Magnet duit-Wang dan kejujuran

Sudah beberapa hari saya tidak mengemaskini blog, walaupun saya mempunyai niat untuk berkongsi cerita bersama anda di blog ini, namun saya akui moral untuk saya menulis tempoh hari agak kurang stabil, kerana hosting blog ini mengalami gangguan beberapa hari yang lepas.

Sebenarnya ketika ini saya juga mengalami kekangan masa juga kerana ketika ini saya sedang menghabiskan analisa tarikh lahir seperti yang saya telah janjikan kepada 25 orang individu dan ketika ini tinggal lagi 5 orang untuk disiapkan, kepada individu yang sepatutnya menerima analisa tarikh lahir daripada saya harap bersabar, kerana saya mengambil masa minimum 3 hari untuk menyiapkan laporan analisa bagi seorang individu, dan adakalanya mengambil masa 4 hingga 5 hari untuk saya menyiapkannya, kerana laporan analisa juga memerlukan idea dan pandangan daripada saya, berdasarkan potensi yang ada pada seorang individu, dan jangkaan berdasarkan kitaran tahunan, zon morfomatik dan graf tenaga hayat , sebenarnya ia tidak semudah yang saya sangka. Apa pun saya akan cuba menyiapkan secepat yang mungkin.

Ketika ini juga saya sedang membuat kajian mengenai duit dan minda. Jadi hari ini juga saya ingin berkongsi tentang psikologi duit. Apa yang saya tahu duit adalah alat spiritual yang mempunyai energi atau tenaga seperti makhluk lain yang juga berada di muka bumi ini.

Untuk menjalinkan persahabatan yang baik diantara diri kita dengan wang. Atau dengan kata lain, anda menjadi magnet duit, kita tidak boleh lari daripada aspek etika dan kejujuran. Apa kaitan diantara wang dan kejujuran?

Katakan Anda pergi menjamu selera di sebuah restoran. Selepas Anda makan, tibalah masa untuk membayar harga makanan yang telah dinikmati. Katakan makanan dan minuman yang anda perlu bayar berharga RM 23 dan Anda membayar tuan punya restoran tersebut dengan satu keping duit RM50. Dan baki yang dikembalikan adalah RM29, sedangkan jumlah sebenar ialah RM27.

Anda mengetahui bahawa jumlah yang dipulangkan adalah terlebih dari jumlah yang asal, tetapi anda mendiamkannya walaupun anda telah mengetahuinya.

Seperti kita tahu, dari segi hukum agama, ianya adalah satu dosa. Bagaimana kesannya pula kepada psikologi kewangan anda?. Sebenarnya apabila kita tahu itu bukan duit kita yang sebenar, tetapi kita tidak jujur untuk memperbetulkannya dengan memulangkan wang lebih tersebut kepada tuan punya restoran, sebenarnya anda memberitahu kepada minda anda, bahawa anda tidak mempunyai wang, dan hasilnya minda separa sedar anda akan mula fokus kearah kearah mesej yang telah anda hantar tanpa anda sedari iaitu tidak ada duit. Oleh itu minda akan bekerja untuk memastikan anda benar-benar tidak mempunyai wang, seterusnya wang anda akan dibelanjakan walaupun anda tidak mempunyai keinginan untuk membelanjakannya, seperti kereta rosak atau apa saja sesuai dengan mesej yang telah dihantar. Minda adalah hamba yang amat patuh.Jadi berlaku jujurlah walau dalam apa jua keadaan bukan sahaja berkaitan dengan wang, malah dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Comments

3 Responses to “Magnet duit-Wang dan kejujuran”

  1. redha on November 17th, 2008 1:21 pm

    Salam kasih sayang,

    Tq linn, perkongsian yg sebenarnya AMAT BERGUNA. Kita sering berfikir dan bertindak mengikut akal sedar kita semata-mata sedangkan keupayaan atau kesan utama apa yg berlaku kpd kita bnyk dipengaruhi oleh 90% minda separa sedar kita.
    Bertaqwa dan bertawakal adalah RAHSIA sebenar kehebatan umat Islam.
    Semoga kita semua dberkati. Amin

  2. Raymond Chua on November 18th, 2008 11:08 am

    Perkongsian yang baik, Linn.

    Ini merupakan sebahagian daripada Financial Blueprint dan ramai yang terjerat dalam minda sendiri.

  3. VOY on November 19th, 2008 11:58 am

    btol tuh, bagos lin nih, lin suke ketengahkan something yang ramai manusia tak sedar akan kehadirannya, kadang2 perkara remeh je pun, tapi itu la yg kadang2 menjadi punca dan menyumbang ke arah yang tidak baik…

Got something to say?