Mustahil

Berkurun-kurun lamanya manusia percaya bahawa ia mustahil untuk berlari sejauh satu batu dalam masa kurang daripada satu minit. Ia sudah menjadi satu kepercayaan bahawa jika anda berlari begitu laju, jantung anda mungkin meletup.

Roger Bannister memilih untuk mengubah kepercayaan tersebut. 6 haribulan Mei 1954, beliau dapat berlari sejauh sebatu dalam masa kurang daripada 4 minit.

Setahun kemudian, 37 orang yang lain dapat melakukannya. Dua tahun kemudian, 300 orang dapat memecah rekod yang dulunya dianggap mustahil itu.

Mengapa?

Kerana kepercayaan anda akan menjadi realiti anda. Jika anda percaya bahawa sesuatu perkara adalah mustahil, maka ia akan menjadi mustahil bagi anda. Roger Bannister telah membuktikan bahawa ia tidak mustahil dan pencapaiannya telah mengubah kepercayaan dunia bahawa rekos ini adalah tidak mustahil dan mampu dicapai oleh manusia.

Apabila kita mula percaya, kita akan daapt melakukannya. Selepas Roger Bannister membuktikannya, tiba-tiba ramai orang yang dapat melakukannya. Hebat sekali kuasa kepercayaan kita.

Bagaimana pula dengan anda. Apakah kepercayaan anda yang menjadi penghalang kepada kejayaan anda? Pecahkan halangan tersebut. Percaya bahawa anda boleh melakukannya.

Anda boleh,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Comments

4 Responses to “Mustahil”

  1. Ishaq on February 2nd, 2010 6:28 pm

    Saya hanya ingin berkongsi kata kata pujangga yang mungkin tidak terkenal di kalangan kita ia itu Mr R.Buckminster Fuller. Dengan izin saya paparkan dalam teks asal bahasa Inggeris ” There is nothing in a caterpillar that tells you it’s going to be a butterfly ” dengan maksudnya lebih kurang begini:
    Tiada satu bentuk petanda pun pada seekor ulat bulu itu yang menunjukkan
    bahawa pada satu ketika nanti ia akan menjadi seekor rama rama( yang cantik )

  2. Raymond on February 2nd, 2010 10:56 pm

    Hai Ishaq,

    Terima kasih atas perkongsian anda. Ia amat bermakna. :)

  3. Nana on February 24th, 2010 9:35 am

    Yakin dan percaya.Bagaimana pula dengan soal jodoh? Seseorang itu sudah berusaha mendapatkan seseorang yg dia sukai dan minat.Semakin dia berusaha semakin orang itu jauh.Dia yakin dan percaya usaha itu akn mndatangkan hasil ttp usahanya itu menemui kegagalan.
    Mungkin dalam soal jodoh tidak sama dengan hal yang lain.

  4. Raymond Chua on February 25th, 2010 1:19 pm

    Hai Nana,

    Bukan semua usaha membawa kita kepada kejayaan. Usaha yang tidak kena pada tempatnya mejauhkan kita dari matlamat kita.

    Seseorang yang berusaha berlari ke arah Barat tidak dapat melihat matahari terbit kerana matahari terbit dari arah Timur.

    Inilah yang saya maksudkan dengan usaha yang tidak kena pada tempatnya.

Got something to say?