Barack Obama, Anda dan sejarah
Semalam, seluruh dunia menyaksikan kemenangan golongan minoriti African -American selepas majoriti penduduk Amerika menyokong Senator Barack Obama sebagai presiden Amerika yang ke 44.
Sebagai rakyat Malaysia, apakah yang boleh kita pelajari daripada kemenangan tersebut?
Walau dimana juga kedudukan kita ketika ini, walau apa pun bangsa kita, walau apa jua halangan atau cabaran yang telah ditempuhi asalkan kita mempunyai keazaman, keinginan keyakinan dan kepercayaan, kejayaan bukanlah satu perkara yang mustahil. Obama telah membuktikannnya.
Sekiranya Obama mampu mencipta sebahagian sejarah Amerika, walaupun tidak dilahirkan dalam keadaan mewah, Anda juga pasti dapat mencipta sejarah hebat Anda yang tersendiri.
Mungkin Anda tidak mencipta sejarah sebagai seorang perdana menteri atau presiden, cukuplah satu sejarah untuk diri Anda ingati, sejarah hebat untuk Anda bercerita kepada generasi keturunan Anda. Sejarah yang menjadikan diri Anda sentiasa dikenang dan dikagumi dan sejarah yang memberikan panduan dan semangat untuk generasi keturunan Anda sentiasa mencipta kejayaan demi kejayaan.
Percayakah Anda, adakalanya sejarah yang menjadikan kita dan generasi kita terus gagal, dan sudah pasti sejarah juga yang menjadikan diri kita cemerlang dan gemilang.? Percayakah Anda? Jom kita bincang sebelum saya memberikan lebih huraian untuk artikel saya yang akan datang.
Comments
3 Responses to “Barack Obama, Anda dan sejarah”
Got something to say?


Hmm.. Sebenarnya kita boleh mencipta sejarah sendiri sebelum sejarah hidup kita menjadi realiti.. tapi bagaimana yer..?
Kita boleh ‘back to the future’ atau ‘move to the future’ dengan mengambil iktibar masa yang telah berlaku dahulu dan sekarang ini. Orang-orang yang telah berjaya dahulu spt “Abraham Linchon” telah dapat membebaskan pemikiran perhambaan dikalangan golongan kapitalis serta masyarakat setempat.
Yang bagusnya sekarang ini telah ada kesedaran yang menunjukkan sesiapa pun BOLEH menjadi apa yang mereka kehendaki sekiranya berusaha dengan yakin dan bersungguh-sungguh sehingga berjaya apa yg mereka hajati.
Mungkin sikap prejudis berhubung perbezaan kulit dan keturunan masih ada menebal dikalangan rakyat Amerika khasnya namun kesedaran sejagat bahawa sesiapa yg mencari musuh akan ditentang oleh golongan masyarakat mereka sendiri. Akhirnya kerajaan itu yang ada akan jatuh dengan sendirinya..
Spt firman Allah; antara maksudnya “Dialah yang memberi kekuasaan (pemerintahan) kepada sesiapa yg Dia kehendaki dan Dialah jua yang menarik (menjatuhkan) barang siapa yg Dia kehendaki..
wallahualam..
btol kata linn, sejarah mmg mempengaruhi, saya nak kongsi satu sejarah saya sendiri. keturunan keluarga saya sebelah ayah mmg pelik, mereka lebihkan orang lain dari keluarga. jadi sampailah ke ayah saya pon mcm tuh, so bila ayah kawen dengan mak, mak saya lain sedikit walaupun mak dan ayah asal dari moyang yg satu. so mak saya telah mengubah sejarah itu dari berterusan, dia mendidik anak2 supaya tidak copy sifat2 yg tak elok dari keturunnan mak dan ayah. jadi boleh di katakan sejarah kami sebenarnye bermula dari mak dah ayah kami, dan dari generasi mak dan ayah saya kami memulakan sejarah baru dengan page yg baru.
Apa yang pasti ialah, beliau pasti mahir membuat visualisasi dan yakin akan kejayaan sendiri.