Menghancurkan mental block

Hari ini masih lagi saya ingin bercerita tentang mental block . InsyaALLAH saya akan berkongsi secara ringkas bagaimana untuk menyelesaikan masalah mental block yang sentiasa berlaku tidak kira kepada sesiapa saja.

Sebenarnya kaedah menghancurkan mental block ini sudah lama saya nyatakan di dalam blog ini samada dikongsikan oleh Raymond atau saya sendiri. Terpulang kepada anda sendiri samada untuk melihat kembali perkongsian-perkongsian lama yang dikongsi oleh kami.

Antara kaedah yang sentiasa digunakan untuk menghancurkan mental block ini ialah affirmasi, imaginasi atau visualisasi kreatif yang digabungkan dengan emosi yang sebenar. Selain itu terdapat beberapa kaedah yang lebih advance iaitu melalui penggunaan kaedah hipnosis atau self hipnosis dan bagi yang mengetahui tentang kaedah EFT, ianya juga boleh digunakan untuk menghancurkan mental block yang sentiasa bersarang di dalam diri.

Mental block juga wujud hasil daripada wujudnya emosi yang tidak selari dengan apa yang anda inginkan. Jadi sentiasalah berfikiran positif, tingkatkan keyakinan diri anda. Bagaimana pula untuk berfikiran positif dan meningkatkan keyakinan diri anda? Juga ianya melalui kaedah yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas.

p/S: Saya baru saja menerima email dari pihak pengurusan ebook pengurusankewangan. Antara yang dikongsikan oleh mereka ialah, jualan ebook pengurusan kewangan akan dibuka semula pada 1 Julai 2009. Bagi yang telah menghantar email kepada saya kerana terlepas peluang untuk memiliki ebook tersebut pada tawaran yang lepas, bertindaklah pada 1 Julai ini, kerana jualan ebook tersebut adalah terhad dan tidak mustahil jualan tersebut akan ditutup pada hari yang sama.

Comments

2 Responses to “Menghancurkan mental block”

  1. redha on June 29th, 2009 7:29 am

    Salam ceria sihat, kaya, bahagia,

    Tq linn, semoga memberi manfaat kpd semua.
    Saya sekadar ingin berkongsi,
    Apa pun yg kita hadapi, banyakkan beristigfar, berserah kpd Tuhan, lapangkan minda, tanya diri sendiri “apa yg aku mahu?….” , respon hanya pd ‘visi’ dgn FOKUS.
    Semoga taufik dan hidayahNya sentiasa mengiringi kita semua. Amin

  2. Hidet on June 30th, 2009 11:08 am

    kemudian, buat terus apa yg anda takutkan tu..

    kalau takut nak bercakap depan public, cuba bercakap depan public..

    cara2 begini pon dapat membantu kurangkan mental block..

Got something to say?