Manipulasi sistem kewangan
Sekarang saya berada di KLIA. Lebih kurang pukul 11 nanti saya akan berlepas ke Langkawi untuk menghadiri seminar dan juga bercuti sehingga hari isnin.
Sudah bertahun lamanya saya tidak menjejakkan kaki ke Langkawi rasanya terakhir ketika saya masih lagi seorang pelajar di universiti, kami satu kelas telah menghadiri seminar Malaysia Singapore Conference di bumi legenda mahsuri itu.
Kepada individu yang menghantarkan komen dan ianya tidak disiarkan, saya minta maaf banyak-banyak, kerana mungkin komen tersebut telah dihantar ke spam folder. Saya amat cuai kerana memberikan sepenuh kepercayaan kepada anti spam untuk mengawal komen spam yang masuk, akhirnya komen yang bukan spam pun dikuarantin juga. Selepas ini saya akan lebih berhati-hati.
Saya ada membaca satu buku bagaimana untuk melangsaikan hutang dengan kaedah yang agak sedikit kontroversi.
Kaedah yang digunakan agak menarik sekiranya saya telah mengetahui lebih awal, mungkin saya juga menggunakan kaedah ini untuk melangsaikan hutang.
Namun untuk waktu sekarang, alhamdulillah, saya hanya menggunakan ianya sebagai satu panduan sahaja, mana tahu satu hari nanti saya perlu menggunakan teknik itu untuk membantu orang lain menyelesaikan masalah hutang.
Teknik yang dikongsikan sebenarnya sah disisi undang-undang,dan teknik ini bakal membantu ramai orang, khususnya golongan bumiputera untuk melangsaikan hutang.
Panduan ini secara dasarnya berkaitan dengan penggunaan Overdraft dengan menggunakan ASB sebagai cagaran.
Antara teknik unik yang didedahkan adalah bagaimana kita dapat menggunakan wang tersebut untuk belanja dan membuat bayaran hutang.
Secara peribadi ianya merupakan satu pendedahan ilmu yang baru , malangnya saudara Razif terpaksa memberhentikan jualan ebook
Pengurusan Kewangan ini pada 31 Mei 2009.
Jadi rebutlah peluang untuk mendapatkan panduan ini . Klik imej dibawah untuk mengetahui apakah kaedah yang dikongsikan oleh saudara Razif.
musuh dalam selimut yang perlu dihapuskan
Sejak ahad hingga semalam,saya menjadi pengunjung setia One utama, Semalam saya mengambil sedikit masa untuk menonton tayangan filem angel and demons, satu kisah konspirasi illuminati di vatican. Saya amat berpuas hati menonton filem tersebut, sebagaimana saya menonton filem Davinci Code.
Manakala hari ahad hingga selasa, saya ada memberikan sessi konsultasi secara santai atas permintaan beberapa individu yang inginkan pendapat dan buah fikiran.
Saya menjangkakan salah seorang daripadanya mengalami mental block.
Mental block adalah satu permainan minda. Walaupun secara luaran seseorang itu bersedia untuk berjaya, tetapi dari segi dalaman pula masih wujud rasa takut untuk mencuba dan bertindak. Ini bermakna beliau terperangkap dengan permainan mindanya sendiri.
Kebiasaan mental block berlaku apabila
1. Anda pernah mengalami peristiwa traumatik / pengalaman buruk dimasa lampau.
2. Pengaruh persekitaran yang sentiasa menanamkan sesuatu yang negatif tanpa disedari. Yang paling hebat kesannya jika pengaruh yang diterima mempunyai bukti yang menyokong kepercayaan.
3. Fobia , akibatnya tidak dapat menghadapi masalah dengan baik, perasaan akan cemas dan berdebar-debar dan tidak tenang.
4. Mempunyai sikap suka bertangguh, seperti bertangguh untuk menyelesaikan sesuatu masalah
Masalah mental block ini dapat diselesaikan sekiranya dapat mewujudkan kepercayaan baru yang dapat menundukkan kepercayaan lama yang terdapat di minda separa sedar.
Seperti contoh, anda mempunyai masalah kewangan, walaupun sudah puas berusaha, tetapi masih juga tidak berjaya memecahkan kebuntuan masalah itu.
Kebiasaan masalah ini berpunca daripada kepercayaan lampau yang telah pun wujud di minda separa sedar, samada disedari atau tanpa disedari.Hasilnya wujud masalah mental block berlaku kepada dirinya.
Jadi seperti komputer, kita perlu menghapuskan kepercayaan tersebut dengan mewujudkan kepercayaan baru mengenai potensi dan kewangan.
