Mengapakah Perkara Yang Baik Berlaku Ke Atas Orang Yang Jahat?

Double jump!
Image by Éole via Flickr

Ini merupakan salah satu soalan yang ditujukan kepada saya baru-baru ini.

Dalam artikel ini, saya akan membincangkan sebab-sebabnya.

Perkara pertama yang perlu anda tahu ialah, hukum alam berkesan terhadap semua orang tak kira orang itu baik ataupun jahat.

Salah satu hukum yang difahami ramai ialah hukum graviti dan hukum graviti merupakan salah satu hukum alam juga. Jadi saya akan menggunakan hukum ini sebagai contoh dalam penjelasan saya.

Jika seorang yang baik ditolak oleh seorang yang jahat dari sebuah bangunan tinggi, cuba teka siapakah yang akan mati? Jawapannya amat ketara.

Hukum graviti tak peduli sama ada seseorang itu baik atau jahat. Ia cuma bertindak ke atas setiap jasad di muka bumi ini pada setiap masa.

Pernahkah anda melihat seseorang terapung-apung di udara kerana hatinya baik?

Beralih kepada soalan di atas. Ada banyak sebabnya jika anda tanya saya mengapakah sesuatu perkara yang baik berlaku kepada orang yang jahat.

Oleh kerana saya tidak mengetahui hal yang sebenar, saya cuma boleh kongsikan satu sebab mengikut pemahaman saya.

Salah satu sebabnya adalah kuasa fokus. Apabila seseorang menyakitkan hati kita, biasanya kita akan asyik memikirkan perkara-perkara yang buruk tentang orang itu.

Menurut Law of Attraction, apabila kita fokuskan perhatian kita kepada sesuatu perkara, kita sebenarnya memberi tenaga kita kepada perkara tersebut dan kita akan menarik perkara tersebut kepada kita.

Jadi apabila kita bencikan seseorang, kita sebenarnya sedang memberi tenaga kita kepadanya. Akibatnya, kita menarik lebih banyak perkara-perkara yang kita benci tersebut kepada kita.

Dan orang yang menerima tenaga kita pula akan menjadi lebih bertuah dan banyak perkara-perkara yang baik akan berlaku kepadanya.

Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, elakkan emosi negatif. Daripada membiarkan emosi negatif mengawal diri kita adalah lebih baik jika kita memikirkan tentang perkara yang baik seperti bersyukur dan berdoa. Betul tak?

Apa pula pendapat anda? Mari bincangkan.

Fikirkan yang terbaik,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Comments

14 Responses to “Mengapakah Perkara Yang Baik Berlaku Ke Atas Orang Yang Jahat?”

  1. Rizsyamm on November 11th, 2009 12:04 am

    Salam Sejahtera,
    Saya amat setuju dengan saudara. Oleh itu kita kena sentiasa bersikap positif dan fokus terhadap apa yang kita idamkan. Sebenarnya kita mempunyai kuasa minda yang amat berkuasa. Cuma kita perlu tahu bagaimana mahu menggunakannya. Sebagai contoh, kenapa ramai orang masih gagal menguruskan berat badan? Sebab utama adalah minda mereka asyik memikirkan masalah berat badan mereka. Asyik memikirkan makanan yang dimakan akan bertukar jadi lemak yang susah nak dihapuskan. Cuba fikirkan makanan yang dimakan akan ditukar kepada tenaga. Dengan ini, ia membantu minda kita agar berfikir secara positif.

    Sekian dari saya. Terima kasih.

  2. redha on November 11th, 2009 11:06 am

    Salam ceria, sihat kaya bahagia,

    Saya faham begini,
    Perkara baik berlaku kpd org jahat kerana orang yg kita anggap jahat tidak semestinya ia sentiasa berfikiran buruk(jahat). Perkara baik dtg kpdnya kerana fikiran baiknya.
    (dpt duit dgn ‘meragut’ bukan berarti perkara baik(untung), ditangkap ketika ‘meragut’ bukan berarti perkara buruk(rugi).

    Sangkaan buruk kebanyakan org awam menyukarkan org jahat ‘kekal menjadi baik’ selepas mereka ‘insaf’ dan berazam utk menjadi baik(sebab itu ramai yg kembali semula kpd tabi’at buruk walau mereka sudah pernah benar2 insaf)

    Skrg antara tanggungjawab kita semua sebenarnya ialah “SENTIASA BERSANGKA BAIK(walau org ‘jahat’) DAN MENDOAKAN SEMUA ORANG KE ARAH KEBAIKAN”.
    Sekadar pendapat saya.

