Pemikiran, emosi dan wang
Alhamdulillah, masih lagi berpeluang untuk mengemaskini blog ini. Masih lagi perkongsian tentang wang, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini fokus utama saya adalah berkaitan dengan wang.
Seperti yang saya selalu nyatakan sebelum ini,Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk mencipta apa yang diinginkan. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada minda. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan minda kerana kita sering terjebak dalam zon selesa mengikut kebiasaan yang kita dijalankan. Sehingga kita leka dan tidak melihat kesan perubahan yang mungkin lebih bererti dalam diri. Oleh kerana itu milikilah target kewangan atau kekayaan yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam minda kerana target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih bersedia dalam menghadapi rintangan yang ada.
Setiap apa jua perkara yang kita fikirkan mempunyai dua aspek atau bersifat dualiti. Aspek pertama adalah perkara yang kita fikirkan dan aspek kedua ketiadaan perkara yang kita fikirkan, Contohnya , kita mungkin berpendapat bahawa kita selalu memikirkan tentang wang, jadi kita sepatutnya menarik lebih banyak wang kedalam hidup kita. Pendapat itu mungkin betul .Kita mungkin sedang memikirkan tentang wang dan seterusnya menghasilkan getaran positif .Seterusnya kita menarik perkara positif kedalam hidup kita. .Tetapi mungkin kita masih lagi berfikir dan bercerita tentang wang tetapi ianya berkaitan dengan perkara yang negatif iaitu ketiadaan wang dan hasilnya kita menarik getaran energi negatif ke dalam diri.
Mengikut ilmu psikologi , PEMIKIRAN dan EMOSI akan memberikan kesan kepada sikap seseorang individu. Apa juga jenis emosi adalah berpandukan kepada apa yang kita fikirkan.Jika anda memikirkan sesuatu atau keadaan yang serupa pada masa depan, minda separa sedar akan menghadirkan semula emosi yang sama berpandukan apa perkara sama yang telah anda fikirkan.
InsyaALLAH saya akan berkongsi lebih lanjut dalam modul 2 e-kursus, magnet rezeki percuma. Bagi yang telah melanggan, nantikan kehadiran modul 2 tidak lama lagi, bagi yang belum mendaftar boleh mendapatkan e-kursus percuma di www.magnetrezeki.com/ekursus
Comments
Got something to say?

