Selamat tinggal 2008
Hari ini kita sudah pun sampai ke penghujung 2008. Esok sudah pastinya kita akan memasuki tahun baru 2009. Namun begitu hari semalam bukan sekadar untuk dikenang tetapi ianya juga perlu dijadikan iktibar bagi menempuh kehidupan yang mendatang. Jadikan segala yang berlaku sebagai satu panduan untuk kita terus melangkah kehadapan memasuki fasa kehidupan yang baru.
Sekiranya prestasi kehidupan kita pada tahun 2008 ini kurang memberangsangkan, pandanglah kehadapan dengan penuh keyakinan bahawa sinar kejayaan akan sentiasa menanti anda. Tidak perlu lagi kita menoleh kebelakang untuk mengenang segala perkara yang telah berlaku. Teruskan kehidupan dengan penuh keyakinan bahawa ALLAH sentiasa bersama dengan kita tidak kira ketika sedih atau gembira, ketika menangis atau ketawa. Dengan adanya keyakinan inilah, akan menguatkan semangat kita untuk terus melangkah mengejar kejayaan tidak kira di dunia atau akhirat.
Ucapkan selamat tinggal kepada 2008, Mari kita sama-sama melangkah memasuki tahun baru dengan penuh tekad dan keyakinan untuk berjaya, dengan memupuk penuh rasa cinta kita kepada ALLAH, seterusnya menerbitkan keyakinan yang jitu untuk melangkah menuju kehadapan.
Berhenti Merayu, Mula Menarik
Bersua kembali dalam Bicara Selasa bersama saya, Raymond Chua dari blog Law of Attraction . Ini merupakan artikel terakhir yang akan saya tulis dalam Bicara Selasa bagi tahun ini.
Sekelip mata sahaja dah sampai ke penghujung tahun dan saya berharap matlamat anda bagi tahun ini dah tercapai semuanya.
Dalam Bicara Selasa minggu ini (dan tahun depan), saya akan berkongsi sedikit tentang masalah yang mungkin anda dihadapi dengan Law of Attraction dan cara-cara untuk mengatasinya.
Ingatkah anda akan percikan harapan yang timbul semasa anda menonton filem The Secret ? Saya masih lagi ingat dengan jelas harapan yang memenuhi hati saya. Seolah-olah YA! Akhirnya aku telah menemui rahsia bagi kejayaanku.
Jika anda ada membaca artikel-artikel saya yang lepas, saya telah menonton filem The Secret melebihi 200 kali (dan itu bukan ukuran ilmu saya). Tak pernah saya menonton sesebuah wayang sebegitu banyak kali tanpa jemu.
Setiap kali saya menontonnya, pasti ada sesuatu idea yang timbul dan ada ilmu baru yang ditimba.
Akan tetapi selepas beberapa ketika, anda mula nampak halangan-halangan yang muncul dan berapa ramaikah di antara anda yang mula mengucapkan ayat-ayat ini:
- Law of Attraction berkesan bagi orang lain tetapi tidak bagi saya.
- Law of Attraction kadang-kadang berkesan-kadang-kadang tidak
- Alam ini macam mempunyai prasangka terhadap saya.
- Saya telah berusaha, berusaha dan berusaha dengan keras tetapi perkara yang saya inginkan masih tidak menjadi.
Itulah tujuan siri artikel ini iaitu untuk menjawab persoalan-persoalan di atas.
Jangan bimbang. Anda tidak keseorangan. Lebih daripada 95% daripada penduduk dunia ini mempunyai masalah yang sama.
Seperti perkara-perkara yang lain, kita perlu banyak berlatih untuk menjadi hebat dalam sesuatu perkara. Misalnya berbasikal. Kita bukannya pandai berbasikal dengan hanya memerhati orang lain berbasikal ataupun, menonton video tentang cara-cara berbasikal ataupun membaca buku panduan berbasikal.
Sumber-sumber di atas mungkin berguna tetapi kita masih lagi kena berlatih berbasikal.
Semankin banyak kita berlatih, semankin pandai kita berbasikal sampai ada yang boleh berbasikal tanpa tangan, berbasikal sambil manjawab panggilan telefon ataupun sambil berpayung pada waktu hujan, berbasikal satu roda dan sebagainya.
Jangan berasa hampa apabila gagal. Apabila kita berasa hampa, kita akan menarik perkara-perkara yang negatif kepada kita.
Ini merupakan satu siri artikel dan di dalam artikel-artikel yang akan datang saya akan dedahkan 3 tip kepada anda supaya anda tidak lagi berasa hampa terhadap Law of Attraction dan berhenti merayu kepada alam ini kerana anda akan mula tahu menarik perkara-perkara yang anda inginkan kepada anda.
Nantikan artikel-artikel yang akan datang,
P.S. Dapatkan podcast financial blueprint anda di sini !
P.P.S. Nak belajar cara-cara untuk menjemput rezeki ke dalam kehidupan anda? klik sini .
Selamat menyambut Maal Hijrah 1430
Selamat menyambut menyambut Ma’al Hijrah 1430 kepada semua khususnya kepada para Muslimin dan Muslimat. Semoga kedatangan tahun baru ini akan memberikan kita lebih kekuatan dan semangat untuk memperbaiki diri kita.
Marilah kita bersama-sama berazam melakukan penghijrahan sikap, daripada yang baik kepada yang lebih baik atau daripada kejahatan kepada kebaikan. Sekiranya ketika ini anda merasakan diri anda berada dalam keadaan selesa. Masih lagi enak berada di zon selesa. Lakukanlah sedikit penghijrahan.
Apa yang saya maksudkan ini adalah merujuk kepada fikiran dan tingkah laku seseorang manusia sebenarnya. Kebanyakkan manusia mempunyai perangai sebegini. Mereka sentiasa berada dan tidak mahu berubah. Sebenarnya, zon selesa itu sendiri tidak akan jadi ’ selesa dan selamat’ jika terlalu lama hidup di dalam keadaan tersebut.
Ini kerana, masa sentiasa berubah dan teknologi semakin maju, dan jika kita masih lagi leka berada di dalam zon selesa mungkin kita tidak mungkin akan dapat mengejar masa yang berlalu pantas. Jadi ucapkanlah selamat jalan terhadap dunia, kerana ketika itu kita yang masih leka berada di zon selesa akan jauh ketinggalan.
Saya tahu tidak ramai di antara kita yang sanggup meninggalkan keselesaan demi mendapat jaminan kehidupan yang lebih selesa. Saya tahu, tidak ramai yang sanggup meninggalkan pendapatan bulanan tetap RM2500, demi mendapat pendapatan yang berpuluh kali ganda dari apa yang diperolehi hari ini.
Walaupun di dalam hatinya teringin dan mempunyai impian untuk memiliki kehidupan yang lebih selesa.
Apa gunanya mempunyai impian jika takut untuk bertindak! Jadi sempena maal Hijrah 1430 dan tahun baru 2009 yang bakal tiba beberapa hari lagi, Lakukanlah sedikit penghijrahan untuk kehidupan yang lebih baik.

