Tanya hati anda
Rasanya tidak terlewat jika saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada semua para bapa yang menjadi pembaca blog ini. Semalam saya tidak sempat untuk kemaskini blog ini kerana pada awal pagi, saya terpaksa menyiapkan kerja-kerja yang perlu disiapkan, dan pada 7 pagi saya sudahpun bertolak untuk menghadiri satu seminar di Carlton Holiday Shah Alam. Belajar ilmu lanjutan, sambungan daripada ilmu yang telah saya ada. Alhamdulillah, segalanya berjalan seperti yang saya inginkan. Tetapi yang lebih menarik, InsyaALLAH saya akan lebih memahami perjalanan kehidupan diri saya sendiri.
Untuk berjaya, apa yang kita perlukan adalah fokus dan jangan membandingkan diri kita dengan orang lain.Ramai diantara kita yang sentiasa membandingkan dirinya sendiri dengan orang lain, akibatnya perasaan rendah diri muncul sehingga kita tidak melakukan apa-apa untuk kejayaan diri sendiri dan hanya terpaku melihat kejayaan orang lain.
Untuk berjaya, kita perlu menetapkan matlamat yang jelas dan seiring dengan nilai hidup kita, seterusnya fokus kepada apa yang kita inginkan. Ramai yang kehilangan fokus kerana lupa pada target awalnya, disebabkan tergoda dengan pelbagai tawaran yang lebih menarik. Keadaan ini sentiasa berlaku kepada individu yang menjalankan perniagaan MLM dan sering bertukar syarikat, melompat dan terus melompat, akhirnya hasilnya ‘nothing’.
Walter Doyle Staples dalam bukunya yang bertajuk In search of your true self mengatakan bahawa jika kita fokus hanya pada satu perkara sahaja, belajar sungguh-sungguh hanya mengenai perkara tersebut, kita hanya akan mengambil masa selama 5 tahun sahaja untuk menjadi pakar dalam bidang tersebut.
Yang penting, jadilah diri kita sendiri, fokus kepada apa yang kita inginkan, selarikan dengan nilai hidup kita yang ada, seterusnya bina strategi yang terbaik dan sentiasa membuat keputusan dengan jujur dengan menggunakan nilai hidup diri kita sendiri.
Adakah sukar untuk menjadi individu seperti yang disarankan oleh Walter Doyle Staples itu? Tanya hati anda sendiri.
Comments
8 Responses to “Tanya hati anda”
Got something to say?


Salam Kak Linn.
Tak sangka kita bersua kat kursus tu. Kali kedua berjumpa selepas tahun 2006 yang lepas di kursus saifulsham.
Lepas ni boleh lah menuntut dengan kak linn.
ps. Merujuk kepada artikel di atas, seperti kata Eddy Rosyadie, “kuasailah diri sendiri!”
Salam bahagia,
Tahniah Linn kerana keseminar lagi menjadikan diri lebih bermotivasi lalu menambah inspirasi demi meningkatkan intuisi diri….syabas.
Salam Zul,
K.Linn pun tak sangka semalam Zul pun ada attend kursus tersebut, malah sudahpun mengikuti beberapa kali. InsyaALLAH Zul, kita boleh berkongsi ilmu. Dah balik Johor ke? .Semoga kita dapat kuasai diri kita.
K.Fati,
Terima kasih, apa pun nanti saya akan balas email K.Fati, sekarang tak sempat lagi.
Salam.
Linn, guna jek schedule publish tu.kang boleh tulis dulu blog then setkan date bila nak publish. Lagi senang nak menten blog.
Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Tq linn, sememangnya FOKUS amat penting, ia umpama cahaya laser bukan cuma lampu suluh. Ramai yg baru mula apa-apa bisnes pun suka ‘melihat peluang baru’. Hakikatnya bukan baru atau lama menjadi ukuran tetapi mesti FOKUS UNTUK TERUS MEMBAHARUI STRATEGI dalam menghadapi persaingan dan mengembangkan bisnes.
http://jomkenakopi.webs.com/
Masa saya taip komen ni, saya sedang on the way balik ke johor. Semalam sempat minum dgn en zaini dan en yuswan sekejap. Then balik ke KL dgn en zaini dgn ktm komuter. Sy byk lg kena belajar. Insyaallah kita jumpa lagi di next seminar berkaitan.
Salam semua,
Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Linn kerana ucapan Hari Bapa untuk kaum bapa termasuk diri saya. Satu perkataan yang saya suka untuk selalu di gunapakai dalam memberi perangsang dan motivasi untuk kita berjaya dalam apa jua jenis perusahaan adalah FOKUS. Sebab jika kita hilang fokus maka kita akan juga hilang haluan dan tujuan. Satu benda pun tak menjadi. Jika kita bertani jadi lah petani yang terbaik,jika kita berniaga jadilah peniaga yang terbaik,jika kita usahawan jadi lah seorang usahawan yang terbaik dan dengan sendiri nya kita akan menjadi pakar dalam bidang masing masing. Keyword yang perlu ada pada diri kita adalah ‘remain focus’ dalam apa jua bidang yang kita lakukan. Kejayaan pasti akan menyusul kemudian. Wallahualam.
.. focus is everything.. satu team kalah sebab hilang focus 1 saat..