Duit cara mudah..

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk mengemaskini blog ini. Masih lagi ingin berkongsi cerita tentang duit, namun fokus utama saya hari ini lebih kepada kaedah buat duit dari rumah.

Hari ini saya nak kongsikan satu ebook percuma iaitu Panduan Buat DUit Tanpa Modalyang telah dihasilkan oleh Saudara Kasimo iaitu pemilik blog   www.kasimo69.com

Dalam ebook, saudara kasimo telah menerangkan langkah demi langkah buat duit dengan 2 program yang mana program ini boleh disertai tanpa sebarang modal.

Salah satu kaedah yang dikongsikan oleh saudara Kasimo telah saya amalkan untuk memperolehi income USD, Jadi anda boleh mendapatkan maklumat tersebut secara percuma dengan klik pada link

http://kasimo69.com/buat-duit

Selain itu saya juga ingin berkongsi satu lagi ebook yang secara ikhlasnya saya merasakan ianya amat berguna untuk anda jika ingin mendapatkan pendapatan daripada internet .

Segalanya dibongkar, dikupas dengan ikhlas.Tiada apa yang terselindung lagi.Ebook ini tidak sama dengan ebook ebook yang pernah saya beli.Pendedahanteknik dan trik yang memang boleh menjana wang.

Jika anda baru saja ingin berjinak-jinak dengan perniagaan internet,anda akan diberikan pelbagai cara jalan pintas untuk mendapatkan pendapatan dari internet.

Jika anda sudah pun puas berusaha tetapi masih tidak dapat jalan , ebook ini akan memastikan anda mendapat hasil yang pertama dalam masa yang singkat dengan kaedah yang diberi ianya akan membantu anda melipat gandakan pendapatan anda.

Anda boleh klik link dibawah untuk mendapatkan panduan tersebut www.etoyol.com

Atau klik banner di bawah untuk mendapatkan panduan tersebut.

Bertindak sekarang!

Mengapa kita harus bersedih

Salam perkongsian untuk kesekalian kalinya…semalam adalah kenangan hari ini adalah realiti dan esok adalah fantasi….

ALLAH benar janji-NYA. ALLAH menentukan sesuatu. Yang hilang tidak bermakna binasa. Yang pergi tidak bermakna kita hilang segala. Andai diukur banyak mana yang ALLAH ambil dibandingkan dengan banyak mana yang telah ALLAH beri kepada kita….. ‘ kalau kita cuba hitung nikmat ALLAH nescaya tidak akan terhitung banyaknya’.

Mata, telinga, mulut, tangan, kaki dan sebagainya. Harta yang melimpah ruah. Pandang disekitarmu. Apa yang kurang ? Tidak ada apa yang kurang…rumah, kereta, isteri, anak-anak, segalanya cukup.

Dan apabila musibah menimpa, ALLAH tarik balik sedikit sahaja dari kurnia – NYA, mengapa harus berdukacita ? Mengapa harus bersedih ? Bukankah itu petanda bahawa ALLAH mungkin menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik ? ALLAH tarik sesuatu untuk ALLAH berikan sesuatu yang lain, tidak mustahil kan ?

Berlapang dada kepada ALLAH, bahawa ALLAH menentukan segalanya. Yakinlah, janganlah takut dan janganlah kita berdukacita.

Kadang-kadang manusia berdukacita kerana beban hidup yang terlalu banyak. Penyakit yang menimpa, masalah keluarga yang banyak, masalah anak, masalah kerja, masalah itu dan sebagainya. Maka kita bersedih dan berdukacita menyebabkan jiwa tertekan.

Mengapa harus bersedih ? Adakah dengan bersedih semua masalah akan selesai ? Bukankah hidup ini penuh dengan perjuangan mengatasi segala masalah ? Hidup bermakna kita berdepan dengan masalah. Orang yang tidak mahu berdepan dengan masalah maka tidak layak hidup di dunia ini. Setiap dari kita punya masalah samada kecil atau besar…terpulang kepada kita bagaimana untuk menanganinya.

