Kaya Intellektual

Alhamdulillah diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Pada mulanya saya ingin berkongsi tentang tajuk yang saya kongsikan sebelum ini yang bertajuk apa yang anda lihat. Tetapi saya terpaksa menangguhkan hasrat tersebut untuk sementara waktu kerana saya tertarik untuk berkongsi tentang perkara lain yang tiba-tiba menerjah ke minda.

Ianya masih lagi berkaitan dengan kekayaan. Jika sebelum ini kita banyak bercerita tentang kekayaan material, tetapi hari ini saya ingin menyentuh tentang aspek kekayaan intelektual. Kekayaan intelektual boleh ditafsirkan sebagai kekayaan ilmu pengetahuan yang kita miliki.

memiliki kekayaan ilmu pengetahuan itu jauh lebih berharga dibandingkan kekayaan harta atau materialisme. Sebagaimana disampaikan oleh orang bijak berikut ini,

“Kekayaan harta membuat kita harus menjaganya, sedangkan kekayaan ilmu membuat ia akan menjaga kita.”

Kekayaan ilmu disini sebenarnya mencakup seluruh ilmu pengetahuan, ertinya bukan hanya ilmu agama yang mengatur cara-cara penghambaan manusia kepada Allah swt atau ilmu syariat semata. Melainkan juga ilmu pengetahuan yang diperlukan untuk mencapai keberhasilan hidup di dunia dan memberikan kemaslahatan di dunia mahupun akhirat.

Comments

2 Responses to “Kaya Intellektual”

  1. Nozi on November 25th, 2009 10:16 am

    “Kekayaan harta membuat kita harus menjaganya, sedangkan kekayaan ilmu membuat ia akan menjaga kita.”

    Saya rasa lapang dada dengar quote ini. Rasa tenang. :)
    Terima kasih Linn atas perkongsian ini.

  2. nur on December 6th, 2009 12:10 pm

    Namun demikian, dek kerana adanya tingkatan pendidikan duniawi, secara tidak langsung melahirkan ‘kasta’. SPM, Diploma, Ijazah, Master.. adanya manusia2 yang mencipta jurang silaturrahim sesama sendiri… ada yang menjadi ego sombong bongkak di atas pencapaian diri sendiri. Memandang rendah terhadap manusia lain. Adakah ilmu duniawi yang diperolehi mampu menyelamatkan mereka dari azab seksaan Allah swt? manusia perlu segera sedar.. kita juga perlu ilmu ke arah memantapkan kerohanian, mentauhidkan Tuhan. Dengan adanya ilmu rohani barulah ilmu duniawi lengkap di dalam kehidupan. Adakah anda ingin menjadi seorang kerani/ doktor/ cleaner/ kontraktor/ business man dll yang tidak beriman? atau yang beriman?

Got something to say?