersedia .
Apa pun saya maklumkan lebih awal, apa jua taraf pendidikan Anda ketika ini, Anda layak untuk bekerja bersama saya ( bukan pekerja tetapi rakan niaga) asalkan Anda mempunyai keinginan untuk belajar dan memenuhi beberapa kriteria yang akan saya tetapkan.
Comments
6 Responses to “Peristiwa minggu lepas”
Got something to say?


Terima kasih Linn. Sokongan yang Linn berikan amat saya hargai.
sebut pasal bisnes, skang ni saya tgh timba ilmu nak bukak bisnes, harap2 semua berjalan lancar. saya tak suka makan gaji, suka tak suka kalo tepakse lain criter, tp prefer bisnes.
Salam,
Saya berminat.
Apakah kriteria yang Lin cari?
Terima Kasih.
Saya pun sama berminat jugak….hehe
Terima kasih Ain dan Nora, segalanya masih lagi dakam perancangan. Masih belum di buka
Salammm..Lin, saya mungkin warga Sabahan pertama yang nak jadi rakan kongsi Lin..Tak tau la Shueqry berminat jugak ker tak ??