Jangan setakat sederhana
Hari ini saya masih lagi ingin bercerita bersama anda. Berkongsi sedikit cerita yang saya ketahui, ya sedikit yang saya tahu, lebih banyak lagi yang tidak saya ketahui. Apa pun bersyukur saya kepada ALLAH dengan adanya ilmu yang sedikit ini dapat dijadikan panduan untuk menempuh hari-hari yang seterusnya.
Selamat hari Krismas saya ucapkan kepada pembaca blog saya yang beragama kristian, terutamanya kepada Raymond sahabat yang sentiasa berkongsi cerita dan ilmu bersama pembaca blog ini. Semoga perayaan ini memberikan kebahagiaan dan kegembiraan kepada semua pembaca yang menganut agama kristian.
Samada anda sedar atau tidak, ramai diantara kita mempunyai impian untuk menjadi kaya, tetapi hasil akhirnya masih ditakuk lama dan ada diantaranya menjadi lebih buruk lagi. Mengapa keadaan itu terjadi? adakah mereka yang tergolong dalam golongan ini sememangnya ditakdirkan untuk hidup miskin.
Jawapannya sudah tentu tidak, kerana peluang untuk kita berjaya atau gagal adalah seimbang tiada bezanya. Cuma terpulang kepada kita sendiri bagaimana untuk untuk menguasai diri dan kehidupan.
Segalanya terpulang kepada diri kita sendiri,nilaikan apakah mindset yang kita bawa dalam kehidupan kita. Adakah kita sekadar ingin hidup sederhana, hanya lebih baik sedikit dari kehidupan kita sekarang.
Sekiranya ini adalah mindset hidup anda, bekerjalah sekuat mana pun, anda tidak akan mencapai apa yang anda inginkan. Jadi sekiranya anda mempunyai impian untuk hidup kaya di dunia dan juga akhirat, tukarlah mindset anda daripada sekadar ingin hidup sederhana kepada impian untuk memiliki kekayaan.Rasailah emosi kejayaan dan kekayaan tersebut dan hadirkanlah ia dari alam perasaan anda yang jauh berada di dalam diri anda yang paling dalam.
Anda tidak dapat mengecap kemewahan, bukan bermakna anda tidak layak untuk hidup mewah, cuma sesuatu perlu dilakukan, perlu diubah untuk mencapai kejayaan tersebut.
Sentiasalah berfikiran positif terhadap kekayaan dalam apa jua perkara. Elakkan diri anda dari terlalu merungut.Yang paling penting yakinkan kepada diri anda bahawa peluang sentiasa terbuka luas untuk anda menjadi seorang yang kaya dan berjaya, kerana ALLAH itu MAHA ADIL dan sentiasa mengkabulkan permintaan hambaNYA.
Sekadar menyokong sahabat saya saudara Razif, Jika anda mempunyai masalah untuk mengawal perbelanjaan atau menyimpan wang anda, anda boleh klik banner di bawah untuk mengetahui apakah rahsianya.
Comments
2 Responses to “Jangan setakat sederhana”
Got something to say?



Kehidupan - di manalah kemanisannya jika kita tidak menempuh pahit manisnya ranjau duniawi……tidaklah ia dinamakan ‘ kehidupan ‘ tanpa melewati onak durinya….bagaimanakah kita mencorakkan hidup sendiri, itu yang menjadi ukuran..putih atau hitamkah pilihan diri….atau seindah sang pelangi…..
Salam,
Ya, kita sentiasa diberi pilihan dan sentiasa mempunyai pilihan untuk mencorakkan kehidupan kita. Jadi terpulang kepada diri sendiri samada masih ingin meneruskan jalan yang penuh berliku atau atau sebaliknya.