mental block lagi..

Lebih kurang 20 minit saya terpaku  memandang Laptop , mencari idea apakah yang akan saya kongsikan bersama anda hari ini. Kebiasaan saya bangkit sebelum pukul 5 pagi, banyak idea yang ingin saya kongsikan, tetapi sekarang sudah pukul 5.10 pagi, saya masih lagi tercari-cari apakah yang cerita yang akan saya kongsikan bersama anda.

Mungkin agak keletihan, seharian saya ulang-alik mengangkut air, sehinggalah dalam pukul 4.30 petang, air paip dapat disalurkan seperti biasa. Sebenarnya ada cerita yang ingin saya kongsikan kepada anda tentang kaitan air dan kitaran harian yang telah saya pelajari.  Ya, selepas segalanya reda, saya terfikir untuk mengaplikasikan kitaran harian melalui tarikh lahir  yang saya baru saja belajar (Advance).

Rupanya kitaran harian untuk sabtu dan ahad   ada elemen air lebih dari 3 kali. Iaitu pengulangan nombor 2 melebihi 3 kali, malah jika tak silap terdapat juga nombor 7 yang juga elemen air. Jadi sememangnya kitaran  harian yang dikaji melalui tarikh lahir saya , sudah menunjukkan kehidupan saya ada kaitan dengan air. Jadi benarlah kata guru saya, saudara Eddie, kehidupan kita sebenarnya umpama komputer atau robot yang sudah diprogramkan.Jadi jika kita sudah mengenal diri kita, pasti kita akan dapat menguasai diri kita. Saya tinggalkan kisah kitaran harian melalui tarikh lahir ini buat seketika, kerana untuk lebih penjelasan, ianya memerlukan gambarajah untuk dikongsikan.

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit cerita tentang proses bagaimana minda kita diprogramkan, sehingga wujudnya keadaan mental block yang kerap saya tekankan, kebelakangan ini.

Sebenarnya minda kita telah pun diprogramkan sejak kita berusia 3 bulan. Pada ketika ini, minda separa sedar kita telah dapat  bekerja dengan  baik, merakam setiap perkara  yang telah dialami  . Tidak kira apa jua peristiwa, samada pengalaman, suara, atau emosi ianya akan masuk  terakam dengan sangat kuat di minda separa sedar dan ianya menjadi sebuah program yang disimpan di minda kita.

Pada waktu kita lahir, kita hanya mempunyai minda separa sedar sahaja, jadi sehingga ke umur 7 tahun,kita mengalami pemrograman minda secara terus menerus, melalui interaksi kita dengan dunia di luar dan di dalam diri kita.

Ketika kita masih kecil, proses pemprograman terjadi dengan sangat mudah kerana minda kita masih tidak dapat menolak informasi yang diterima kerana kita masih belum mempunyai minda sedar yang bertindak sebagai filter, Jadi critical factor kita masih lagi belum terbentuk. Sebenarnya saya ada berkongsi tentang perkara ini di dalam ebook magnet rezeki.

Kebiasaan proses pemprograman yang berlaku pula, datangnya dari dua keadaan yang berbeza iaitu imprint dan misunderstanding.

Keadaan imprint wujud apabila sesuatu perkara itu berlaku dengan wujudnya kehadiran emosi yang seterusnya mengakibatkan perubahan kepada kelakuan atau sikap kita.

Manakala misunderstanding pula wujud apabilaberlakunya  salah faham dalam mentafsirkan, atau membuat kesimpulan dari sesuatu pengalaman yang dialami.

Samada imprint atau misunderstanding, setelah ianya selamat terakam di minda separa sedar ianya akan menjadi satu program fikiran seterusnya ia akan mengendalikan kehidupan kita.

Sekiranya program fikiran kita bersifat ‘mental block’, ianya akan menyusahkan hidup kita, walaupun program fikiran sebenarnya bertujuan untuk memberikan kita kehidupan yang bahagia mengikut apa yang kita fikirkan. Terlalu bahagia, sudah tentu amat sukar untuk kita melakukan perubahan, kerana itulah ramai diantara kita yang tidak ingin keluar dari zon selesa, walaupun zon selesa tersebut bakal memudaratkan diri kita, kerana kita telah disabotaj oleh minda separa sedar kita sendiri.

Manakala sekiranya program fikiran kita bersifat ‘ stepping block’ ianya adalah bantu loncatan yang akan membantu kita untuk lebih berjaya.

