Peluang kita seimbang
Sudah beberapa hari tidak mengemaskini blog ini. Alhamdulillah hari ini diberikan keizinan olehNya. Seminggu yang lepas pelbagai peristiwa yang berlaku, malah masuk pelbagai email bertanya tentang banyak perkara termasuklah tentang perniagaan terbaru yang saya sertai bersama Saudara Zamri Nayan.
Sebenarnya ramai yang bertanya tentang perniagaan tersebut, malah ada yang bertanya bolehkah beliau menyertai perniagaan tersebut. Jawapan saya pasti boleh jika matlamat saya yang pertama adalah wang, kerana dari situ saya boleh mengaut banyak keuntungan.
Tetapi terdapat beberapa individu yang saya minta beliau fikirkan dahulu, malah saya jelaskan bahawa perniagaan ini tidak sesuai kerana jika dilihat melalui numerology nama atau tarikh lahir, ada dikalangan mereka mempunyai pola 339 dan 843 yang menunjukkan individu tersebut mudah bosan dalam melakukan sesuatu pekerjaan, sentiasa merancang sesuatu yang baru , tercari-cari kejayaan tetapi tidak menampakkan hasilnya.
Jadi perniagaan yang berbentuk MLM seperti ini bagi saya tidak sesuai dengan individu tersebut. Kecuali jika tahu menguruskan emosi untuk fokus dan istiqamah dalam melakukan sesuatu.
Manusia adalah unik dan dilahirkan dengan kebolehan dan kekurangan yang pelbagai, kerana itulah hidup kita sebagai manusia perlu saling melengkapi. Ada yang dilahirkan dengan potensi perniagaan tetapi corak perniagaan yang pelbagai, kerana itulah ketika saya menawarkan tawaran untuk network perniagaan, saya hanya ingin memilih 7 orang sahaja yang benar-benar sesuai dengan perniagaan yang ingin saya bantu. Bukan bermaksud anda tidak layak untuk berniaga, tetapi corak perniagaan kita yang berbeza.
Bagi individu yang telah saya bantu mengenal potensi untuk tawaran terhad yang lepas, anda boleh lihat balik samada anda mempunyai pola 339 atau tidak. Jika ada, dan anda ingin membina perniagaan, pastikan perniagaan anda adalah berjangka pendek,ringkas, sentiasa bergerak dan mempunyai transaksi perniagaan yang pantas. Apa yang paling penting elakkan daripada membina perniagaan yang memerlukan anda menyimpan stok yang banyak.
Bagi individu yang mempunyai pola 843 pula, anda perlu belajar untuk setia dalam sesuatu yang anda lakukan, fokus dan istiqamah.Uruskan emosi dan tingkatkan kekuatan spiritual. Peluang kita sebagai manusia untuk berjaya adalah seimbang kerana ALLAH itu maha adil. Apa yang penting kita perlu tahu apakah potensi diri kita yang sebenar dan apakah yang perlu diperbaiki, kerana itu pentingnya kita kenal siapa diri kita yang sebenar.
Comments
4 Responses to “Peluang kita seimbang”
Got something to say?


Salam. Linn, apa khabar?
Saya memang mempunyai polar 843 jika dilihat melalui tarikh lahir saya. Memang dahulu saya tercari-cari dan cepat bosan serta tidak fokus.
Namun, setelah saya mengenali & bergaul dgn insan2 yg banyak memberi panduan & nasihat spt Mentor saya, juga Puan Hjh Arina, Master Chia dan juga Linn, kini saya rasa lebih tenang. Setelah melakukan solat sunat istiqarah & diberi panduan oleh Allh SWT, saya dpt menumpukan kpd satu bidang bisnes MLM shj (tidak spt dulu) iaitu sejak tahun 2006. Namun, tidak dpt dinafikan, gangguan emosi sentiasa ada.
Alhamdulillah, ternyata bidang ini memang memberikan saya hasil yg agak selesa walaupun belum mencapai apa yg saya idamkan. Ini bermakna saya tidak perlu tercari-cari lagi dan akan terus fokus & fokus!
Kini, yg terbaru saya telah lulus dlm CUTE test yg melayakkan saya menjadi seorang Unit Trust Agent (Consultant) – bidang pelaburan. Ini juga spt yg dinasihatkan oleh Linn & Puan Hjh Arina, juga atas galakan Mentor saya!
Benar spt kata Linn, apa yang penting kita perlu tahu apakah potensi diri kita yang sebenar dan apakah yang perlu diperbaiki, kerana itu pentingnya kita kenal siapa diri kita yang sebenar.
-Normala-
Salam Linn,
Betul tu. Ada juga yang tidak selesa jika buat perkara yang sama dan lebih tertarik untuk melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Saya pun tak pasti saya macam mana.
cammana nak kira polar tarikh lahir tu….boleh tolong saya.02.02.1976.teme kasih.
assalamualaikum…bila baca artikel ni…saya terus menagis..saya mempunyai pola 843…seperti apa yang di terangakan setelah 4 tahun buat pelaabgai bisnes dan sewaktu ni jatuh tertiarap saya baru tahu pola diri saya.memang benar apa yang di terangkan..saya jnis yang cepat bosan dengan sesuatu perkara..keuntungan yang cepat membuatkan saya tertarik….saya memang dahagakan kejayaan….saya buat MLM tapi cepat bosan…jadi apakah bisnes atau ketjaya yang boleh saya buat…saya pernah jadi tutor di universiti…tarikh lahir saya 24/03/1984…harap dapat bantu saya 0125806029