Kejayaan singkat Ammar Zahar

Perkongsian hari ini mungkin keluar dari fokus utama saya, namun bagi saya perkongsian ini amat penting sebagai motivasi kepada semua pembaca dan rakan sahabat saya yang berkerja bersama saya ketika ini.

Pada hari ini, apabila menyebut sahaja namanya, pasti ramai yang sudah mengenalinya. Beliau sudah mampu berdiri sama tinggi dengan usahawan internet tersohor tempatan yang lainnya. Beliau yang saya maksudkan ialah saudara Ammar Zahar.

Ammar Zahar atau nama sebenarnya ialah Muhammad Ammar bin Zaharuddin. Anak kelahiran Johor ini kini menetap di Negeri Sembilan. Masih muda, bakal menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 23 pada 25 Mac yang akan datang. Masih lagi seorang pelajar, dan di dalam kesibukan menimba ilmu, beliau masih lagi mampu mencuri masa melakukan usaha mencari pendapatan sampingan yang sebaliknya kini sudah mampu untuk menjadikan kehidupan lebih selesa dengan pendapatan 5 angka.

Semasa pelajar IPT lain berhutang dengan PTPTN dan sentiasa kekurangan wang, tetapi tidak beliau. Di saat pelajar lain hanya belajar dan berakademik, tetapi Ammar melakukan 2 dalam 1 iaitu belajar dan berniaga.

Setiap usahawan yang berjaya mempunyai sejarah mereka yang tersendiri di dalam perjalanan menuju ke puncak kejayaan mereka. Namun apa yang saya kagumi mengenai saudara Ammar ini ialah, perjalanan beliau untuk sampai sehingga ke tahap ini, adalah merupakan satu tempoh yang amat singkat iaitu dalam masa 6 bulan sahaja.

Pelbagai produk dan panduan yang telah beliau keluarkan dan produk terbaru beliau ialah perkongsian kaedah bagaimana beliau menguruskan minda untuk mencapai kejayaan singkat yang beliau miliki sekarang.

Saya amat mengkagumi kejayaan yang dimiliki beliau, semoga beliau dapat dijadikan contoh kepada remaja lain untuk berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Saya doakan semoga beliau akan mencapai kejayaan demi kejayaan supaya ianya dapat dijadikan iktibar dan semangat kepada individu lain yang dahagakan kejayaan. Juga kepada sahabat-sahabat yang bekerja bersama saya ketika ini, jika Ammar Zahar boleh berjaya, kenapa anda tidak?

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rahsia kejayaan beliau, sila layari

http://www.kuasamindaberjaya.com/index.php?ref=6972 atau klik banner di bawah

Comments

One Response to “Kejayaan singkat Ammar Zahar”

  1. Ima Harlina on February 4th, 2010 2:11 pm

    Memetik kata-kata Anthoney Robbins ” If you want to be successful, find someone who has achieved the results you want and copy what they do and you’ll achieve the same result “.

    Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang mendapatkan sesuatu yang anda inginkan mungkin anda tidak akan memperolehinya tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya…..percayalah…. :cool:

Got something to say?