Kenapa sukar untuk kaya

Kebelakangan ini saya banyak menerima email daripada pembaca dengan pelbagai masalah dan persoalan. Ramai yang bertanya , tetapi hari ini saya ingin menjawab satu persoalan yang sentiasa bermain difikiran ramai orang.

Mengapa sukar untuk menjadi kaya, adakah kekayaan itu hanya menjadi milik individu tertentu sahaja?
Jawapan saya sudah tentu tidak sukar untuk kaya, kerana kekayaan itu adalah milik kita semua. Malah peluang untuk kita sentiasa seimbang. Bukanlah ALLAH itu maha adil, jadi peluang untuk kita adalah sama dan tiada bezanya.

Namun begitu satu perkara yang perlu kita tahu kita tidak akan menjadi kaya dengan hanya berlagak sebagai orang kaya, kerana kekayaan itu bukan hanya pandangan luaran. Kekayaan itu perlu datangnya dari dalam diri kita, dari jiwa dan kalbu kita. Apa yang penting bagaimana untuk kita mengaktifkan kalbu kita seterusnya menjadi magnet kepada kekayaan, kekayaan tidak perlu kita cari yang paling penting adalah bagaimana untuk kita mengaktifkan suis yang ada dalam diri kita.

Kekayaan tidak boleh dinilai dengan nilaian rumah yang besar, kereta yang hebat atau memiliki harta yang melimpah ruah. Tetapi kekayaan itu datangnya dari dalam diri kita sendiri.

Individu yang mempunyai kekayaan dalaman akan sentiasa bersedia untuk bangkit jika jatuh.Individu kaya yang sebenar sentiasa bersedia untuk menempuhi segala yang datang dengan hati yang terbuka, sentiasa redha dan ikhlas dalam apa jua cabaran yang datang. Adakah anda merasakan diri anda tidak layak untuk menjadi kaya? Tepuk dada tanya diri anda sendiri. ;-)

Comments

2 Responses to “Kenapa sukar untuk kaya”

  1. donny on December 10th, 2009 9:07 pm

    info yang bagus linn..tq

  2. khairul on December 17th, 2009 12:10 pm

    Salam kak linn, harap sihat selalu, saya nak tanya kalau nak join GDI tu berapa saya kena bayar? terima kaih

Got something to say?