Bagaimana Anda Menarik Sesuatu Yang Tidak Anda Ingini Tanpa Disedari

seed

Image by kay-bee via Flickr

Bertemu kembali dalam Bicara Selasa . Saya Raymond Chua dari blog Attracting Your Goals . Dalam Bicara Selasa minggu lepas saya ditanya apakah saya yang menarik kemalangan ke atas diri saya? Soalan ini juga ditanya oleh kawan-kawan, saudara-mara serta anak murid saya sendiri. (Seperti yang dijangkakan)

Saya juga menanyakan perkara yang sama sewaktu saya menunggu bantuan di tepi jalan. Jawapannya YA! Kita menarik semua perkara yang berlaku ke atas diri kita tak kira perkara yang baik atau sebaliknya.

Akan tetapi, saya tidak menariknya secara langsung. Inilah topik utama yang akan saya bincangkan dalam minggu ini.

Senario #1

Bayangkan anda memandu di sepanjang lebuh raya dan sebagai seorang yang berfikiran positif, anda selalu membuat afirmasi untuk menarik perjalanan yang selesa dan selamat.

Sedang anda memandu, universe ataupun tuhan tahu bahawa anda akan terlibat dalam satu kemalangan di hadapan jika anda kekalkan kelajuan anda.

Pada masa ini, universe ini pun melakukan sesuatu agar anda sentiasa selamat sepertimana yang anda inginkan.

Tiba-tiba, tayar kenderaan anda pancit dan anda terpaksa berhenti di tepi jalan. Ini menyebabkan anda terselamat daripada sebarang kemalangan.

Pada masa inilah kebanyakkan orang keluar dari kereta sambil maki hamun di tepi jalan dan tidak tahu bersyukur atas hikmah di sebalik tayar pancit tersebut.

Ramai yang berfikir bahawa mereka tidak menarik kejadian “tayar pancit” dan mengapa ia berlaku tanpa menyedari bahawa mereka yang melafazkan doa untuk selamat.

Senario #2

Seorang anak muda ingin menjadi jutawan selepas menonton wayang “The Secret”. Dia pun menggunakan kuasa Law of Attraction untuk menarik kekayaan tersebut. Dia membuat afirmasi dan visualisasi setiap hari.

Dua minggu kemudian, dia dipecat dan mengatakan bahawa Law of Attraction merupakan suatu penipuan.

Mari kita kaji situasi anak muda tersebut. Alam ini tahu bahawa anak muda tersebut tidak akan menjadi jutawan dengan bekerja makan gaji seumur hidup.

Jadi ia pun mengaturkan supaya anak muda ini dipecat, kemudian bertemu dengan satu peluang yang dapat menjadikannya seorang jutawan yang berjaya. Ini mungkin satu peluang perniagaan ataupun peluang usahasama.

Malangnya anak muda ini menyerah terlalu awal dan ragu-ragu akan kuasa Law of Attraction.

Inilah yang saya maksudkan dengan menarik sesuatu secara tidak langsung. Ia cuma merupakan sebahagian daripada proses penarikan dan bukan hasil penarikan.

Saya tidak menarik kemalangan secara langsung tetapi mungkin saya menarik perkara lain yang dapat diberikan oleh kemalangan tersebut. Apapun saya tetap bersyukur dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa yang ditarik oleh minda saya.

Ia Cuma sebahagian daripada proses penarikan dan saya begitu ghairah untuk melihat hasilnya. :)

Selamat “menarik”,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !

P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .

Comments

10 Responses to “Bagaimana Anda Menarik Sesuatu Yang Tidak Anda Ingini Tanpa Disedari”

  1. redha on November 18th, 2008 11:36 am

    Salam kasih sayang,

    Tq Raymond, semoga cepat sembuh…. Kunci segala kejayaan adalah “percaya”, sebenarnya ramai manusia tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka sudah memberi “kepercayaan yg salah”(tidak dikehendaki) menyebabkan mereka mendapat apa yang tidak dikehendaki.
    Ringkasnya, jangan ubah kepercayaan, tetapi buat sesuatu yang dpt meningkatkan lagi ‘kepercayaan’, walau apa pun yg berlaku…

    ? “… Barang siapa bertaqwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan bagimu jalan keluar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya……”

    Semga kita semua diberkati. Amin

  2. Masrule Hamid on November 18th, 2008 4:25 pm

    Nice & good info! Keep u’r good works

  3. syed on November 18th, 2008 6:46 pm

    Hi Raymond…

    Menarik artikel ni… Ada segelintir di luar sana yg keliru dan mudah putus asa apabila mengamalkan konsep LOA ini…

