Mental block-Menjawab persoalan
Hari ini saya masih lagi berminat untuk bercerita tentang kisah mental block. Saya ingin menjawab persoalan yang dikemukan oleh K.Fati iaitu
Linn…, Sekadar pertanyaan supaya akak lebih jelas dan faham.
‘Terlalu bahagia, sudah tentu amat sukar untuk kita melakukan perubahan, kerana itulah ramai diantara kita yang tidak ingin keluar dari zon selesa, walaupun zon selesa tersebut bakal memudaratkan diri kita, kerana kita telah disabotaj oleh minda separa sedar kita sendiri.’
Kenapa pula ‘terlalu bahagia dan berada di zon selesa’ dikatakan bakal memudaratkan dan kena keluar darinya atau kena lakukan perubahan.
Sekian, terima kasih.
Apa yang saya maksudkan terlalu bahagia ialah kebahagiaan yang kononnya diprogramkan oleh minda separa sedar walaupun secara realitinya ianya akan membuat kita sebagai pemilik minda separa sedar itu menderita. Ini kerana minda separa sedar adalah hamba yang paling patuh dan paling bodoh. Setiap perkara yang diterima oleh minda separa sedar akan diprogramkan untuk membahagiakan tuannya.Program fikiran yang diciptakan atau tercipta demi kebaikan kita berdasarkan level kesedaran dan kebijaksanaan kita pada saat itu.
Sebagai contoh, jika anda dilahirkan dalam kehidupan yang miskin, setiap apa yang anda lihat, fikir, ungkapkan akan di hantar ke minda separa sedar, diprogramkan seterusnya akan mengendalikan kehidupan anda pada masa akan datang. Bagi minda separa sedar yang tidak dapat menilai negatif atau positif ianya akan terus bekerja dengan menganggap , kemiskinan itulahyang terbaik buat diri anda dan ianya adalah satu kebahagiaan untuk anda.
Jadi jika ditakdirkan anda sudah merasa penat untuk hidup dalam kemiskinan, anda ingin berubah untuk kehidupan yang lebih baik, kaya dan mewah,dan anda merasakan amat sukar untuk memperolehi kekayaan dan kemewahan yang anda inginkan, ianya berpunca daripada minda separa sedar yang ingin menjaga anda, tanpa disedari sebenarnya minda separa sedar telah mensabotaj diri anda. Jadi kebahagiaan itu apa yang difikirkan oleh minda separa sedar, tetapi bukan kebahagiaan yang diinginkan. Masih lagi tak faham?
Satu lagi contoh yang saya akan berikan. Anda dilahirkan dalam keluarga makan gaji dan anda juga ketika ini, bekerja makan gaji, tiba-tiba anda teringin untuk berniaga tetapi anda masih sukar untuk melepaskan pekerjaan anda kerana takut untuk keluar dari zon selesa makan gaji. Ini juga disifatkan sebagai mental block. Minda separa sedar seperti biasa akan menjaga anda kononnya bekerja makan gaji adalah yang terbaik dan memberikan kebahagiaan untuk anda. Jadi kerana itu wujudnya perasaan takut untuk keluar dari zon selesa makan gaji dan berusaha untuk berniaga. Jadi sekali lagi anda disabotaj oleh minda anda.
Semoga penjelasan saya ini , mudah untuk pembaca fahami tentang situasi mental block ini.
Comments
3 Responses to “Mental block-Menjawab persoalan”
Got something to say?


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Tahniah dan terima kasih linn…, mudah-mudahan dpt membantu memahami utk lebih kenal diri.
Gunakan formula 165 ( diri, rukun iman dan rukun Islam ) panduan hidup terbaik utk kesejahteraan sejagat. Amin
Salam bahagia,
Terima kasih banyak Linn… Ok Linn, bereh….saya dalam proses mengubah kehidupan saya kearah positif dan lebih menggunakan otak kanan dan mengawal penguasaan ‘beta’.
Semuga kehidupan Linn terus makin sukses sebab Linn sentiasa senyum dan lambai tangan depan cermin kan…?
Sekian terima kasih.
Saya tumpang tumpang faham juga ( very clear and precise explanation ) tapi masih menunggu nunggu cara atau kaedah nak keluar dari ‘ comfort zone’ dengan selesa. Next posting kot.