Masih dalam persoalan
Ketika saya bekerja dahulu, setiap hari waktu saya bekerja, mata saya pasti tidak dapat mengelak daripada memerhati sebuah rumah yang saya anggap hebat, ketika itu masih dalam pembinaan. Sekarang saya yakin rumah itu sudah siap sepenuhnya dan memakan belanja sehingga RM 10 juta.
Ya, rumah itu amat hebat. Tandas yang dibina di dalam rumahnya juga harganya menyamai sebiji rumah teres yang dijual pada waktu ini. Saya amat kagum, apabila mendengar kehebatan rumah tersebut, segalanya di import dari luar negara. Tiles dari Iran dan pekerja untuk memasang tiles tersebut juga di datangkan dari Iran. Alhamdulillah, saya amat kagum kerana dikatakan rumah tersebut adalah milik melayu Islam kita. Saya tumpang bangga.
Namun selepas saya berbicara dengan sahabat saya berkenaan rumah tersebut. Saya sedikit termakan kata-kata sahabat saya, apabila dikawasan rumahnya juga dibina pondok polis untuk mengawal dan juga jutawan tersebut mempunyai seorang anak yang masih belajar disebuah sekolah yang berdekatan dengan rumahnya.Untuk menghantar anaknya tersebut, katanya diiringi oleh 7 orang pengawal peribadi yang badannya tegap dan hebat.
Satu yang saya tertanya-tanya di dalam fikiran saya, adakah menjadi orang kaya, tidak selamat? Kepada siapakah kita perlu meminta perlindungan? . Teringat saya kepada apa yang saya telah pelajari.
Memiliki rumah yang besar, duit yang banyak, kereta yang hebat, tetapi jiwa masih dalam ketakutan, sentiasa merasa tidak selamat. Ianya masih belum dianggap berjaya, dan saya juga terfikir menjadi seorang yang benar-benar berjaya atau kaya, tidak semestinya kita perlu memiliki rumah yang berharga sehingga berpuluh juta, kerana kekayaan bukan dinilai melalui harta yang kita miliki, tetapi kekayaan itu datang dari dalam diri. Apa pendapat Anda?
Comments
8 Responses to “Masih dalam persoalan”
Got something to say?


Hi, Salam bahagian hendaknya..
Jawapannya Insurans..
Apa kena mengena dgn insuran ni.? Nyawa kena insuran?Harta benda kena insuran? Hatta duit dlm bank juga kena insuran? Ni dah melampau ni..!
Sedari dahulu lagi kita telah didedahkan dengan skim insuran ini. Anda saya dan masyarakat sekitar kita didedahkan dgn skim insuran ini sehinggakan kita dilingkari oleh perasaan ketakutan yg melampau. Org ramai akan cuba mempertahankan dirinya, hartanya dan kaum kerabatnya dgn cara membeli insuran ini. Para Nabi-nabi dahulu tak pernahpun ada ambil sebarang ‘insuran’ ini.. sehinggalah kezaman ni manusia telah lupa tanggungjawab masing-masing mempertahankan antara satu sama lain tanpa dikenakan sebarang bayaran atau ganjaran. (semuanya berpunca dari minda yg dijajah..)
Yelah, kita hidup perlu realistik, kata mereka. sekarang ni berbeza dgn dulu. kata mereka lagi. Beza apa ke halnya.. makan minum tidur bersuka duka semuanya sama dari dahulu atau sekarang mahu pun akan datang..
Paling ketara sekarang ni media massa mendedahkan pelbagai kejadian buruk yg berlaku disekitar masyarakat. Hampir semua muka surat kabar tak ade pun cerita perkembangan baru hal-hal pemikiran yg hebat. Penciptaan yg berinovasi dan segala hal-hal yg menyentuh perkembangan keperibadian yg luhur. Tak ade.. kalau ade pun nun dihujung muka surat yg kecil sahaja ruangannya.. Tak ade pun cerita hal-hal LOA yg boleh dijadikan bahan bacaan dalam sudut ruang perbincangan umum.. Sebabnya ‘keuntungan’ menjadi fokus utama mereka. Jadi tidak hairanlah mengapa cerita org jutawan kaya raya yg kena rompak, ugut, anak kena culik, tebusan dsbnya menjadi tajuk hangat media massa tersebut.
Akhirnya masyarakat akan melihat utk menjadikan impian kaya raya jutawan mahsyur sebagai satu perkara yg perlu dielakkan dari berlaku dalam kehidupan mereka.. Jadi biasa-biasa saja cukuplah.. ala kadar cukup makan sebulan jadilah.. [maaflah sungguh beremosinal pulak tulisan kali ni..]
Ya kita harus menghentikan pemikiran sebegini.. maka bersama-samalah kita bersatu menyedarkan masyarakat kita hari ini perhal pentingnya kemakmuran ini di kongsikan bersama.