Mental block akan dapat kita rasakan ketika wujudnya penolakan atau kesukaran untuk mencapai suatu target yang lebih tinggi. Penolakan ini jugakebiasaannya wujud di saat kita ingin berubah.

Sebagai contoh,jika anda telah menetapkan target yang lebih tinggi, dari apa yang telah anda capai ketika ini, dan anda merasa ada kurang yakin dan amat sukar untuk mencapainya, yakinlah bahawa masalah mental block telah menyerang anda.

Malahan, sekiranya anda sentiasa gagal dan terus gagal, dengan pola kegagalan yang sama, ini juga menunjukkan anda telah disabotaj oleh minda separa sedar anda.

Setakat ini dulu perkongsian hari ini..

Comments

6 Responses to “mental block lagi..”

  1. Hidet on June 22nd, 2009 9:03 am

    Antara penyebab mental block:

    1. FEAR - takut ..takut apa? byk benda…boleh congak dalam diri sendiri..

    2. Confort ZONE - cepat2 keluar dari sini

  2. redha on June 22nd, 2009 10:29 am

    Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    Tq linn,
    Semoga ianya memberi lebih kefahaman yg pastinya akan menghasilkan perubahan ‘kepercayaan’ dan tindakan….

  3. bard on June 22nd, 2009 1:34 pm

    Terima kasih dan salam kesyukuran atas penerangan artikel ini Lin, semoga saya dpt mempraktikan yg terbaik dalam kehidupan ini..

    Apa kata cik Lin membuat satu program atau membuat sedikit survey berhubung dengan ‘kaedah memecahkan sikap mental blok ini’ memandangkan rata-rata tanpa kita sedari kita mempunyai sikap tersebut..

    Dan menepati hal keadaan sekarang ini (gawat sana, gawat sini dll.. ) dimana kebanyakkan dari kita merasa kurang keyakinan diri bagaimana kita boleh berjaya mengatasi masalah mental blok tersebut utk lebih maju dalam apa yg diceburi..

    Mungkin boleh diberikan sedikit latihan praktikal harian.. atau gerak kerja harian dan sebagainya.. kot..?

    Macam diceritakan dalam ebook MagnetRezeki tersebut.. mungkin boleh di ‘mini’ kan isi kandungannya agar pemahaman erti sebenar kehidupan bagaimanakah yg kita mahukan… (sebagai cadangan aje..)

    Seperti mana dalam buku motivasi Tangga Kecemerlangan (Dr Napoleon Hill) - mengatakan ” Kejayaan tidak datang bergolek - anda perlu mencarinya”

    Saya telah membacanya berulang kali dan menjadi ‘case study’ bagi saya utk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan dari segi kewangan, perhubungan, kesihatan.. insya allah..

    Sekian utk perkongsian kali ni.. TerimaKasih

  4. fati on June 22nd, 2009 3:18 pm

    Salam bahagia,
    Linn…, Sekadar pertanyaan supaya akak lebih jelas dan faham.
    ‘Terlalu bahagia, sudah tentu amat sukar untuk kita melakukan perubahan, kerana itulah ramai diantara kita yang tidak ingin keluar dari zon selesa, walaupun zon selesa tersebut bakal memudaratkan diri kita, kerana kita telah disabotaj oleh minda separa sedar kita sendiri.’
    Kenapa pula ‘terlalu bahagia dan berada di zon selesa’ dikatakan bakal memudaratkan dan kena keluar darinya atau kena lakukan perubahan.

    Sekian, terima kasih.

  5. Ishaq on June 22nd, 2009 9:23 pm

    Salam Linn,

    Saya suka baca article kali ini tapi kalau dah terkena sabotaj, apa patut kita lakukan. Itu topik selanjutnya, kalau tak macam tergantung ceritanya.

  6. linn_comel on June 23rd, 2009 8:29 am

    Salam,

    Terima kasih Hidet, atas perkongsian

    Redha, saya setuju dengan apa yang diperkatakan

    Bard-InsyaALLAH saya akan usahakan seperti yang dicadangkan.

    K.Fati- Saya akan jawab pada perkongsian yang akan datang

    Saudara Ishak- Akan sampai masanya saya akan kongsikan apakah tindakan yang selanjutnya nanti InsyaALLAH.

Got something to say?