Ilmu adalah pakaian hidup….

Salam perkongsian untuk semua dan selamat menyambut Maulidur Rasul

Pernahkah anda mendengar ungkapan ilmu itu adalah pakaian hidup ? Kalau pernah apakah maksud sebenar disebalik ungkapan itu mengikut pandangan anda ?

Saya rasa pujian harus diberikan kerana kita mempunyai sikap terpuji yakni kita berlumba-lumba untuk menimba ilmu. Kita berhabisan duit untuk memperolehi ilmu sama ada secara formal atau tidak. Pun begitu hanya segelintir yang benar-benar mempratikkannya selebihnya hanya menjadikan nota ilmu sebagai satu koleksi yang mungkin untuk dibanggakan. Ada juga yang gemar mengumpul sijil-sijil penyertaan dan dijadikan hiasan dinding, tidak dapat saya pastikan apa tujuan sebenar perlakuan ini.

Mungkin hasil dari kreativiti yang agak kreatif itu hanyalah pujian yang diperolehi bukan perubahan dalam hidup. Saya pernah mendengar seorang kawan bercerita mengenai keghairahannya menyertai banyak program untuk memantapkan diri, tetapi dirinya tetap sama walau telah berpuluh program yang disertainya. Kenapa ?

Bagi saya ilmu seharusnya dipraktiskan bukan dibiarkan begitu sahaja kerana ia tidak akan mendatangkan keuntungan sebaliknya merugikan kerana sejumlah wang telah dilaburkan. Jadi ilmu itu sebenarnya adalah pakaian hidup dan bukannya hiasan dinding atau perkataan yang agak glamour dikalangan muda mudi ialah wall paper

Bila pakaian kita cantik, ia akan memberi keyakinan diri, juga mampu mengubah persepsi kehidupan seterusnya meningkatkan taraf kehidupan. Orang yang berilmu bukan diukur dari banyaknya ilmu yang dipelajari tetapi dilihat dari sejauh mana kita mengaplikasikannya, kerana ilmu tanpa amal adalah sia-sia dan amal tanpa ilmu dikhuatiri sesat di jalan yang terang.

Mungkin ramai di antara kita sedar, kita belajar tentang hidup yang sebenar setelah memasuki alam perkerjaan. Apabila sudah berkerja, teori yang pernah dipelajari dahulu agak berbeza dengan realiti. Jika kita tidak mempratikkan dan menyesuaikannya dengan keadaan semasa maka kita akan ketinggalan seperti kata ezlynn..hai..hai..bye..bye..

Janganlah pula kita tersasar dari matlamat sebenar ilmu. Biarlah sedikit ilmu tetapi difahami dan diamalkan dan ia kan bertambah sehingga tiada ruang untuk anda menampungnya.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Tahukah anda…..

Sesuatu yang anda tidak perasaan atau tidak terfikir langsung……

1 Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.

2 Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.

3 Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana mereka ingin menjadi seperti anda.

4 Senyuman anda boleh membawa kebahagian kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.

5 Setiap malam ada seseorang yang mengingati anda sebelum dia tidur

6 Anda amat bermakna dalam hidup seseorang

7 Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak hidup bahagia

8 Anda seorang yang istemewa dan unik

9 Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda

10 Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.

11 Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula mungkin anda yang meminggirkan mereka

12 Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang mendapatkan sesuatu yang anda inginkan, mungkin anda tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.

13 Kenangilah segala pujian yang anda terima, lupakanlah segala maki hamun, caci dan cela

14 Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda, anda akan berasa senang bila seseorang mengetahuinya

15 Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambilah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik kerana hanya seminit diperlukan untuk mendapatkan sahabat yang baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

Kepada semua saya tinggalkan kata-kata ini….wajah tanpa senyuman ibarat siang tanpa mentari….jadi senyumlah sebagai penghias wajah kerana sebuah senyuman mampu mengubat seribu kelukaan dan senyuman juga berupa satu sedekah…..

Salam Hormat

- Ima Harlina -

Mulakan dari dalam

Walau dalam apa jua keadaan kita hari ini,samada bahagia atau derita, jangan sekali-kali kita cuma menyalahkan takdir. Walau apa pun juga yang berlaku kepada kita sepanjang hidup ini, pasti ada sebabnya yang perlu kita terokai dengan mata hati kita kerana setiap sesuatu yang ALLAH jadikan, pasti ada penyebabnya.

Jika ketika ini anda sedang bergelut dalam pelbagai masalah tidak kira apa juga masalah yang dihadapi, janganlah merungut, tapi renungkanlah hikmah yang tersembunyi disebalik masalah itu.

jika ketika ini anda sedang bergelut dengan masalah kewangan, carilah hikmah disebalik setiap masalah kewangan yang anda alami.

Lihatlah keadaan anda ketika ini. Jika anda sudah bekerja keras tetapi masih belum menampakkan hasil kewangan yang baik, jadi buatlah perubahan. Mungkin perubahan di atas setiap usaha anda, atau mungkin juga perubahan perlu dilakukan dari dalam diri anda. Seperti berubah dari cara atau kaedah berfikir. Berubah dalam menguruskan emosi dan perubahan juga dari segi meningkatkan kekuatan spiritual.Perubahan yang paling baik adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Ramai yang menghantar email kepada saya, sudah bekerja keras membanting tulang mencari rezeki, malah ada yang melakukan sehingga 3 kerja sehari semata-mata untuk mendapatkan pendapatan yang baik. Tetapi duit yang datang umpama air, masih sukar untuk menyimpan wang atau mengumpul harta.

Malah saya juga ada menemui individu yang amat mudah untuk mendapatkan wang, adakalanya wang hadir ketika beliau tidur, malah adakalanya wang hadir ketika beliau bergelak santai bersama kawan dan teman. Malah kebanyakkan wang yang datang ketika beliau tidak menjalankan apa-apa urusan urus niaga secara fizikal. Pendek kata ianya boleh dianggap sebagai pendapatan pasif.

Adakah hanya individu yang terpilih sahaja yang mampu memperolehi wang seperti itu? Oh tidak! kerana ALLAH itu Maha Adil, setiap hambanya memperolehi peluang untuk berjaya dan gagal, malah setiap hambanya disediakan rezeki masing-masing.
Cuma bergantung kepada diri kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita. Mulakan dengan perubahan dalaman..pasti ianya akan menghasilkan perubahan diri yang hebat. Apa yang penting lihatlah sesuatu perkara yang berlaku pada diri dalam pandangan yang positif, pasti hikmah disebalik kejadian dapat kita lihat dengan sejelasnya.

Next Page »