Renungan Sukses

Renungan pagi isnin:

  • Orang-orang yang sihat dan bahagia adalah mereka yang menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara langsung. Namun tidak berharap perkara itu berubah secara langsung.-Brian Tracy
  • Guru yang biasa memberitahu,guru yang baik menjelaskan,guru yang lebih baik mendemonstrasikan,guru yang hebat mengilhami (William Arthur Ward)
  • Orang Bodoh tidak pernah belajar dari kegagalannya.Orang Pandai belajar dari kegagalan yang dilakukan dan memperbaikinya.Orang Bijak pula belajar dari kegagalan orang lain.Cara yang paling pasti untuk menghindari kegagalan adalah dengan tidak mencuba.Walau bagaimana pun gagal dan berjaya adalah satu pakej menuju kejayaan.
  • Sebutir berlian berasal dari kayu atau batang pohon (carbon) yang biasa saja. Namun setelah mengalami tekanan dan panas yang sangat tinggi carbon ini mengkristal menjadi berlian dengan gred kualiti tertentu
  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
  • Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu selagi belum melupakan kegagalan lampau.
  • Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain dibukakan.Tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu lain yang dibukakan bagi kita.

Comments

3 Responses to “Renungan Sukses”

  1. Ishaq on January 18th, 2010 7:38 pm

    FIKIRKAN BOLEH

    Jika kau fikirkan kau boleh
    Kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu

    Jika kau fikirkan kekalahan
    Kau hampiri kegagalan
    Jika kau fikirkan kemenangan
    Kau hampiri kejayaan

    Engkaulah apa kau fikirkan
    Terkandung dalam pemikiran
    Kau fikir boleh melakukan
    Fikirkan boleh

    Percaya apa kau lakukan
    Tabah apa kau usahakan
    Bertindak atas kemampuan
    Engkau boleh

    Roy nyanyikan lagu ini,sorry penulis liriknya saya tak tahu,liriknya yang best

  2. donny on January 18th, 2010 9:13 pm

    trimas…

  3. kb on January 19th, 2010 11:37 am

    Salam semua, betul tu! Bila sesuatu keburukan berlaku selalunya manusia akan fokus kepada perkara tersebut hingga terlupa ada hikmah dan ganjaran disebaliknya….

Got something to say?