Masalah yang kita lalui akan mematangkan jiwa kita, mematangkan akal kita, mematangkan peribadi kita. Akhirnya orang yang sudah banyak melalui masalah akan menjadi manusia yang tenang kerana berasa lapang dengan segala penyelesaian yang dihadapi.

Tahun 2010 dijangka tahun yang mencabar dari segi ekonomi…setakat 15 Januari kita dikejutkan lebih 300 ribu orang kehilangan pekerjaan. Adakah mereka tidak mempunyai cukup kelayakan menyebabkan mereka tidak beroleh dan kehilangan perkerjaan ? Sedangkan ramai di antara mereka lulusan universiti. Adakah kita hanya perlu menongkat dagu dan bersedih meratapi apa yang telah kita hilang? Yang pepeh tak akan datang melayang dan yang bulat tidak akan datang bergolek. Terokai dan kenalilah potensi kita. Potensi kita sebenarnya jauh lebih hebat dari apa yang telah kita tunjukkan.

Siapa sangka Malaysia bakal mengeluarkan kereta buatan sendiri, tatkala Tun Dr. Mahathir Mohamad mengilhamkannya ramai yang mempersoalkannya hanya kerana beliau berlatarbelakangkan perubatan dan bukanya kejuruteraan. Tetapi dengan kebijaksanaannya, keyakinan dan kesungguhan akhirnya impian menjadi kenyataan.

Oleh itu sama-samalah kita renung dan mulakan langkah pertama untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah kita. Untuk itu saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini “ Cubalah kita tengok hujan itu. Sekarang ia tenggelamkan segala keindahan ciptaanNYA. Tapi setelah hujan berhenti keindahan ciptanNYA dapat kita lihat kembali malah cahaya pelangi akan menambah seri indah itu. Begitulah juga dengan kehidupan kita yang tak pernah sunyi dari ditimpa masalah, dilanda kekusutan namun akhirnya bahagia pasti dikecapi ”

Salam Hormat

- Ima Harlina-

Pemikiran, emosi dan wang

Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk mengemaskini blog ini. Masih lagi perkongsian tentang wang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini fokus utama saya adalah berkaitan dengan wang.

Seperti yang saya selalu nyatakan sebelum ini,Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk mencipta apa yang diinginkan. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada minda. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan minda kerana kita sering terjebak dalam zon selesa mengikut kebiasaan yang kita dijalankan. Sehingga kita leka dan tidak melihat kesan perubahan yang mungkin lebih bererti dalam diri. Oleh kerana itu milikilah target kewangan atau kekayaan yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam minda kerana target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih bersedia dalam menghadapi rintangan yang ada.

Setiap apa jua perkara yang kita fikirkan mempunyai dua aspek atau bersifat dualiti. Aspek pertama adalah perkara yang kita fikirkan dan aspek kedua ketiadaan perkara yang kita fikirkan, Contohnya , kita mungkin berpendapat bahawa kita selalu memikirkan tentang wang, jadi kita sepatutnya menarik lebih banyak wang kedalam hidup kita. Pendapat itu mungkin betul .Kita mungkin sedang memikirkan tentang wang dan seterusnya menghasilkan getaran positif .Seterusnya kita menarik perkara positif kedalam hidup kita. .Tetapi mungkin kita masih lagi berfikir dan bercerita tentang wang tetapi ianya berkaitan dengan perkara yang negatif iaitu ketiadaan wang dan hasilnya kita menarik getaran energi negatif ke dalam diri.

Mengikut ilmu psikologi , PEMIKIRAN dan EMOSI akan memberikan kesan kepada sikap seseorang individu. Apa juga jenis emosi adalah berpandukan kepada apa yang kita fikirkan.Jika anda memikirkan sesuatu atau keadaan yang serupa pada masa depan, minda separa sedar akan menghadirkan semula emosi yang sama berpandukan apa perkara sama yang telah anda fikirkan.
InsyaALLAH saya akan berkongsi lebih lanjut dalam modul 2 e-kursus, magnet rezeki percuma. Bagi yang telah melanggan, nantikan kehadiran modul 2 tidak lama lagi, bagi yang belum mendaftar boleh mendapatkan e-kursus percuma di www.magnetrezeki.com/ekursus

Next Page »