Berdoalah

Alhamdulillah, kerana masih diizinkan ALLAH untuk mengemaskini blog ini. Beberapa hari yang lepas mungkin juga beberapa minggu yang lalu saya mengalami kebuntuan idea untuk berkongsi cerita bersama anda. Apa pun setiap masalah yang berlaku datangnya dari hati saya sendiri kerana hati adalah sumber dan kunci bagi kekuatan dan kejayaan diri kita. Selagi kita bernama manusia selagi itu kita sentiasa diuji dan diduga.

Dalam meraih erti sebuah kejayaan apa yang perlu kita pastikan ialah keteguhan hati, malah adalah tanggungjawab kita untuk memastikan keadaan hati kita sentiasa berada dalam keadaan baik.

Memang tidak mudah menjaga keteguhan hati. Dan, salah satu cara untuk menjaganya ialah dengan memohon kepada YANG MAHA MEMILIKI SEGALANYA.

Bahkan Rasulullah saw pun, selalu berdoa agar hati beliau tetap teguh. Dalam hadits riwayat Ahmad dan Ibnu Abu Syaibah, Aisya ra., berkata, “Nabi SAW sering berdoa dengan mengatakan, ‘Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku untuk selalu taat kepada-Mu.’ Aku pernah bertanya, ‘Ya Rasulullah, kenapa Anda sering berdoa dengan menggunakan doa seperti itu? Apakah Anda sedang marasa ketakutan?’ Beliau menjawab, ‘Tidak ada yang membuatku merasa aman, hai Aisyah. Hati seluruh hamba ini berada di antara dua jari Allah Yang Maha Memaksa. Jika mau membalikkan hati seorang hamba-Nya, Allah tinggal membalikkannya begitu saja.’”

inilah kunci kejayaan . Ketika kita sedang semangat, maka mintalah kepada Allah untuk meneguhkan hati kita agar tetap semangat. Semangat akan menghasilkan satu tindakan luar biasa dan hasilnya ia akan menghasilkan satu kejayaan yang luar biasa Semuanya bermula dari hati.Jadi banyakkan berdoa Kerana hanya ALLAH maha mempu mengubah hati kita.

Comments

5 Responses to “Berdoalah”

  1. lanchini on November 19th, 2009 12:24 pm

    Salam,

    Saya selalu mendengar dan membaca nasihat dari orang otai-otai untuk kita sentiasa FOKUS dengan apa jua yang dilakukan. Untuk fokus pula, kita perlu keteguhan hati supaya tidak berbelah bagi untuk membuat aktiviti tak berkaitan pulak..

    Hati pula bukanla seperti barang biasa yang boleh di’perketatkan’ skrunya bila longgar. Saya setuju dengan pendapat Lynn, berdoa kepada yang Maha Esa adalah jalan terbaik bagi memperkukuhkan hati…

    Thanks kerana perkongsian ilmu ini..

  2. ckeen on November 22nd, 2009 11:26 pm

    doa boleh mengubah takdir…
    berdoalah kerana doa dan musibah akan bertarung sehingga kiamat.

  3. Nozi on November 25th, 2009 10:14 am

    Salam,

    Betul tu Linn. Kita memang selalu kena berdoa dan sentiasa tetapkan hati dan pendirian. Saya pun ada kelemahan terutamanya pendirian. Memang selalu beringat dan sentiasa ingat pada Allah. Hanya pada-Nya sahaja hati kita terbuka dan kita dapat lalui landasan yang terbaik.

  4. imabiz on November 26th, 2009 11:18 pm

    memang betul… hendaklah kita berdoa kepada Allah senantiase.. jgn kalau dah ade masalah baru nak minta pertolongan.. ade imabiz terbaca artikel tentang doa nie.. kalau nak dimurahkan rezeki selalu lah berdoa untuk kedua orang tua kita.. yang ada lagi mahupun yang telah kembali… imabiz kalau ketandusan idea.. imabiz akan round2.. jalan2 ke blog orang lain dan membaca.. melalui pembacaan datangnya ilmu..dah ade ilmu leh la kita kongsikan… salam kejayaan dari imabiz

  5. Kehilangan : linncomel.com on December 2nd, 2009 10:09 am

    [...] Berdoalah [...]

Got something to say?