Hadiah tahun baru
Hari ini adalah hari terakhir dan kita berada di penghujung tahun 2009 dan esok kita akan memulakan tahun baru 2010. Harapan saya semoga tahun 2009 ini baru 2010 akan menjanjikan kejayaan yang cemerlang dan gemilang untuk kita.
Seperti biasa tahun baru perlu disertakan dengan azam yang baru. Samada azam lama di bawa ke hadapan ataupun menukar seluruh struktur azam bergantung kepada keperluan kita sendiri masing-masing.
Namun begitu hari ini saya ingin berkongsi sedikit fakta yang menarik :
- Pada hari ini bersamaan dengan tarikh 14 Muharam 1431 iaitu malam bulan purnama PERTAMA untuk tahun 1431.
- Bulan purnama yang kali ke-13 untuk tahun 2009. (Kebiasaannya secara astronomi, bulan purnama hanya 12 kali sepanjang tahun)
- Merupakan bulan purnama yang ke-2 pada bulan Disember 2009 (yang pertama pada malam 2/12/2009
Anda boleh membacanya di sini untuk informasi yang lebih lanjut http://www.dreamyourlifepositively.com/blog.html Jadi pasanglah niat dan berdoa untuk segala yang baik bagi diri anda dan keluarga dalam segala aspek kehidupan.
Sempena hari yang baik ini, saya mewakili team linncomel.com ingin memberikan sesuatu untuk dikongsikan bersama anda.

Ramai yang mengatakan duit bukanlah segalanya …..tapi tanpa anda sedari segala-galanya memerlukan duit. Celikan mata yang pertama tatkala anda lahir ke dunia anda sudahpun menggunakan duit. Malahan hembusan nafas yang pertama dan terakhir di muka bumi ini anda juga menggunakan duit …..
Apa lagi dalam kehidupan seharian anda. Duit begitu berkuasa, malah adakalanya kita sendiri terperangkap dan menjadi hamba duit. Segala keperluan harian kita memerlukan duit. Sebenarnya ramai diantara kita menghabiskan masa seumur hidup dengan memikirkan berapa banyak duit yang dibelanjakan tetapi tidak ramai diantara kita yang memikirkan tentang hubungan diri dengan duit. Bagaimanakah untuk membina hubungan yang baik dengan duit ?
Jadi sempena memasuki tahun baru ini, kami menghadiahkan satu e-kursus percuma. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan melanggan kursus ini secara percuma dalam masa beberapa hari lagi. Semoga dengan perkongsian kami ini sedikit sebanyak dapat membantu membina mindset kewangan yang lebih baik. Akhir kata, sekali kami ucapkan selamat tahun baru dan selamat abad baru 2010.
KITA YANG BARU….
Salam perkongsian untuk kesekalian kalinya…1430 telah kita tinggalkan…2009 juga bakal melabuhkan tirainya…1431 telah terhampar di depan mata….2010 bakal mengamit untuk kita laluinya….Setiap kali tahun baru membentangkan layarnya kita pasti menyediakan senaskah harapan agar ia lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya…..
Apa pun kita perlu memulakan dengan mengetahui apakah matlamat diri kita. Dengan mengetahui matlamat ini, maka mudahlah untuk kita memulakan perjalanan bagi mencapai matlamat yang telah digarap di dalam minda. Dengan mengetahui dan memahami pengisian ini akan membolehkan kita untuk mengatur stategi bagi mencapai sesuatu objektif kehidupan.
Setiap dari kita berupaya membuat keputusan secara sedar untuk meninggalkan kehidupan yang kurang baik kepada kehidupan yang lebih baik dan sempurna sama ada di rumah, di tempat kerja dan di dalam masyarakat. Tidak kira bagaimana keadaan kita sebenarnya, keputusan sedemikian boleh dilakukan oleh setiap orang…sama ada ditunjukkan dengan cara memilih untuk mempunyai semangat yang tinggi didalam menghadapi penyakit yang tidak boleh diubati, dengan memberi anak itu satu kepekaan akan harga diri dan potensi yang dimilikinya, dengan menjadi pemangkin perubahan didalam sesebuah organisasi atau dengan menjadi seseorang yang memulakan sesuatu yang bermakna didalam masyarakat.
Kita semua mempunyai kuasa untuk membuat keputusan untuk hidup dengan suatu kehidupan yang sama atau bukan saja melalui hari yang baik tapi melalui hari-hari yang cemerlang. Tidak kira berapa lama kita telah melangkah dilaluan kehidupan yang kurang baik, kita sentiasa boleh memilih untuk mengubah laluannya. Sentiasa. Ianya tidak terlalu lewat…kita masih boleh memilih….
Sebelum mengundurkan diri…..selamat menyambut tahun baru 2010….Mengapa berpaut pada kenangan sedangkan impian masih boleh digapai…..
Salam Sayang
- Ima Harlina -
Kehidupan….
Pertama-tamanya syukur ke hadrat ILLAHI dengan izinNYA dapat lagi kita bersua di arena ini untuk satu perkongsian. ALHAMDULILLAH kita semua diizinkan ALLAH SWT untuk bertemu jodoh di dalam blog ini.
KEHIDUPAN adalah anugerah utama ILLAHI. Anugerah itu memberi gambaran kebesaranNYA buat kita yang bernama manusia yang wajib kita syukuri, selusuri dan hargai. Gunakanlah dengan sebaiknya kurniaan ALLAH SWT kepada kita dengan menghalalkan penggunaan AKAL, HATI dan LIDAH untuk perkara yang membawa kecemerlangan kepada diri kita dunia dan akhirat. Kerana kita adalah mahkluk ciptaannya yang paling sempurna di antaranya.
Justru itu kita dituntut untuk berusaha dan berusaha seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi dan melakukan amal Ibadat seolah-olah kita akan pergi tak kan kembali pada esok hari…..Hidup ini amat singkat, oleh itu guna dan hiasilah ia dengan sebaik mungkin
Dalam melayari bahtera kehidupan ini, apa yang paling penting adalah keIMANan, kesungguhan dan kejujuran…..namun manusia sering meninggalkan salah satunya…..dan sebagai INSAN yang lemah saya juga masih belajar dan terus belajar……..oleh itu marilah sama-sama kita CERMINkan diri……
Sebelum mengundurkan kan diri saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI NATAL kepada semua yang meraikannya dan meninggalkan kata-kata ini untuk kita renung seketika…..
Kematian bukanlah sesuatu kehilangan yang besar di dalam hidup kita. Kehilangan yang paling besar ialah apa yang MATI dalam diri kita ketika hayat masih ada……
Salam Sayang
- Ima Harlina -

