Keghairahan Sebagai Pemangkin Anda

Sanya Sunset

Image via Wikipedia

Selamat kembali ke Bicara Selasa minggu ini.Saya Raymond Chua dari blog Attracting Your Goals . Asalnya saya ingat saya tidak dapat menulis untuk Bicara Selasa minggu ini kerana saya mengalami kemalangan pada hari Ahad yang lepas.

Seluruh badan cedera teruk dari kepala hingga ke kaki. Walau pun nak bergerak pun susah, saya tidak mahu menjadikan perkara ini sebagai alasan untuk mendapatkan “cuti rehat”. :)

Saya bertekad untuk menulis artikel untuk hari ini tak kira apa jua halangan yang datang. Jangan lupa doakan kesihatan saya. ;)

Berbalik kepada topik minggu ini. Dalam minggu ini, saya akan berkongsi sedikit tentang keghairahan.

Keghairahan anda mencipta impian anda. Andakah anda tahu apakah perkara yang mengghairahkan anda? Berikut adalah beberapa tip untuk anda?

Apakah yang mengghairahkan anda dalam kehidupan anda?

Apakah yang menyebabkan anda terlalu asyik sehingga melupakan masa?

Apakah perkara yang sanggup anda lakukan secara percuma?

Biar saya berikan satu contoh. Mengajar merupakan sesuatu yang mengghairahkan saya. Saya suka mengajar orang lain perkara-perkara yang saya tahu dan ia dapat memuaskan hati saya. Selain itu, saya juga sanggup melakukannya secara percuma (seperti menulis dan mengajar dalam blog ini)

Bagaimana pula dengan anda? Apakah keghairahan anda? Apakah visi anda?

Bagaimanakah anda melihat diri anda dalam 5, 10, 30 tahun yang akan datang? Apakah perkara yang anda ingin dikenang?

Baru-baru ini, seorang pelajar saya memberitahu saya bahawa sekiranya dia berpeluang untuk menulis karangan yang bertajuk “Idola saya” lagi, dia akan menulis tentang saya.

Tak pernah terlintas pun dalam fikiran saya bahawa saya akan menjadi idola seseorang tetapi dikenang oleh pelajar-pelajar saya merupakan suatu permulaan yang baik.

Selepas anda dapat mencari arah tuju hidup anda, anda bolehlah mula memvisualisasikan masa depan anda dan gambarkan bahawa anda telah memiliki apa yang anda inginkan.

Kita dilahirkan dengan kebolehan untuk melakukan visualisasi. Ada orang panggilnya angan-angan dan ia berlaku secara semulajadi.

Ketika remaja dahulu, saya mempunyai keghairahan yang kuat untuk membaca buku-buku motivasi tetapi tetalu miskin untuk membelinya pada masa itu.

Jadi, apa yang saya buat ialah, saya berjalan kaki pergi ke kedai buku untuk membaca buku-buku yang saya minati. Jika tak habis baca, boleh continue lain hari.

Pada masa itu, saya selalu inginkan peluang untuk membaca buku-buku tersebut setiap hari tanpa sebarang masalah kewangan. Jadi saya pun memvisualisasikan impian tersebut.

Hari ini, saya memiliki terlalu banyak buku sehingga saya pun tak habis nak membacanya. Kebanyakkannya adalah percuma (bukan cetak rompak).

Bukan buku sahaja, saya juga mempunyai banyak audio dan video motivasi dan perniagaan yang mungkin mengambil masa berbulan-bulan untuk menonton serta mendengarnya (tanpa henti)

Itulah kuasa visualisasi.

Carilah keghairahan anda dan mula mencipta impian anda.

Selamat menjemput rezeki,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Comments

6 Responses to “Keghairahan Sebagai Pemangkin Anda”

  1. Ab Riza on November 11th, 2008 5:09 pm

    Reymond

    Saya sungguh simpati dengan musibah yang menimpa anda, sya doakan anda cepat semboh…. lakukan visualisasi selalu yang anda sihat.

    Cuma satu nak tanya, pernahkan pada bila-bila masa anda bervisulisasi bahawa anda mengalami kemalangan?

  2. linn_comel on November 11th, 2008 7:48 pm

    Hi Raymond,

    Takziah saya ucapkan apa pun semoga Raymond cepat sembuh. Sebenarnya untuk apa-apa kemalangan sekali pun ianya bukan sekadar berlaku melalui visualisasi.