Bagaimana untuk mewujudkan kepercayaan baru tersebut? Sebenarnya terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan, salah satunya adalah kaedah hypnosis iaitu satu teknik yang dikonngsikan oleh saudara Raymond semalam.
Saya sentiasa menganggap mental block adalah musuh dalam selimut yang perlu dihapuskan.
Apakah Maksud Hipnosis?

- Image by zoomar via Flickr
Apa khabar kalian? Terima kasih kerana masih lagi bersama saya dalam Bicara Selasa.
Dalam artikel minggu lepas, seorang pembaca, Bard telah mencadangkan supaya saya berkongsi ilmu tentang hipnosis dan cara-cara menggunakan ilmu hipnosis untuk merealisasikan impian anda.
Pagi ini, saya tengah fikir, apakah saya patut kongsi tentang ilmu hipnosis ini dalam satu artikel secara ringkas ataupun membahagikannya kepada beberapa bahagian supaya saya dapat menerangkannya dengan lebih terperinci?
Akhirnya saya membuat keputusan untuk membahagikannya kepada beberapa artikel supaya anda boleh mendapat gambaran serta ilmu yang lebih lengkap tentang ilmu hipnosis ini.
Mari kita kaji apakah yang dimaksudkan dengan hipnosis. Hipnosis ialah suatu keadaan di mana seseorang berada dalam keadaan yang amat tenang dan mempunyai daya imaginasi yang amat tinggi.
Ramai yang menganggap seseorang yang sedang dihipnosis itu berada dalam keadaan tidur. Tanggapan ini salah kerana seseorang yang dihipnosis itu masih sedar. Cuma mindanya amat mudah menerima sebarang cadangan ataupun arahan.
Seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis “kehilangan” diri mereka dalam ketika itu juga. Keadaannya hampir sama seperti keadaan berangan-angan di mana anda mempunyai daya imaginasi yang tinggi dan kurang sedar terhadap alam sekeliling anda.
Tahukah anda bahawa anda menghipnosiskan diri anda setiap hari tanpa anda sedari?
Bila pula?
Ha. Misalnya semasa anda menonton televisyen, bermain permainan komputer, membaca buku cerita, mendengar lagu dan lain-lain.
Apabila anda asyik membuat sesuatu perkara, misalnya menonton televisyen, anda seolah-olah telah memasuki alam cerita tersebut.
Anda dapat merasakan ketakutan, kesakitan, kebahagiaan, kegembiraan, keseksaan, kerisauan serta kecemasan pelakon-pelakon dalam wayang tersebut. Dalam saat itu jugalah anda telah dihipnosiskan oleh rancangan televisyen tersebut.
Dalam saat tersebut anda berada dalam keadaan tenang dan mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
Hipnosis dapat membantu serta memudaratkan anda, bergantung kepada cara anda menggunakan ilmu hipnosis ini. (Saya akan terangkan dengan lebih lanjut dalam artikel yang akan datang.)
Seorang ahli hipnosis dapat meletakkan diri anda dalam keadaan hipnosis dan memberi cadangan serta arahan kepada anda. Dalam keadaan hipnosis, anda amat mudah menerima cadangan tersebut dan manganggapnya sebagai realiti.
Misalnya jika seorang ahli hipnosis mencadangkan anda telah jatuh bankrap, anda yang berada dalam keadaan hipnosis akan merasakan bahawa diri anda telah betul-betul bankrap dan mula berasa cemas, mempunyai perasaan yang tidak menentu, berpeluh, kadar denyutan jantung meningkat dan sebagainya.
Jika ahli hipnosis tersebut memberitahu anda bahawa anda ialah seorang CEO syarikat ABC, anda akan mula berlagak seperti seorang CEO.
Apa-apa sahaja cadangan yang ditujukan akan dianggap sebagai benar.
Adalah ilmu hipnosis ini bahaya?
Jangan bimbang. Hipnosis tidak dapat membuat anda melakukan perkara-perkara yang tidak ingin anda lakukan kerana minda anda masih sedar.
Misalnya, jika seorang ahli hipnosis meminta anda terjun dari bangunan 20 tingkat untuk membunuh diri, anda boleh memilih untuk tidak melakukannya.
Baiklah. Sekarang anda telah pun mengetahui apakah sebenarnya hipnosis. Dalam Bicara Selasa minggu depan, saya akan menerangkan hipnosis dari sudut minda separa sedar.
Selamat berhipnosis,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.


![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=bbbaa1ba-caa2-404c-a892-8174637e194c)