Sekian. Terima kasih.
ada btol apa lin ckp, mungkin kekayaan tu terlalu subjektif pada sesetengah orang, ada org kaya raya, tp dia kurang menonjolkannya jadi tak perlulah dia kene ada pengawal peribadi pondok polis bagai. bg mereka yang suka akan rumah besar atau apa2 pon, dia org prefer utk berada dalam keadaan yg mcam lin ckp. but everyone have their own perception and for me i think i wouldnt do same as the owner of the house…maybe…
Kita perlu sentiasa ingat bahawa kekayaan yang ada pada diri kita itu ada lah kekayaan dari Allah dan disebalik itu ada tuntutan hak si fakir miskin, anak yatim didalam harta kekayaan tersebut. Kita cuma di pinjamkan sahaja kekayaan itu dan pada bila bila masa boleh di tarik balik nikmat kekayaan tersebut. Bersederhana lah didalam segala hal termasuk tempat tinggal ( rumah/istana) yang dibina. Setidak tidak nya dengan mempunyai rumah bak mahligai itu akan menarik perhatian penyamun penyamun untuk menjadikan kita target mereka. Kita akan sentiasa tinggal di dalam ketakutan. Putih mata orang tengok rumah kita.
pada pendapat saya, semakin diatas kedudukan kita,semakin ramai musuh kita. buat apa kaya raya kalau hati selalu dalam ketakutan?
boleh ke harta yang banyak tu di bawa ke syurga lepas mati nanti (bila2 je) ??
bersyukur selalu dengan apa yang TUHAN bagi dan jangan tamak haloba..
kekayaan akan datang dengan sendirinya bila kita bersyukur dan bersyukur kerana segala kekayaan itu datangnya dari TUHAN betuk tak?
kekayaan bagi saya merangkumi segala aspek dan tidak semestinya kepada kebendaan shj..
sekian..
donnyien ,
Kekayaan tidak mendatangkan musuh. Semua orang berhak kaya. Cuma bagaimana untuk kita menangani kehidupan kita dalam apa jua perkara yang kita lakukan adalah amat penting.
Ada yang semakin kaya, semakin disayangi keran sikap baik yang ada pada diri mereka. begitu juga sebaliknya.
Kaya bukanlah satu kesalahan, tetapi ianya satu keuntungan di dunia mahupun di akhirat jika kita tahu menguruskannya dengan cara atau kaedah yang sebenar.
Errr..Cik Lin dah berhenti kejer ker skang ???
hi linn_comel,
betul kata linn.thanks kerana mengubah mindset saya yang selama ni terhadap kekayaan.
bila saya kaya nanti,saya akan dermakan wang saya kepada orang miskin dan tubuhkan yayasan donny.
assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mengambil kata2 seorang penulis/Ulamak Indonesia “Bukan saya mahu kaya tapi HARUS kaya”,itu yang sewajarnya umat Islam harus lakukan.
Dengan mengambil pandangan positif kisah di atas,mungkin…1) Kita pun tak tahu apa yang di dalam fikiran jutawan itu sebenarnya mengapa dia membina mahligai semahal itu,mungkin juga kalau kita dalam kedudukan itu kita membuat perkara yang sama?
Teringat satu artikel Linn,yang mana perasaan kita berbeza dengan hanya ada duit RM10 dengan RM100,RM1000 dan seterusnya.
Apa yang terfikir dalam fikiran saya ialah mungkin dia hendak menunjukkan(lambang) orang Melayu Islam mampu/boleh berjaya di mana kawasan yang dia duduki kemungkinan(boleh jadi pasti) tidak ramai oran melayu di kawasan itu.
Kalau kita susuri sejarah silam, Islam khususnya ada mengisahkan ttg Khalifah pada masa itu menghantar utusan kepada Raja Rom(kalau salah sila betulkan) untuk mengajak masuk Islam atau duduk di bawah naungan Kerajaan Islam,utusan Khalifah memakai pakaian yang cantik dan baik kualiti kainnya,bukan untuk bermegah ttp hendak menunjukkan yang Islam itu sangat menjaga adab dan ketrampilan.
Yang ke-2 pula,semalam saya terbaca satu berita mengisahkan pemandu F1 Lewis hamilton menggajikan beberapa pengawal peribadi untuk kekasihnya,termasuk juga pemain bola sensasi David Beckham mengupah pengawal peribadi untuk dirinya,isteri dan anak-anaknya.Mungkinkah boleh kita katakan…”Inilah harga yang perlu kita bayar untuk sesuatu kejayaan/kemasyhuran/kekayaan dsbnya?Sebab tiada yang percuma di dunia ini,semuanya perlukan pengorbanan.
kesimpulannya… Kaya Raya tidak salah,yang salah ialah Tidak Kaya2.