  3. fati on November 11th, 2009 11:51 am

    Salam bahagia,
    Hi, Ramond. Seronok dapat baca perkongsian dari saudara lagi… Setuju dengan pendapat saudara dan pendapat tambahan dari saya ialah setiap orang mempunyai nilai baik dalam dirinya ( suara hati ). Seseorang yang jahat dan sering melakukan keburukan sekalipun sebenarnya tetap ingin berbuat baik dan mendapat perkara yang baik. Sebab tu kita tak boleh bersangka buruk pada orang yang berbuat keburukan kerana kita tak tahu apa sebenar dalam hatinya. Terima kasih semua.

  4. Mistanjung on November 11th, 2009 8:25 pm

    Salam,

    Saya memikirkan perkara yang baik berlaku kepada orang yang jahat selain dari takdir dari Allah ianya juga merupakan petunjuk kepada orang yang jahat itu agar membuka hatinya kearah kebaikan. Meskipun dia jahat tuhan masih lagi sayang dan memberi rahmatnya. Oleh itu menjadi tanggungjawab kita untuk memulakan sesuatu yang baik seperti senyum dan teguran salam kepada orang yang jahat itu. Dengan cara ini besar kemungkinan beliau akan mula memikirkan kalau dia jahat pun orang senyum apatah lagi kalau dia baik. Ada kemungkinan beliau akan beransur-ansur merubah sikapnya. Yang penting kita jangan jemu untuk berbuat baik dan berprasangka baik.

  5. faznuha on November 12th, 2009 1:58 am

    saya setuju jawapan logik tu.

  6. Motivasi Kerja on November 12th, 2009 8:47 am

    Assalamualaikum. Kalau dari sudut agama, mengapa orang jahat selalu mendapat kebaikan menunjukkan sifat Ar-Rahman Allah Subhananu Wataala. Sifat Rahman Allah tidak kira pada siapa, jahat atau baik, kafir atau Islam andai dirinya berusaha pasti Allah akan berikan atas usahanya.

    Jika ada ruang saya jemput Linn ke blog saya mungkin dapat berikan sedikit idea tentang penulisan saya.

    http://www.motivasi-kerja.com

  7. mohamed Awaludin Abdul on November 19th, 2009 9:11 am

    benar ,law of attraction tidak mewakili sesiapa atau apa2. ia bertindak mengikut hukumnya,ianya tidak masin atau manis, pahit atau masam , putih atau hitam , buruk atau baik dan sebagainya. ianya satu entiti dimana semua makluk bergantungan pada.
    tetapi Raymond ada menulis, kalau kita beranggapan buruk terhadap seseorang, dia akan menerima semua tenaga baik dan kita menerima tenaga buruk atas tarikan anggapan buruk saya. ini masih menunjuk adanya buruk dan baik. tidakkah ini bercanggah dengan “Law of attraction”.
    Andaian, bolehkah saya atas konsep LOA memberi/menerima imbuhan bagi pihak orang lain.Melainkan atas kesedaran nya, berpandu pada konsep memberi dan menerima
    Dapat raymond hurai lebih jelas supaya tidak mengelirukan.

  8. mohamed Awaludin Abdul on November 19th, 2009 9:23 am

    Andaian saya , orang jahat sering menerima kebaikan , ini ada hubungkait dengan cara mereka berfikir. terutama mereka lebih “specific dan reality” dalam meharungi penghidupan mereka. mereka jelas dan nyata apa yang mereka lakukan iaitu mereka lebih fokus.
    kekecewaan mereka setelah mereka mulai mewakili sifat2 lupa diri iaitu, Zalim,sombong, bongkak, riak dan takbur, kecundang.Renungkanlah mereka2 yang pernah kecundang dalam kejahatan mereka seperti yang tersebar dlm media cetak atau electronic. peringkat awalan mereka sering berjaya setelah mereka mulai menerima sifat lupa diri, achir kecundang.
    Tahukah kita, berapa ramai lagi yang melaku kejahatan yang terselamat?

  9. mohamed Awaludin Abdul on November 19th, 2009 9:24 am

    Andaian saya , orang jahat sering menerima kebaikan , ini ada hubungkait dengan cara mereka berfikir. terutama mereka lebih “specific dan reality” dalam meharungi penghidupan mereka. mereka jelas dan nyata apa yang mereka lakukan iaitu mereka lebih fokus.
    kekecewaan mereka setelah mereka mulai mewakili sifat2 lupa diri iaitu, Zalim,sombong, bongkak, riak dan takbur, kecundang.Renungkanlah mereka2 yang pernah kecundang dalam kejahatan mereka seperti yang tersebar dlm media cetak atau electronic. peringkat awalan mereka sering berjaya setelah mereka mulai menerima sifat lupa diri, achir kecundang.
    Tahukah kita, berapa ramai lagi yang melaku kejahatan yang terselamat dan sering menerima kebaikkan atau bertuah ?

