Formula magnet duit terbongkar

Allhamdulillah, masih lagi diizinkan ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Sebelum saya memulakan aktiviti saya hari ini, saya mengambil kesempatan yang ada untuk mengemaskini blog ini.

Kebiasaan pada hujung bulan ini Banyak aktiviti melawat ke bank yang perlu saya lakukan.
Jika dulu saya perlu bergegas ke bank untuk melesaikan bayaran hutang yang wajib dilangsaikan , tetapi sekarang keadaan sudah berubah. Sekarang saya masih lagi perlu ke bank tetapi untuk menerima wang.
Alhamdulillah, bagi saya ini semua adalah rezeki mudah selepas saya berhempas pulas berusaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan dari program-program antarabangsa seperti google adsense dan mana-mana program yang lain dan yang terbaru saya menyertai Zamri Nayan dalam program antarabangsa GDI

Dengan berita terbaru wang dari paypal sudah boleh ditukarkan ke mana-mana bank di Malaysia, sebenarnya ia memudahkan kita untuk terus berusaha bagi mendapatkan wang tambahan hanya dari rumah.Apa yang penting, usaha, yakin dan tawakal.

Selepas beberapa tahun berhempas pulas untuk menjadi magnet duit yang sebenar, akhirnya satu formula mudah yang saya amalkan dan membantu saya untuk menjadi magnet duit ialah dengan mengamalkan prinsip ALLAH No 1 dan tawakal.

Jika dulu solat dhuha kerana inginkan rezeki, tukarlah niat anda lakukan solat dhuha, ikhlas kerana ALLAH. jIKA dulu mengamalkan ayat seribu dinar kerana rezeki, tukarlah niat supaya anda leih bertawakal kepada ALLAH. Jika dulu anda berselawat 100 kali kerana rezeki, juga tukarkan ia ikhlas kerana ALLAH. Jika anda mengamalkan al-waqiah atau ar-rahman kerana inginkan rezeki, bacalah ayat-ayat itu kerana ALLAH. Lihatlah bagaimana rezeki mengejar anda, ALLAH sentiasa membuka jalan rezeki untuk anda.

Satu perkara baru yang saya lihat berlaku selepas saya memelihara kucing-kucing kesayangan saya tersebut, setiap kali saya merancang untuk membeli makanan atau apa juga barang untuk kucing saya,pasti akan ada rezeki tambahan yang datang, malah jumlahnya adalah lebih dari nilai yang saya keluarkan. Itu bermakna saya yang menumpang rezeki kucing-kucing tersebut. Jadi bagi yang memelihara kucing lakukanlah kebaikan ini dengan niat kerana ALLAH, bukan kerana keajaiban rezeki yang diperolehi.

Alangkah mudahnya jika kita ingin menjadi magnet duit. Saya telah mengamalkan formula tersebut dan saya telah merasakan hasilnya. Tetapkan hati, gunakanlah prinsip ALLAH No 1.

Comments

15 Responses to “Formula magnet duit terbongkar”

  1. Nozi on October 30th, 2009 8:04 pm

    Salam,

    Memang GDI ini boleh memberi peluang kpd yang ingin menjana duit di internet. Saya pun dah masuk GDI ni.

  2. faznuha on October 30th, 2009 9:58 pm

    Memang menarik perkongsian kali ni.Sahabat saya bela kucing memang banyak,bila di tanya,katanya Allah akan beri rezeki kat kita melalui perantaraan doa kucing kpd Allah’Ya Allah luaskanlah rezeki tuan aku ni kerana membela aku dan supaya aku dapat makan “,lebih kurang gitu dia cakap.

  3. linn_comel on October 31st, 2009 4:14 am

    Salam,

    Pasal doa kucing tu, saya tak pernah tahu., Kalau benar alhamdulillah kerana ada yang mendoakan untuk saya.

    Yang pasti saya sayang sangat2 kat kucing tu..pukul 3 pagi mesti dah bising seolah2 kejutkan saya suruh buat rutin saya, malah kalau tertidur selepas itu, 5 minit sebelum subuh masuk lagi sekali ibu tu dah bising. Itu yang buat saya sayang sangat dekat kucing2 tersebut. Boleh jadi wake up call. Walaupun adakalanya pening tengok anak-anak kucing itu panjat sana sini, berlari kesana kemari. Yalah..kucing tengah nakal.

