Mencipta Masa Depan Anda

{{de|Die Victory, Nelsons Flaggschiff in Ports...

Salam bahagia. Saya Raymond Chua dari blog Law of Attraction dan dalam Bicara Selasa minggu ini, anda akan belajar tentang cara-cara untuk mencipta masa depan anda dengan ilmu yang telahpun anda belajar dalam Bicara Selasa yang lepas.

Jika anda belum membacanya, anda boleh membacanya di sini.

Aku Benci Orang Tu!

Anda Tidak Selalu Dapat Apa Yang Anda Berikan

Apakah yang akan anda buat apabila orang-orang yang anda tidak suka tu masuk ke dalam kehidupan anda dan mengacau kehidupan harian anda?

Mungkin anda marah, maki mereka, bergosip tentang mereka dan sebagainya.

Apabila anda fokuskan perhatian anda kepada kelemahan mereka, anda akan menarik lebih banyak kelemahan-kelemahan tersebut kepada diri anda.

Dengan kata lain, anda bukan sahaja tidak memperbaiki keadaan semasa malah anda merumitkan lagi masalah tersebut dengan menarik perkara-perkara yang kurang baik ke dalam kehidupan anda.

Banyak orang, banyak ragam. Ada orang yang baik hati, jujur, suka menolong, bertanggungjawab, mempunyai kasih sayang, suka memuji, pandai, sabar, selalu bersyukur dan ada pula yang jahat, tidak berperikemanusiaan, kejam, suka memperalatkan orang lain, pandai bergosip, tidak jujur, suka menghina, dan seumpamanya.

Berita baiknya ialah, kita dapat menarik orang-orang yang kita suka ke dalam kehidupan kita dan “menghalau” orang-orang yang kita tidak suka keluar dari kehidupan kita.

Caranya amat mudah. Terlalu mudah sehingga ramai yang menganggapnya remeh dan tidak mengendahkannya. Saya harap anda bukan salah seorang daripada mereka.

Caranya ialah, jadilah orang yang anda suka.

Seperti yang telah saya katakan dalam artikel yang lepas, orang-orang di sekeliling anda merupakan imej ataupun pantulan diri anda. Jadi, apa-apa sahaja yang anda ingin lihat di sebalik cermin tersebut perlulah bermula dari diri anda.

Katakan anda berdiri di hadapan sebuah cermin sekarang dan apa yang anda nampak ialah diri anda. Jika anda ingin melihat imej tersebut mengangkat tangannya, anda perlulah mengangkat tangan anda terlebih dahulu. Jika anda ingin melihat imej tersebut senyum, anda perlu senyum terlebih dahulu.

Semuanya bermula dari diri anda. Bukan orang lain. Bukan imej tersebut.

Jadi, jika anda ingin menarik orang-orang yang baik hati, suka menolong, memahami dan baik budi pekertinya, anda perlulah mula dengan menjadi orang yang baik hati, suka menolong, memahami dan baik budi pekerti dahulu.

Mudah, bukan?

Kita tidak boleh mengharapkan orang lain berubah tanpa kita yang berubah terlebih dahulu.

Jika anda ialah seorang yang materialistik, anda akan menarik orang yang mempunyai sifat yang sama dengan anda ke dalam hidup anda.

Law of Attraction bersifat gelombang dan getaran. Jadi pastikan perilaku anda, kata-kata anda serta permikiran anda selari dengan apa yang anda hendakkan daripada orang lain.

Jika anda tidak suka orang lain bergosip tentang diri anda, jangan bergosip tentang orang lain ataupun memikirkannya.

Anda akan mendapat apa yang anda berikan.

Ini ialah Hukum Sebab dan Akibat.

Sejak saya mula berkongsi ilmu dengan orang lain dengan bersungguh-sungguh, saya mendapat banyak ilmu yang lain daripada orang lain di sekeliling saya.

Saya suka orang lain mengesyorkan produk-produk, perkhidmatan serta urusniaga yang baik kepada saya. Jadi saya pun mulalah dengan mengesyorkan produk, perkhidmatan serta urusniaga yang baik kepada orang lain. (Misalnya buku Magnet Rezeki)

Saya suka menerima komisyen apabila saya mengesyorkan pelanggan kepada pemilik perniagaan. Jadi saya pun mula dengan memberi komisyen kepada mereka yang rekemen pelanggan kepada saya. Akibatnya, saya mendapat banyak komisyen setiap bulan daripada rakan perniagaan saya.

Saya suka orang lain memberi idea-idea perniagaan yang berguna kepada saya. Jadi saya pun mula membantu orang lain dengan idea-idea perniagaan yang saya tahu. Akibatnya saya asyik menerima idea-idea perniagaan dari pada rakan-rakan saya.

Mudah, bukan?

Mula dengan menjadi orang yang anda suka.

Anda tiada alasan untuk gagal.

Kunci kejayaan telahpun diletakkan pada tangan anda. Langkah seterusnya ialah mengenal pasti jenis orang yang anda suka dan jadilah orang tersebut.

Kunci kejayaan ini tidak akan membantu anda jika anda tidak mencari lubang kunci tersebut (mengenal pasti jenis orang yang anda suka) dan mengambil tindakan untuk memutarnya (menjadi orang tersebut).

Mulakan hari ini dan saya menunggu untuk mendengar berita baik daripada anda.

Selamat memutar kunci,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Comments

8 Responses to “Mencipta Masa Depan Anda”

  1. SUERIA on June 23rd, 2009 2:29 pm

    hmm..apa yg raymond taipkn kt atas 2,sumanya btol.. sue slalu jumpa org yg gila2(bkn gila btol) mcm sue gak.. suka main2.. :grin:

  2. Zulkifli on June 23rd, 2009 3:10 pm

    Terima kasih Raymond…Banyak Maklumat saya dapat dari blog saudara…Terima kasih sekali lagi.

  3. redha on June 23rd, 2009 4:39 pm

    Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    MASA MENCIPTA KEJAYAAN.
    Tc Raymond.

  4. nurul iman on June 23rd, 2009 5:42 pm

    Thanks Raymond…satu perkongsian yang sangat baik.

  5. Raymond Chua on June 23rd, 2009 10:41 pm

    @ Sue - Saya juga. :D Bila main, macam orang gila juga. ;)

    @ Zulkifli, Redha, Nurul - Sama-sama :)

  6. Hidet on June 24th, 2009 4:20 pm

    TQ Raymond..

    just wondering, blog ni linn or raymond yg tulis? :?:

  7. fati on June 25th, 2009 11:01 am

    Salam bahagia,
    Alhamdulillah…, terima kasih Raymond atas perkongsian. Perkaranya nampak mudah dan dah tahu tapi tapi selalaunya kita tak berbuat apa-apa. Kini ianya jelas nyata, tinggal aplikasikan saja. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia…jom lakukan….! senyum dan angkat tangan anda….

  8. jieismail on July 14th, 2009 3:02 pm

    thanks raymond. saya pun suka mencipta perilaku positif untuk orang lain bertindak positif pada diri saya. tapi hari ini saya dilanda tekanan oleh orang sekeliling, membuat sy lupa. Alhamdulillah, ada blog ini, byk membantu saya lebih positif.

Got something to say?