Lagi menghancurkan mental block
Masih lagi saya ingin berkongsi cara untuk menghancurkan mental block, walau bagaimana pun kaedah ini hanya sekadar pendapat dari saya. Bukan saya perolehi dari mana-mana buku namun apa yang saya kongsikan hari ini adalah sekadar pendapat saya yang lahir dari suara hati saya.
Adakah wujud kuasa yang lebih hebat dari kuasa ALLAH? Adakah wujud kepercayaan yang lebih hebat dari keimanan kita kepada ALLAH. Adakah wujud keyakinan yang jitu selain keyakinan kita kepada ALLAH.
Bukankah mental block akan dapat dihancurkan dengan wujudnya kuasa kepercayaan dan keyakinan?.
Jadi untuk menghancurkan mental block perkara yang utama perlu kita lakukan kembali kepadaNya. Dengan kembali kepadaNya, percaya dan yakin kepadaNya, akan mewujudkan rasa percaya dan keyakinan kepada diri kita sendiri.Kuasa kepercayaan itulah pemangkin untuk kita percaya. Tingkatkan spiritual kita dan juga kembali kepadaNya, dan mohonlah apa yang anda inginkan dengan penuh keikhlasan dan bersungguh-sungguh. Bukanlah ALLAH itu maha pemurah dan maha penyayang.
Jadi balaslah kasih sayang yang ALLAH berikan kepada kita sebagai hamba, belajarlah bagaimana untuk kita mencintai ALLAH dengan penuh keikhlasan, tidak kira diwaktu senang atau pun susah. Alangkah tenangnya hidup bersandarkan keyakinan kita hanya kepadaNya.
P/s: Seperti yang saya nyatakan pada perkongsian saya yang lepas, kepada individu yang telah menghantar email dan bertanyakan tentang ebook manipulasi teknik kewangan anda boleh mendapatkan ebook pengurusan kewangan InsyaALLAH selepas pukul 12 tengahari hari ini.Mungkin ini adalah jualan yang terakhir untuk ebook tersebut dan hanya dijual sebanyak 350 unit sahaja. Jadi kepada individu yang terlepas peluang pada jualan yang lepas, bertindaklah segera mungkin anda boleh menggunakan kaedah yang dikongsikan untuk menyelesaikan masalah hutang anda.
Sila klik link dibawah selepas pukul 12 tengahari www.pengurusankewangan.com untuk mendapatkan ebook tersebut
Comments
3 Responses to “Lagi menghancurkan mental block”
Got something to say?


Salam ceria sihat, kaya, bahagia,
Saya amat setuju, sesungguhnya umat Islam sepatutnya terlalu hebat dan paling sempurna (sebaik-baik kejadian) dgn dibekalkan pedoman, panduan dariNya dan contoh pimpinan yg mampu disesuaikan pada sepanjang zaman.
Kembalilah kpd fitrah - bermula dgn diri kita sendiri - bermula dgn yg kecil - bermula sekarang juga. Amin
Salam,
saudari sy baru berjaya dpt browse ke blog yang berilmu ini setelah beberapa kali gagal sejak bbrp bulan lalu.
sy tertarik dgn ebook memanipulasi teknik kewangan . ade 15minit lg.
sy akan tunggu utk membelinya.
“Bukankah mental block akan dapat dihancurkan dengan wujudnya kuasa kepercayaan dan keyakinan?.
Jadi untuk menghancurkan mental block perkara yang utama perlu kita lakukan kembali kepadaNya.”
Salam Linn dan pembaca blog yg lain,
Linn,lama jugak saya tidak menulis komen di sini(tp masih sentiasa mengikuti perkembangan).
Saya teruja dengan ayat2 yg Linn tulis,sememangnya dan sewajibnya Kita kembali semula kepada Allah,kadang2 hati gelisah,risau,gundah gulana yang tidak diketahui puncanya.
Bila ditimpa kesusahan/musibah hati merasa geram,marah,sedih,hiba dan t’kadang2 menyalahkan Allah,tetapi kita jarang muhasabah/mengukur diri ‘Apakah kita telah melakukan yang sepatutnya kita lakukan sebagai Hamba Allah?
-jadinya,bila yakin pada Allah itu tinggi sememangnya mental block yang ada(mungkinkah itu Syaitan Block)akan terhapus.
ESQ165 GEN-6 KB.