Bangunkan potensi diri yang ada

Saya merasakan diri ini amat kerdil. Semakin banyak ilmu yang saya perolehi, semakin kerdil diri saya, semakin banyak yang saya tak tahu, betapa luas dan dalamnya ilmu ALLAH.

Buat masa ini, fokus saya hanya pada pembangunan minda dan potensi diri. Ada ilmu yang telah saya pelajari saya gunakan, namun ada juga ilmu yang saya perolehi saya jadikan ia sebagai satu tambahan pengetahuan. Namun begitu, saya tidak dapat lari daripada merasakan betapa bodohnya diri saya.

Saya hanya fokus pada satu bidang, sudahpun merasakan diri ini terlalu bodoh dan banyak lagi  ilmu yang perlu saya pelajari. Bagaimana pula sekiranya saya belajar lebih banyak ilmu dalam bidang yang berbeza, sudah pasti saya akan terkapai-kapai kerana tiada fokus,sedangkan minda kita hanya boleh berfikir satu perkara sahaja dalam satu masa . Maka, jadilah saya semakin bodoh dan dungu. Namun saya bersyukur, sekurang-kurangnya walau betapa bodohnya saya merasakan diri ini, saya masih berusaha untuk mengejar ilmu tidak kira daripada buku atau seminar. Semakin saya merasakan diri saya tidak tahu, semangat ingin tahu itu datang dengan lebih mendalam.

Ramai orang yang tidak  sanggup mengeluarkan wang untuk mencari ilmu dengan alasan faktor kekangan kewangan. Namun saya berpendapat ianya umpama satu alasan yang datang akibat mental block yang ada pada diri seterusnya menyekat seseorang itu untuk berjaya.

Sebenarnya tiada alasan untuk kita berjaya. Sekiranya faktor kewangan dijadikan alasan, berusahalah untuk menyelesaikan masalah tersebut. Binalah tabung untuk tujuan pendidikan.

Belajarlah menabung untuk pendidikan dan pembangunan diri, dengan menyimpan serendah RM10. Sedikit-sedikit, lama lama jadi bukit.

Setiap orang ada potensi untuk berjaya. Jadi carilah ilmu dan bangunkan potensi diri yang ada.

Comments

8 Responses to “Bangunkan potensi diri yang ada”

  1. Hidet on June 17th, 2009 9:09 am

    Salam.

    Betul betul betul.
    Takde alasan untuk berjaya.

    Bab menabung, saya ada amalkan.
    Saya buat satu tabung untuk saya pergi makan sushi kat Sushi King.
    Biasanya 3 bulan sekali archive target.

    Biar lambat asalkan sampai ke destinasi.

  2. redha on June 17th, 2009 10:14 am

    Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    “Ingin hidup ‘cemerlang’ di dunia, mesti dengan ‘ILMU’, ingin hidup ‘cemerlang’ di akhirat mesti dengan ‘ILMU’, ingin hidup ‘cemerlang’ di DUNIA DAN AKHIRAT mesti dengan ‘ILMU’….”.

    Mula dgn niat(ikhlas), mula dgn yg kecil, mulakan sekarang juga.

    Yang pasti, setiap kita memberi pasti akan menerima, jadi tanyalah selalu, “Insyaallah, apa perkara baik yg aku beri pada diriku, keluargaku, sahabatku, negara dan alam hari ini….?”

  3. Reez on June 17th, 2009 5:06 pm

    hidup ni jangan banyak alasan…alasan yang akan membuat kita gagal di kemudan hari kelak

  4. bard on June 17th, 2009 10:10 pm

    Salam ceria dan sejahtera selalu,

    Kekadang tu, kita ni lupa sebenarnya segala ilmu yg kita perolehi itu adakalanya saling berkait rapat antara satu sama lain..

    Secara tidak disedari kita sebenarnya diajar oleh Allah swt melalui segala kejadian alam yg berlaku ini dengan mengaitkannya melalui perumpamaan..

    Contonya perbezaan antara mereka yg kuat iman dgn yg lemah iman melalui perumpamaan “..sebatang phon kayu yg tumbuh rendang dgn lebat buahnya, pohonnya menjulang tinggi ke langit; akarnya menjunam ke dasar bumi.. bila ditiup angin ribut pastilah tidak akan tumbang atau rebah ke bumi berbanding dgn pohon kayu yg akarnya menjalar ke atas permukaan bumi dan pastilah rebah dan tercabut akarnya bila ditiup badai dan taufan..”

