Salam Perkongsian & Perkenalan
Syukur alhamdulillah dengan izinNYA saya diberi ruang dan peluang untuk berkongsi di dalam blog ini. Salam pertemuan dan salam perkenalan untuk semua pengunjung setia blog ini.
Saya Ima Harlina penulis baru dan ketiga bagi blog ini.Semoga dengan adanya perkongsian seumpama ini kita akan dapat merealisasikan apa yang telah digarap di dalam minda.
Sepanjang hidup kita adalah proses pembelajaran, proses itu pula tidak semestinya diperolehi melalui kelas formal tetapi mampu juga dimiliki melalui hari-hari yang dilalui mahupun perkongsian seumpama ini. Setakat tahu belum mencukupi, apa yang lebih penting adalah faham atau memahami…tidak seperti Sang Kakak Tua yang hanya tahu untuk menuturkan tapi belum pasti memahami apa yg dilontarkan……
Saya rasa sebagai permulaan cukup setakat ini saya menulis….insyALLAH dikesempatan yang lain kita akan mampu melakukan lebih banyak perkongsian untuk membantu diri ini dan pengunjung blog yang lain untuk lebih kuat bertarung demi semua KEHIDUPAN.
Semakin jauh perjalanan kita maka semakin dekat kita menghampiri kematian, semakin bertambah bebanan maka semakin kurang pula keupayaan. Hanya IMAN dan KETAKWAAN mampu mengayuh perahu kehidupan penuh ketenangan, merempuh ujian…Setelus kita dengan TUHAN setelus pula sesama INSAN agar penghijrahan kita ke daerah kebaikan….
Comments
6 Responses to “Salam Perkongsian & Perkenalan”
Got something to say?


Salam,
Selamat datang, terima kasih kerana sudi berkongsi.Semoga blog ini akan lebih memberikan manfaat dengan penambahan idea dari saudari Ima. Teruskan berkongsi.
Salam Ema,
Terima kasih kerana sudi berkongsi idea disini..teruskan usaha awak..
Hi Oja,
Terima kasih……semoga blog ini menjadi medan dan wadah sebagai perkongsian pintar
Hi Donny,
Terima kasih di atas sokongan anda, semoga blog ini akan memberi manfaat kepada semua
[...] Salam Perkongsian & Perkenalan [...]
Salam bahagia,
Alhamdulillah, perkongsian idea dari tiga orang (yang tentunya mempunyai keunikan tersendiri ) dapat dibaca dalam satu blog yang comel ini…. Semuga memberi sepenuh manafaat bagi kita bersama.
Hai Fati,
Alhamdulillah, apa yang penting kita semua perlu membuka mata hati seluas-luasnya untuk menyelusuri perkongsian ini….dengan harapan agar ia membawa kefahaman……