Hikmah disebalik sesuatu kejadian

Semalam saya yakin anda telah membaca perkongsian yang amat berharga yang dikongsikan oleh Raymond. Artikel yang dikongsikan itu, amat berharga bagi sesiapa yang perlu memahami. Berharga bagi individu yang sentiasa berfikiran negatif, berharga bagi individu yang hanya menilai sesuatu yang tersurat tanpa mengkaji atau melihat apa yang tersirat.

Bagi individu yang berfikiran positif, artikel yang dikongsikan oleh Raymond benar-benar berharga untuk memahami hukum dan proses Law of attraction. Alhamdulillah, segala puji bagi ALLAH dan ribuan terima kasih kepada Raymond atas perkongsian yang amat berharga.

Dalam dunia, kita dicipta berpasang-pasang. Lelaki dan wanita, kiri dan kanan, positif dan negatif. Jadi yakinlah setiap perkara buruk yang berlaku dan dilihat melalui mata kasar sebagai negatif, pasti ada hikmah yang tersembunyi. Mungkin kita tidak nampak hikmah tersebut semasa kejadian yang menimpa. Tetapi mungkin kita dapat melihatnya hari esok , sebulan yang depan atau 5 tahun selepas kejadian yang berlaku.

Terlalu banyak perkara yang dapat saya lihat melalui pengalaman saya sendiri. Satu sejarah hidup untuk saya kongsikan bersama Anda. Saya dibesarkan oleh nenek saya sejak berumur seminggu, saya tidak mengenali bagaimana wajah ibu saya dan mempunyai impian untuk memiliki ibu seperti orang lain, sehinggalah saya mengalami kemalangan ketika berumur 16 tahun. Jika saya tidak mengalami kemalangan , terbang dan terhempas di atas cermin kereta, sudah pasti keluarga yang memelihara saya tidak mempunyai inisiatif untuk menemukan saya dengan ibu saya. Itulah hikmah yang tersembunyi daripada kemalangan tersebut.

Percayalah, setiap apa yang berlaku adalah yang terbaik untuk diri kita, asalkan kita tahu bagaimana menerima setiap kejadian dengan penuh kesyukuran dan berfikiran positif. Dan saya juga yakin sekiranya saya tidak diuji ALLAH 4 tahun yang lepas, blog linncomel ini tidak akan wujud, kerana blog ini wujud atas kesedaran saya tentang keperitan hidup yang pernah saya alami.

Comments

5 Responses to “Hikmah disebalik sesuatu kejadian”

  1. VOY on November 19th, 2008 12:26 pm

    btol sangat lah tu lin, thanks sbb sharing this… ramai yang tak sedar keadaan sprti nih. tapi sentiasalah berfikiran positive dan PERCAYA lah bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya…setiap yang di cipta ada baik da buruk fikir2kan…

  2. syed on November 19th, 2008 3:47 pm

    salam lin…

    segala yg perit itulah tanda keprihatinan Dia kepada kita.. jiwa yang keras dan lalai perlu dgn ‘hentakan’ agar tersedar dari kealpaan… sifat nafsu amarah tidak akan tunduk dengan kepayahan, kesusahan…. hanya mudah, senang dan keseronokan mjadi santapan.

    tapi bagi jiwa yg dilimpahi nur kasih dariNYA dapat menerima segalanya dgn tenang samada baik atau buruk… kerana jiwa sebegini telah hadir sentiasa bersama dalam pautan cintaNYA. melihat segala perbuatan ke atas dirinya adalah curahan kasih sayang tidak terperi.

    bersamalah kita perbaiki diri agar apa saja yg berlaku dapat menambah makrifat kita kepadaNya. baik buruk, suka duka, susah senang semuanya tidak merubah kecintaan kita kepada DIA………. Duhai Yang Maha Sayang.

    :-)

  3. Raymond Chua on November 20th, 2008 1:19 pm

    Kita hidup di dalam dunia dualiti. Setiap sebab mesti ada akibatnya.

  4. faznuha on November 21st, 2008 1:16 am

    salamz kpd semua,

    Saya setuju dengan pandangan Linn dan Raymond,setiap yang terjadi ada sebab dan akibat serta semuanya itu ada hikmah yang disebaliknya,keadaan kita pada hari ini adalah dari keputusan kita 2 thn yang lepas atau 3 thn yang lepas atau 5 thn yang lepas(mari kita sama2 muhasabah diri)

  5. tripel_6 on December 4th, 2008 11:54 pm

    yup tepat sekali… saya pon sama berfikiran begitu… HIDUP INI MUDAH, TAPI KENAPA RAMAI YANG DENGAN MUDAH MENJADIKAN HIDUP NI SUKAR..

Got something to say?