    Adakala sesuatu yg kita tidak suka itu, baik utk kita…. segalanya baik krn datang dari Yang Baik…

    ianya penuh dgn hikmah dan kebijaksanaan tersendiri yg hanya mampu dimengerti oleh mereka yg halus fikirnya krn segalanya dari Yang Maha Mengetahui Lagi Bijaksana. :-)

  4. Ab Riza on November 19th, 2008 9:35 am

    Raymond

    Saya kira ada hikmah disebalik kemalangan tersebut, ramai yang lebih faham tentang “menarik’ yang anda terangkan itu. Apa pun harap cepat sembuh, dan sentiasa menulis setiap Selasa di Blog Linn, Terima kasih Linn.

  5. VOY on November 19th, 2008 12:14 pm

    menarik! sangat menarik! macam komen saya pasal wang dan kejujuran dalam post lin, perkara ni bagi saya kita kene fikir secara kritical, cam situasi #1 kalo tak sbb pancit perkara yg lebih buruk akan jadi… bersyukur yang spatutnya dari nak marah2… tapi kita kadang2 tak sedar dan ofcourse kita tak boleh see future buat at least bersyukur di atas setiap apa yg jadi sbb setiap yg jadi ada hikmah dan sebab…

  6. e'use on November 19th, 2008 4:55 pm

    saya nak tanya,adakah menggunakan kaedah LOA,saya akan berjaya memikat hati si dia? adakah cinta pandang pertama itu wujud? adakah dia berkaitan dengan LOA juga? :roll:

  7. aurakaya on November 20th, 2008 8:58 am

    Maaf saya bukan berniat untuk SPAM di sini, tetapi sekadar ingin berkongsi maklumat dengan para pengunjung blog ini mengenai satu seminar Law of Attraction.

    Untuk pengetahuan semua, pihak scicomacademy.com dengan kerjasama PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. akan menganjurkan seminar sehari bersama penulis buku Law of Attraction, Michael J. Losier pada 29 November 2008 di Hotel Renaissance.

    Diskaun RM 500 jika mendaftar melalui PTS. Tawaran istimewa termasuk dapat berjumpa Michael J. Losier secara eksklusif dan latihan lanjutan bersama trainer yang terlatih dan bertauliah. Inilah peluang untuk anda bertemu face-to-face dengan penulis buku yang tersohor dengan hanya membayar yuran seminar pada harga DISKAUN.

    Maklumat lanjut mengenai diskaun dan tawaran istimewa bolehlah anda hubungi wakil PTS- Aizat 016-661 2017.

    Untuk maklumat lanjut mengenai seminar sila layari http://scicomacademy.com/downloads/THELAWOFATTRACTION.pdf

    Semoga berita baik ini dapat dikongsikan dan disebarkan kepada lebih ramai ‘pengikut’ Law of Attraction.

    Sekian wassalam dan terima kasih.

  8. Raymond Chua on November 20th, 2008 1:04 pm

    @ Redha - Kepercayaan yang salah tu amat bahaya. Tetapi masalah ini tidak akan timbul lagi selepas membaca artikel ini. :)

    @ Masrule - Thank you.

    @ Syed - Asalkan kita cekal dan tabah. Hasilnya pasti datang. Dekatkan diri kita melalui kitab-kitab agama dan segalanya akan menjadi baik. :)

    @ Ab Riza - Ada juga pasangan kekasih yang berkenalan melalui kemalangan. Kebahagiaan yang diperolehi itulah hikmahnya. (tapi bukan itu yang berlaku kepada saya ;) )

    @ VOY - Betul tu. Orang yang tahu bersyukur tidak akan rasa susah hati.

    @ e’use - LOA memang dapat menarik cinta kepada kita. Tetapi ia juga bergantung kepada faktor-faktor luaran yang lain. Misalnya, jika ramai orang yang cinta si dia tu juga, susahlah sikit. Mereka gelombang minda mereka akan meneutralkan gelombang minda anda. Tentang cinta pertama tu, ia cuma merupakan kepercayaan individu. Bergantunglah macam mana anda menakrifkan “cinta pandangan pertama” tersebut.

    @ Aurakaya - Terima kasih kerana berkongsi maklumat tersebut. :)

  9. Thinkerich on November 21st, 2008 7:48 am

    Info yang baik dan menarik..
    Lebih menarik lagi TagLine nya…
    Salam Tarikan… :smile:

    Salam Kekayaan,

    THINKERICH

  10. Raymond Chua on November 22nd, 2008 3:28 pm

    Hai Thinkerich,

    Terima kasih.

Got something to say?