    Jika kita rujuk kepada cerita asshabul khafii kita akan memperolehi ilmu dimana walau pun masa dan zaman telah berlalu, namun fikiran org-org yg berada didalam gua tersebut masih berada dalam zaman yg mereka tinggal dahulu dimana perasaan bimbang dan ketakutan dikejar oleh tentera pemerintah yg zalim itu.. Bila difikirkan kisah ini saling berkait dgn ilmu minda yg menjadi bualan dilaman blog sekarang ini..

    “..Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka, supaya mereka bertanya-tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: Berapa lama kamu tidur? mereka menjawab: Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari. Mereka berkata: Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang darimu, membawa wang perak ini ke bandar; kemudian biarlah dia memilih jenis makanan yang baik; kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah lembut; dan janganlah dia memberitahu akan hal kamu kepada sesiapa pun. ..

    “..Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka; dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya. ..”

    (surah al-kahfi ayat ke 19-20)

    - Apa yg boleh kita perolehi ilmu disini;- masa tidur pada persepsi (minda separa sedar) kita amat pendek - tapi pada minda sedar berlaku dalam jangka masa yg panjang.. (Ini cuma dilihat dari kisah yg dipaparkan melalui Wahyu illahi (Al-Quran) utk renungan dan utk kita fikir-fikirkan..)

    - Di masa itu urusan jual-beli perniagaan telah pun ada (dulu pun ada pasar gak..) dan menggunakan wang perak utk tukaran barangan..

    - Barangan makanan juga ada yg dijual dipasar pun ada yg mutunya kurang baik (ada jenis yg haram juga..) sebab itu dia suruh memilih yg jenis yg halal (yg baik)..

    Sekadar berkongsi ilmu..

    Wallah hualam..

  5. krisnadi on June 18th, 2009 11:51 am

    Ass.w.w.

    Wah kalau kita bicara mengenai potensi diri memang potensi Manusia itu luar biasa. bahkan Dikatakan kata ulama bahwa manusia lebih mulia dari Malaikat maknanya manusia yang rajin beribadah mendekatkan diri kepada sang Pencipta,kenapa demikian : Karena kita beribadah memiliki hawa napsu.sedangkan malaikat tidak.tapi sebaliknya apabila manusia tidak mau beribadah dan berzikir kepada Allah,manusia tersebut lebih hina dari binatang.
    sorry yah bahkan umat Islam yang tidak mau Shalat sama dengan meruntuhkan Agama.

  6. Ishaq on June 18th, 2009 3:18 pm

    Salam semua,

    Bab mencari ilmu ada berbagai cara dan semua nya berpunca dari sikap ingin tahu dan minat yang tinggi dalam sesuatu perkara. Kita boleh pupuk minat itu melalui pembacaan atau menghadiri seminar ilmu yang banyak dianjurkan dinegara kita. Saya melayani keinginan untuk mendalami sesuatu bidang ilmu itu dengan pembacaan ( buku ). Walaupun pun harga sebuah buku ilmiah bukan lah murah tetapi lebih lah murah dari menghadiri seminar. Melalui buku kita dapat membaca berulang ulangkali. Akhir sekali untuk mereka yang dahagakan ilmu seperti saya, sudah tiada masaalah lah lagi dengan adanya internet kerana semua nya ada disitu. Semua kita boleh capai dengan kemampuan yang ada pada diri kita. Tak pandai lagi buat blog sendiri, tumpang comment blog kekawan seperti Linn dan lain lain boggers. Ahaha..
    Wallahualam.

  7. dilta on June 19th, 2009 9:56 am

    Saya pernah putus asa kerana tidak berjaya dalam pengajian. Masa tu fikiran hanya nak kerja dan malas nak belajar. Tetapi, bila dah kerja timbul perasaan untuk belajar dan mencari ilmu. Sedikit terlambat. Tapi, kata orang BETTER LATE THEN NEVER. Sekarang ni apa aje yg datang cuba grab sebaik mungkin. Alhamdulillah, jumpa pulak blog yg semuanya mempunyai minda positif. Time kasih kengkawan t’utama kpd Linn & Raymond.

  8. nuraz on June 19th, 2009 10:56 am

    ya betul tu linn, proses pembelajaran sebenarnya berlaku sepanjang hayat…melalui pengalaman sendiri, ilmu dan pengalaman orang lain..nilai diri seseorang indivdu itu bukan dikira dari rupa paras, kedudukan, tapi pada jauh mana ilmu dan ibadah dia..Ilmu yang baik la…

Got something to say?