Kita adalah cermin kehidupan
Alhamdulillah,masih diberikan kesempatan berkongsi cerita bersama anda semoga perkongsian ini dapat saya selesaikan sebelum masuknya waktu Subuh. Kebiasaan saya mengambil masa yang amat singkat untuk berkongsi cerita. Adakalanya saya mengambil masa sehingga melebihi satu jam untuk menyudahkan cerita adakalanya juga mengambil masa selama separuh hari untuk menyudahkan cerita.
Apa pun terima kasih kepada Saudari Ima Harlina iaitu salah seorang penulis blog ini yang berjaya menyiapkan perkongsian cerita beliau yang pertama, walau mengalami pelbagai kesukaran akibat masalah teknikal, namun potensi pola 555 yang ada pada dirinya digunakan secara positif, maka cerita beliau dapat dikongsikan bersama kita.
Saya tersenyum sendirian, apabila membaca catatan beliau, sama tapi tak serupa. Cara menulis kami adalah sama, namun beliau lebih hebat dalam penggunaan bahasa, semoga beliau akan pergi jauh dalam arena ini seterusnya mencapai matlamat yang diinginkan.
Sedarkah anda, bahawa diri kita adalah cermin kepada kehidupan kita. Jika kehidupan kita mempunyai dua hukum yang berbeza iaitu hukum quantum fizik dan hukum fizik, begitu juga di dunia alam diri kita.
Jika di alam dunia mempunyai benda, molekul, atom, partikel Quanta dan alam energi, Dunia alam diri kita juga mempunyai tingkat -tingkat yang tertentu yang terdiri daripada nasib, karektor, tabiat atau kebiasaan, tindakan, fikiran dan alam perasaan. Dan teori Quantum menyatakan, semakin dalam tahap kedudukan semakin kuat, kekuatan yang dimiliki.
Jadi di alam kehidupan, kedudukan manakah yang lebih kuat, alam perasaan atau nasib? . Kongsikan pendapat anda untuk saya meneruskan cerita berkaitan topik ini.
Comments
6 Responses to “Kita adalah cermin kehidupan”
Got something to say?


Salam ceria sihat kaya bahagia,
Sekadar berkongsi….
“dalam diri manusia ada ’seketul daging’, jika baik ia, maka baiklah seluruh hidupnya, begitulah sebaliknya, ’seketul daging’ itu adalah HATI”.
Hati berkait rapat dgn PERASAAN, bagaimana dgn emosi?……
salam keceriaan & salam 1 Malaysia.
Bila anda ceria anda gembira, bila anda sedih sudah tentu murung dan lesu.
Bila anda senyum pada seseorang pasti anda akan terima senyuman balas.
Bila anda berbudi Allah sentiasa melihat,,
mari jadikan senyuman itu satu sedekah jariah kalau tak mampu sedekah harta benda.
Salam
Semoga kita sama-sama diberkati olehNYA dalam menjalani kehidupan.
Saudara Redha,
Adakah emosi dan perasaan itu satu perkara yang berbeza? Saya sendiri keliru, apabila membaca perkongsian dari Saudara. Selama ini saya menganggap emosi dan perasaan adalah satu perkara yang sama. Mungkin pembaca lain boleh memberi pendapat bagi merungkai persoalan ini
Saudara Firdaus,
Terima kasih atas perkongsian saudara. Sekiranya kita senyum pasti dibalas senyuman itu juga dianggap cermin bagi diri kita.
salam…
x faham hukum quantum fizik dan hukum fizik ?? apa tu??? boleh terangkan dengan lebih lanjut…. nak sangat mengetahuinya….
sekian
~yg nak tahu~
Salam bahagia,
Saya merasakan emosi bermaksud sama dengan perasaan dimana sejak kurang lebih dari tahun 2000 orang mula lebih suka menggunakan perkataan ‘emosi’ bagi menggantikan perasaan. Sekian, terima kasih.
Salam Amy,
Saya akan jawab persoalan itu dengan lebih detail lagi nanti dalam perkongsian cerita yang akan datang
K.Fati,
Saya juga mempunyai pendapat yang sama seperti K.Fati, Terima kasih atas perkongsian, mungkin ada pendapat yang lebih baik dan jelas berkenaan emosi dan perasaan.