Formula magnet duit terbongkar

Allhamdulillah, masih lagi diizinkan ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Sebelum saya memulakan aktiviti saya hari ini, saya mengambil kesempatan yang ada untuk mengemaskini blog ini.

Kebiasaan pada hujung bulan ini Banyak aktiviti melawat ke bank yang perlu saya lakukan.
Jika dulu saya perlu bergegas ke bank untuk melesaikan bayaran hutang yang wajib dilangsaikan , tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Sekarang saya masih lagi perlu ke bank tetapi untuk menerima wang.
Alhamdulillah, bagi saya ini semua adalah rezeki mudah selepas saya berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari program-program antarabangsa seperti google adsense dan mana-mana program yang lain dan yang terbaru saya menyertai Zamri Nayan dalam program antarabangsa GDI

Dengan berita terbaru wang dari paypal sudah boleh ditukarkan ke mana-mana bank di Malaysia, sebenarnya ia memudahkan kita untuk terus berusaha bagi mendapatkan wang tambahan hanya dari rumah.Apa yang penting, usaha, yakin dan tawakal.

Selepas beberapa tahun berhempas pulas untuk menjadi magnet duit yang sebenar, akhirnya satu formula mudah yang saya amalkan dan membantu saya untuk menjadi magnet duit ialah dengan mengamalkan prinsip ALLAH No 1 dan tawakal.

Jika dulu solat dhuha kerana inginkan rezeki, tukarlah niat anda lakukan solat dhuha, ikhlas kerana ALLAH. jIKA dulu mengamalkan ayat seribu dinar kerana rezeki, tukarlah niat supaya anda leih bertawakal kepada ALLAH. Jika dulu anda berselawat 100 kali kerana rezeki, juga tukarkan ia ikhlas kerana ALLAH. Jika anda mengamalkan al-waqiah atau ar-rahman kerana inginkan rezeki, bacalah ayat-ayat itu kerana ALLAH. Lihatlah bagaimana rezeki mengejar anda, ALLAH sentiasa membuka jalan rezeki untuk anda.

Satu perkara baru yang saya lihat berlaku selepas saya memelihara kucing-kucing kesayangan saya tersebut, setiap kali saya merancang untuk membeli makanan atau apa juga barang untuk kucing saya,pasti akan ada rezeki tambahan yang datang, malah jumlahnya adalah lebih dari nilai yang saya keluarkan. Itu bermakna saya yang menumpang rezeki kucing-kucing tersebut. Jadi bagi yang memelihara kucing lakukanlah kebaikan ini dengan niat kerana ALLAH, bukan kerana keajaiban rezeki yang diperolehi.

Alangkah mudahnya jika kita ingin menjadi magnet duit. Saya telah mengamalkan formula tersebut dan saya telah merasakan hasilnya. Tetapkan hati, gunakanlah prinsip ALLAH No 1.

Solat & Rezeki

Alhamdulillah diizinkan ALLAH untuk mengemaskini blog ini walaupun agak lewat dari biasa kerana kebiasaan saya akan mengemaskini blog ini pada awal pagi. Memandangkan ada tugas lain yang perlu diselesaikan, jadi baru sekarang saya diberikan kesempatan.

Dalam beberapa hari yang lepas, adalah hari yang amat mencabar emosi dan minda saya. Alhamdulillah segalanya dapat saya uruskan dengan mengikut suara hati saya.

Sebenarnya saya ingin bercerita satu kisah perbualan saya dengan seorang sahabat saya. Sebenarnya perbualan ini berkisarkan kepada masalah kewangan yang dialami oleh sahabat saya, walaupun beliau mempunyai rezeki dan duit selalu masuk, tetapi sentiasa sahaja ada perkara yang berlaku sehingga membuatkan duit yang diperolehi itu terpaksa digunakan untuk menguruskan masalah yang tidak dijangka berlaku seperti kereta rosak dan perkara-perkara lain.

Salah satu kata-katanya yang saya masih ingat” Tuhan nak uji saya sekarang ini, jadi saya kena pastikan sembahyang saya tak berlubang .

Saya bertanya ” Kenapa awak sembahyang ye? Sebab rezeki ke?. Bukan rezeki saja, tetapi saya nak pastikan hidup saya menjadi lebih baik.

Saya hanya menggelengkan kepala,datang timbul rasa sedih dalam diri saya…kenapa saya sedih, anda sudah pasti sudah tahu apakah jawapanya.
Bagi yang tidak dapat mendalami maksud kesedihan sya insyaALLAH saya akan sambung pada perkongsian yang akan datang.

Adakah Dunia Ini Akan Kiamat Pada Tahun 2012?

12/365 : Illusions

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin berkongsi tentang satu soalan yang sering ditujukan kepada saya baik daripada anak murid ataupun dari pembaca-pembaca blog saya, iaitu “Adakah dunia ini akan berakhir pada tahun 2012?”

Jawapan saya ialah,

TIDAK

Berapa kalikah anda mendengar tentang Hari Kiamat dan berapa kalikah ia berlaku. TIDAK PERNAH LANGSUNG.

Kali terakhir saya mendengar tentang Hari Kiamat ialah pada tahun 1999 yang mengatakan bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2000.

Sekelip mata kita telah berada pada tahun 2009.

Saya bukan tidak percaya pada hari kiamat tetapi bukan pada tahun 2012.

Daripada ilmu yang saya pelajari, kewujudan dunia ini ada kaitan dengan kesedaran umat manusia di muka bumi ini. Ramalan-ramalan tentang dunia kiamat biasanya berasaskan tahap kesedaran manusia pada masa-masa yang lepas.

Berita baiknya ialah, kesedaran manusia meningkat setiap hari dan peningkatan tahap kesedaran ini membolehkan kita melepasi kiamat yang diramalkan.

Lihatlah dunia kita. Manusia mula menyedari bahaya kesan rumah hijau serta keperluan untuk melindungi alam persekitaran. Ramai orang yang mula belajar tentang Law of Attraction dan mengkaji kitab-kitab agama masing-masing.

Bandingkan zaman sekarang ini dengan Zaman Jahilliah dulu. Nampak tak bezanya. Manusia bertambah baik hari demi hari dan lebih banyak insan yang akan dilahirkan untuk mengubah cara hidup manusia.

Kesedaran kita betul-betul sudah meningkat dan seterusnya membolehkan kita melepasi ambang kiamat ini.

Jadi, sama-samalah kita menjadi insan yang baik dan rajin, tingkatkan kesedaran kita dan mencipta semula dunia ini.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda percaya akan kiamat pada 2012? Kongsikan pendapat anda.

Salam hormat,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Next Page »