  4. Izani on October 31st, 2009 12:11 pm

    Salam semua..tip2 yang kita semua ketahuainya..tp kita tidak paretikkan semua..betul dan tepat ape yang linn bgtau ini,sbb REZEKI pada saya akan HADIR mcm autoVIRAL…bila kita mengamal kerana ALLAH Thanks Linn tukar mindset saya ini..

  5. Nozi on October 31st, 2009 2:03 pm

    Memang kita perlu buat baik pada semua makhluk di muka bumi ni. Kucing bagus dibela tetapi burung tidak digalakkan mengurungnya di dalam sangkar.

  6. tokan on October 31st, 2009 10:05 pm

    Kita ni hamba yang terlalu banyak permintaan kepada penciptanya Allah S.W.T. Hari-hari dan setiap masa kita akan sentiasa meminta dan terus meminta hingga ke akhir hayat. Alhamdulliah Allah itu maha pemberi mintalah seberapa banyak yang kita mahu tak kira apa pun permintaan kita. ‘Hanya satu saja permintaan Allah dari hambanya iaitu sujud dan beribadah kepadanya’ Wahai kawan-kawan marilah kita sujud kepadanya dan beribadah kepadanya dengan seikhlasnya.
    Amin.

  7. fati on November 1st, 2009 11:05 am

    Salam bahagia,
    Terima kasih sebanyaknya Linn, telah berkongsi ilmu dan formula. Umumnya ramai yang tahu tapi tidak sedar dan tidak amalkannya. Dan sememangnya pun nampak mudah tapi untuk mengamalkannya perlu kefahaman dan kekuatan yang mendalam.
    Terima kasih linn.

  8. nazri on November 3rd, 2009 9:45 am

    Terima kasih Linn.

    IKHLAS kerana Allah bukan kepada yg lain…

  9. bibi on November 3rd, 2009 12:38 pm

    betul2..elok sangat saranan linn..ibadah mesti kerana Allah secara ikhlas…bukan sbb nak duit, nak rezeki, nak rumahtangga baik, nak itu nak ini…sbb kita insan biasa ni byk sgt benda yang nak…moga Allah jua yg merahmati linn dengan perkongsian yg sungguh bermakna ni..tapi ikhlas juga ckp..nak ikhlas dhuha atau ibadah2 sunat lain…hanya kerana Allah..bukan senang maaa..sbb bisikan2 syaitan pun bukan main hebat..apapun usaha tangga kejayaan.ameen

  10. nazri on November 4th, 2009 9:28 am

    “ILMU IKHLAS” kena cari dan belajar tu bukan senang..

  11. motokriss on November 4th, 2009 10:54 am

    terima kasih atas perkongsian in kali ini. terima kasih krn buat saya sedar tentang kesilapan saya sblm ni. formula yg amat berharga.

  12. HAMBA ALLAH on November 6th, 2009 10:30 pm

    SALAM…
    ILMU IKHLAS ADALAH KEPUNYAAN ALLAH..
    TIADA SIAPA YANG DAPAT MEMPERJELASANKANNYA.
    WALLAHUA’LAM.

  13. casis3 on December 1st, 2009 12:21 am

    Salam semua…
    Betul kata HAMBA ALLAH…bgaimana nak jelaskan ikhlas tu…cth lain, macam kusyuk sukar utk dijelaskan…
    Lain org lain penghayatannya..

  14. Rezeki Segera on December 2nd, 2009 1:58 pm

    Mungkin di sana ada sedikit penjelasan tentang bagaimana mahu ikhlas;
    http://www.fuadlatip.com/v1/2009/11/bagaimana-mahu-ikhlas/

  15. casis3 on December 4th, 2009 3:09 pm

    Salam..tq Rezeki Segera…rupanya xdsedari kita telah melakukan semua kerja kerana Allah..menarik penerangan yg disertakan..

Got something to say?