    Adakalanya jika kita membaca tentang artikel kemalangan sekalipun, sebenarnya minda kita sudah fokus kepada kemalangan. Yang penting kita tahu bagaimana untuk mengendalikan minda kita

    Bercerita tentang visualisasi, sejak zaman kanak-kanak saya mempunyai impian untuk mempunyai library saya sendiri. Jadi disebabkan impian saya tersebut, pada umur 12 tahun saya telah meminjam buku dari perpustakaan sekolah dan menggantungkan buku yang dipinjam tersebut di dinding bilik kerana ingin memiliki library sendri.

    Sekarang, saya sudah pun memiliki library peribadi saya yang memuatkan hampir ratusan buah buku, sehingga rak saya tidak mampu lagi menampung buku yang ada. Malah banyak juga buku yang masih tidak dibaca. Sama macam Raymond.

    Apa pun ini yang dikatakan, impian menjadi kenyataan

  3. donnyien on November 11th, 2008 9:16 pm

    semoga cepat sembuh Raymond!

    saya ghairah menjadi manager di tempat kerja saya,hari2 saya bayangkan diri sebagai manager,sebelum tidur dan bangun pagi saya ambil beberapa minit
    untuk bermeditasi. saya ghairah mencari sebanyak maklumat mengenai Leadership.

  4. bard on November 12th, 2008 11:00 am

    Salam sejahtera dan semoga ceria hendaknya.

    Hi, Raymond. Mungkin tidak terlambat saya ucapkan salam takziah buat anda semoga tabah dan segera sembuh hendaknya.

    Apa-apa yg berlaku pada kita sememangnya tentu ada hikmah disebaliknya dan percayalah kita akan berterima kasih dan bersyukur kepada Tuhan mengapa sesuatu perkara itu terjadi.

    Tuhan hendak menjadikan sesuatu perkara bukanlah kerana ada sebab dan akibat tertentu. Ini kerana Dia tidak sama seperti makhluk yg dijadikannya itu. Dia bebas tidak dikandung oleh sebarang Hukum ke atas diriNya.

    Kitalah yang harus menilai baik dan buruk sesuatu kejadian itu. Kita dilahirkan dengan segala kelengkapan yg sempurna tanpa kita sedari.

    Saya nak cerita sikit tentang perkara ‘Procrastination’ (penundaan/penangguhan) .. [ maaf lah yer kalau terkeluar dari tajuk perbincangan ni ye..].

    Pada pandangan saya penangguhan itu suatu perkara yang tercela atau tidak bagus diamalkan. Namun dengan penangguhan ini jugalah kita masih lagi diberi kesempatan utk hidup dan berusaha didunia ini sebelum datangnya ‘Kiamat kecil/besar’. Seperti juga kita, walaupun memiliki pelbagai buku-buku yg bermutu tinggi, namun kita menangguhkan dari membacanya mungkin waktu kita yg terhad dengan aktiviti kita yg lain dan kita akan berazam utk berkongsi ilmu kepada org lain jika diberi kesempatan membacanya nanti.

    P/s: Terfikir saya tentang mengapa Iblis itu enggan tunduk sujud kepada kejadian Adam di alam azali dahulu. Utk menjadikan cerita ‘penangguhan’ inilah maka terjadinya peristiwa tersebut.. spt mana ayat AL-Quran bermaksud “Sesungguhnya iblis itu termasuk golongan yg diberi tangguh” (wallahualam)

  5. yatie79 on November 12th, 2008 4:48 pm

    hi Raymond…semoga cepat sembuh

    hai kak linn…yatie again..if you still remember me…

    macam mana ye saya nak gambar kan..perasaan saya sekarang nie….keghairahan untuk ada bisness sendiri…dalam masa yg sama tak tahu dari mana nak mula…emmm saya rasa saya perlukan seseorg yg sama minat macam saya…mungkin ada partner yg ghairah dlm nak buat bisness nie…boleh membantu dlm memulakan bisness …..

    harap kak lin/Raymond dapat membantu saya

  6. Raymond Chua on November 13th, 2008 10:18 am

    @ Ab Riza - Terima kasih. Visualisasi secara langsung, tidak. Penarikan secara tidak langsung, mungkin ya (Saya akan ceritakan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang)

    @ Linn - Nampaknya kita ada keinginan serta hobi yang sama. :)

    @ Donniyen - Terima kasih abang manager. Semoga impian anda tercapai.

    @ Bard - One thing leads to another. Saya pasti bahawa kemalangan ini merupakan sebahagian daripada proses untuk mencapai sesuatu yang saya inginkan.

    @ Yatie - Kalau tak ada pengalaman, saya cadangan anda bekerja dengan orang lain dahulu untuk belajar selok belok perniagaan tersebut. Buat lebih daripada apa yang disuruh dan anda akan dapat belajar banyak perkara.

Got something to say?