  10. Raymond Chua on November 19th, 2009 11:02 pm

    Terima kasih atas pandangan, soalan, cadangan serta perkongsian anda. Saya berasa amat gembira melihat ramai orang yang mengambil bahagian dalam perbincangan ini. :)

  11. man tanjung on November 22nd, 2009 6:11 pm

    mengapa perkara baik berlaku kepada orang jahat.

    1.mungkin tuhan hendak beri kesadaran padanya
    2.mungkin tuhan hendak jauh dirinya daripada mendekatkanya.
    cth golongan kafir yang semakin kaya dan berjaya tapi tidak mendapat rahmat islam kepadanya.dan mejauhkan diri kepada islam dan kebenarannya

    ini pandangan saya .sebaik nya rujuk kepada ahli ugama

  12. mohamed Awaludin Abdul on November 23rd, 2009 10:43 am

    hi raymond, LOA is a universal law , dimana ianya tidak memilih dan memihak sesipa. Sesiapa yang makan cili dia lah yang terasa pedas dan tak’ada pulak orang lain yang terasa lemak, seperti teori “Newton” when one’s goes up (a vacum is created) than someone must goes down.Kalau teori ini di guna-pakai secara universal , masyarakat kita akan terbahagi pada 2 golongan besar, iaitu Baik dan jahat .Kalau ini tejadi, golongan2 yang berpentingan diri akan menafaat kan teori ini secara extreme dan tidak kah ini akan menimbulkan pendekatan yang di namakan “bias’ iaitu dengan pengaruh , mempergaruh dan di pengaruh.
    Olih yang demikian, bagaimana orang jahat sering/bolih menerima kebaikkan atas kemarahan (anggapan/tuduhan negatif) kita terhadap mereka?
    Seringnya, kalau kita berdoa untuk orang jahat selalunya nya dengan perasaan keinsafan dan bertujuan untuk kebaikan, bukan dengan anggapan marah dan benci..

  13. Abdul Gani on December 7th, 2009 7:56 am

    Hi, saya ingin berkongsi satu kisah benar yang terjadi kepada kami, kami di benci oleh seseorang kerana pada anggapannya kami telah “so call” melangkawi batasan kawasan kekuasaannya setiap kali berselisih dan berjumpa beliau akan menunjukkan reaksi yang kurang menyenangkan. Namun bagi kami tiada apa-apa masalah dengan beliau dan kami telahpun memaafkan sejak dari dulu lagi. Apa yang menakjupkan berlaku semakin hari kami semakin berjaya dan semakin mudah untuk mencapai apa yang kami inginkan.
    Jadi kami berpendapat sekiranya seseorang itu membenci kita, seharusnya kita berterimaksaih kepada beliau kerana telah memberikan kita tenaga untuk lebih maju lagi. Terima kasih.

  14. mohamed Awaludin Abdul on December 7th, 2009 10:20 am

    hi all,
    pi mai, pimai, tiada yang jelas . hukum alam tetap bergerak atas paksinya. kenapa ianya bergitu, satu pertanyaan yang memerlukan pengertian menyeluruh bukan sekadar tangkapmuat aje.
    setiap insan semuanya murni tetapi telah dicorengkan dengan latar belakang (communiti,) , pendidikan dan pembentukkan tahap jati dirinya (pengalaman,Agama, peristiwa dll) . ini semua menyumbang kearah pembentukan insan secara individu.
    kekuatan jatidiri memberi ruang untuk menyempurnakan yang di lakukan. Ciri2 ini jelas ada pada mereka tegas dan kuat pendirian seperti pemimpin-pemimpin disemua lapangan kemasyarakatan dan ” orang2 yang Jahat” dan banyak lagi. mereka mengharungi penghidupan bukan hanya berpandukan akal tetapi disertakan dengan perasaan yang jitu dan mantap.
    mereka sering mendapat kebaikkan yang tak dijangka2 atau secara tidak senjaga.
    Persoalan nya adakah kebaikkan yang diperdapatkan ini adakah secara tak sengaja atau sebaliknya.???
    “melainkan mereka yang zalim, riak, takbor , sombong dan bongkak , kecundang achirnya.”
    Kalau diambil pendekatan mereka untuk mengharungi penghidupan, mungkin, kita juga akan menerima kebaikkan2 yang tak dijangka.
    rumusannya:-
    bukan orang baik saja yang menerima kebaikkan tapi orang jahat juga berhak menerima kebaikkan atas pendirian nya dan bukan di atas perbuatan jahat mereka.

Got something to say?