Anda Tidak Selalu Dapat Apa Yang Anda Berikan
Salam sejahtera. Sekelip mata sahaja, Selasa lagi. Ya, masa untuk menerbitkan Bicara Selasa.
Kepada yang masih baru di blog ini, saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan saya akan menerbitkan artikel-artikel yang memuatkan tip-tip yang berguna kapada anda setiap hari Selasa.
Dalam Bicara Selasa minggu lepas, saya berkongsi tentang bagaimana kita menarik orang yang kita gemari serta benci ke dalam kehidupan kita sama ada secara sedar ataupun tidak.
Dan konsep ataupun perkongsian ini menerima beberapa bantahan daripada pembaca-pembaca dari blog ini dan juga blog saya. (Ini merupakan suatu perkara yang baik
)
Ya. Kadangkala kita merasakan bahawa kita tidak menerima apa yang kita berikan dan cerita pasal cermin yang dikongsikan pada minggu lepas mungkin sukar untuk diterima dan tidak masuk akal.
Artikel ini akan menerangkan dengan lebih lanjut.
Anda tidak mendapat apa yang anda berikan?
“Hukum cermin” ini hanya berfungsi pada tahap am sahaja dan tidak berkesan pada tahap yang spesifik.
Apabila anda berbelanja, anda memberikan wang kepada penjual tetapi anda tidak mendapat wang daripada penjual tersebut. Sebaliknya anda mendapat perkhidmatan ataupun barangan daripada penjual tersebut.
Adakah ini bermaksud anda tidak mendapat apa yang anda berikan?
TIDAK!
Mari kita kaji secara am.
Kita memberi apa yang penjual tersebut perlukan (wang) dan penjual tersebut berikan apa yang kita perlukan (barangan/perkhidmatan)
Dah nampak logiknya?
Saya selalu tanya, mengapa hukum ini tidak berfungi pada tahap yang lebih spesifik dan apabila saya memikirkan jawapannya, saya mula sedar bahawa semua ini berlaku untuk kebaikan kita juga.
Bayangkan senario ini. (Jika anda betul-betul menerima apa yang anda berikan)
Anda mengajar anak anda matematik dan apa yang anda terima ialah anak anda mengajar anda Matematik (yang anda telahpun tahu)
Seorang majikan memberi gaji kepada pekerjanya dan pekerja itu memberi balik gaji tersebut kepada majikannya (Saya pun nak jadi majikan macam ni)
Apa yang berlaku ni?
Adakah kita hendak dunia kita jadi kelam kabut macam ni? Tentu tidak!
Ini bukan cara Law of Attraction berfungsi.
Kita SELALU mendapat balik apa yang kita berikan.
Cuma kadang-kadang, kita TIDAK mendapatnya daripada orang yang sama, dengan cara yang sama, pada masa yang sama.
Apabila anda mengajar anak anda matematik, anda sebenarnya sedang memberi ilmu kepadanya dan akibatnya anda akan mendapat ilmu daripada orang lain pada masa yang lain. Tak semestinya daripada anak anda dan tak semestinya ilmu Matematik. Mungkin anda akan mendapat ilmu tentang Law of Attraction daripada Raymond Chua
Sejak saya berkongsi ilmu Law of Attraction dalam blog saya, saya mula mendapat banyak ilmu daripada orang-orang di sekeliling saya (termasuk anak murid saya). Ilmu tersebut tidak semestinya berkaitan dengan Law of Attraction. Saya banyak belajar tentang motivasi diri, perniagaan, pelaburan, sukan, dan banyak lagi.
Satu lagi …
Orang yang tak pernah berlawan boleh kena pukul juga. Mengapa?
Mungkin orang tersebut selalu menyakiti hati orang lain. Jadi, apa yang dia dapat kembali ialah “disakiti”. Tak semestinya dengan cara yang sama. Mungkin anda mendapatnya dengan cara yang berbeza.
Bak kata pepatah “Kerana nila setitik, santan binasa; kerana mulut badan binasa”
Ingat. Ia tidak berlaku serta merta. Apabila anda menanam pokok durian, anda pun kena menunggu untuk satu jangka masa sebelum anda dapat menikmati durian tersebut.
Saya masih mendapat apa yang saya berikan bertahun-tahun dahulu. Ramai anak murid saya yang mencerminkan diri saya semasa saya kecil dahulu.
Saya berharap perkongsian saya pada minggu ini cukup untuk memberi kefahaman yang lebih mendalam kepada anda.
Dalam Bicara Selasa minggu depan, saya akan kongsikan bagaimana anda boleh mencipta hidup anda dengan hukum yang mudah ini.
Selamat berfikir,
P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!
P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.
Comments
5 Responses to “Anda Tidak Selalu Dapat Apa Yang Anda Berikan”
Got something to say?

![Reblog this post [with Zemanta]](http://img.zemanta.com/reblog_e.png?x-id=378d451c-bf21-4eb8-98a3-94ebd0ff3816)


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Tq, Raymond,
Jadi sentiasalah kita, memberi apa sahaja yg terbaik, bersangka baik, melihat, bercakap, berfikir, yg baik-baik sahaja(yg kita mahukan sahaja) itu kan lebih menggembirakan?…..
Salam bahagia,
Didahului terima kasih atas perkongsian Raymond. Sekarang saya lebih jelas tentangnya. Kadang-kadang memang kita sedang melaluinya tapi tidak sedar kerana kurang pengetahuan.
Syukur dapat banyak belajar dari blog Linn ni….
….sabar menunggu selasa depan, insyaAllah.
Teria kasih.
Hai Redha,
Ya. Amalkan semua yang baik-baik dan kita akan attract semua yang baik-baik belaka.
Hi Fati,
Terima kasih atas komen anda.
betul apa yang dikatakan itu….. Berilah apa yang kita suka nescaya kita akan dapat sesuatu yang tanpa kita sangka….. Ini telah berlaku ke atas diri saya… Saya percaya satu yang kita berikan kita akan dapat 10 yang tidak kita sangka-sangkakan…… Tak percaya lakukanlah apa yang saya katakan…..