pengorbanan demi DIA..
Uda berkorban demi dara sama seperti Jack yang berkorban demi Rose. Perjuangan Aung Sun Su Kyi dalam mendapat hak kebebasan rakyat, ingin menjadikan demokrasi satu impian yang nyata di Myanmar, beliau sanggup berkorban hingga terancam nyawa.
Firaun juga berkorban diri demi mendapatkan Musa sama seperti kaum Musyrikin Mekah yang terlampau hasad kepada Muhammad saw. Muhammad juga berkorban segalanya demi AlLah sama seperi Ibrahim yang sanggup korbankan anaknya demi memenuhi kehendak AlLah.
Semua mereka berkorban, tapi untuk apa dan demi siapa mereka berkorban… kita juga berkorban kadang kala, adakah korban kita macam Uda? Aung Sun? Muhammad? Ibrahim?
Adakah semua pengorbanan mendapat balasan? Adakah balasan itu memberi manfaat? Adakah itu pengorbanan yang sepatutnya? Adakah pengorbanan yang kita lakukan itu satu kebenaran?
Banyak pertanyaan, dan yang dapat menjawabnya adalah kita! Uda berkorban seperti Romeo berkorban, adakah Juliet yang dia dapat… Juliet mati.. apa yang dapat diberi oleh Juliet kepada romeo yang juga mati.
Berilah dan lakukanlah pengorbanan demi Dia yang kekal selamanya. Dialah Penguasa yang menguasai kita.
Selamat Berkorban.
Berdoalah
Alhamdulillah, kerana masih diizinkan ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Beberapa hari yang lepas mungkin juga beberapa minggu yang lalu saya mengalami kebuntuan idea untuk berkongsi cerita bersama anda. Apa pun setiap masalah yang berlaku datangnya dari hati saya sendiri kerana hati adalah sumber dan kunci bagi kekuatan dan kejayaan diri kita. Selagi kita bernama manusia selagi itu kita sentiasa diuji dan diduga.
Dalam meraih erti sebuah kejayaan apa yang perlu kita pastikan ialah keteguhan hati, malah adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keadaan hati kita sentiasa berada dalam keadaan baik.
Memang tidak mudah menjaga keteguhan hati. Dan, salah satu cara untuk menjaganya ialah dengan memohon kepada YANG MAHA MEMILIKI SEGALANYA.
Bahkan Rasulullah saw pun, selalu berdoa agar hati beliau tetap teguh. Dalam hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja.’”
inilah kunci kejayaan . Ketika kita sedang semangat, maka mintalah kepada Allah untuk meneguhkan hati kita agar tetap semangat. Semangat akan menghasilkan satu tindakan luar biasa dan hasilnya ia akan menghasilkan satu kejayaan yang luar biasa Semuanya bermula dari hati.Jadi banyakkan berdoa Kerana hanya ALLAH maha mempu mengubah hati kita.
Kaya Intellektual
Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Pada mulanya saya ingin berkongsi tentang tajuk yang saya kongsikan sebelum ini yang bertajuk apa yang anda lihat. Tetapi saya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut untuk sementara waktu kerana saya tertarik untuk berkongsi tentang perkara lain yang tiba-tiba menerjah ke minda.
Ianya masih lagi berkaitan dengan kekayaan. Jika sebelum ini kita banyak bercerita tentang kekayaan material, tetapi hari ini saya ingin menyentuh tentang aspek kekayaan intelektual. Kekayaan intelektual boleh ditafsirkan sebagai kekayaan ilmu pengetahuan yang kita miliki.
memiliki kekayaan ilmu pengetahuan itu jauh lebih berharga dibandingkan kekayaan harta atau materialisme. Sebagaimana disampaikan oleh orang bijak berikut ini,
“Kekayaan harta membuat kita harus menjaganya, sedangkan kekayaan ilmu membuat ia akan menjaga kita.”
Kekayaan ilmu disini sebenarnya mencakup seluruh ilmu pengetahuan, ertinya bukan hanya ilmu agama yang mengatur cara-cara penghambaan manusia kepada Allah swt atau ilmu syariat semata. Melainkan juga ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai keberhasilan hidup di dunia dan memberikan kemaslahatan di dunia mahupun akhirat.

