Tahun Baru Cina
Salam perkongsian dari saya untuk anda semua. Esok merupakan sambutan Tahun Baru Cina. Oleh itu saya terpanggil untuk berkongsi cerita mengenainya. Lahir dari keluarga majmuk merupakan satu kelebihan kepada saya. Disamping dapat menyambut pelbagai perayaan saya juga berpeluang mengenali budaya kaum lain.
Namun setelah arwah datuk meninggal dunia, saya agak kurang menyambutnya berbanding dengan semasa arwah datuk masih ada. Pun begitu saya ingin berkongsi sedikit cerita mengenai sambutan Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan.
Sambutan ini melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari Cina
Selain daripada itu terdapat beberapa bunga hiasan yang sering menjadi pilihan semasa musim perayaan tahun baru. Mungkin ramai yang tertanya kenapa mereka memilih bunga tersebut sebagai hiasan semasa sambutan Tahun Baru Cina.
Hiasan Bunga Maksud
Bunga plum melambangkan tuah
Kumkuat melambangkan kemakmuran
Narcissus melambangkan kemakmuran
Bunga kekwa melambangkan panjang umur
Buluh tumbuhan digunakan sepanjang tahun
Bunga matahari bermaksud tahun yang elok
Semasa arwah datuk masih ada, beliau melarang kami menyapu pada hari pertama tahun baru kononnya ianya akan meyapu keluar tuah di tahun baru dan terdapat beberapa larangan seperti memotong rambut dan bercerita mengenai kematian.
Beliau juga turut menyarankan beberapa perkara seperti membuka pintu dan tingkap yang dianggap membawa tuah, menhidangkan gula-gula atau manisan yang dikatakan memaniskan nasib sepanjang tahun bagi yang mejamahnya.
Tahun ini merupakan tahun harimau. Pelbagai anggapan dan ramalan yang diberikan. Jika dilihat sifat harimau, ia keras, ingin menguasai dan tidak ingin kalah mungkin akan mengiringi tahun 2010. Pengaruh unsur kayu juga akan mendominasi tahun 2010. Tahun 2010 juga dikaitkan dengan kelembaban ekonomi.
Namun semua itu hanyalah ramalan dan sebagai garis waspada untuk kita. Tapi semuanya akan tetap bergantung pada Yang Maha Kuasa pemilik alam semesta.
Namun dibalik ketakutan kita akan banyaknya ramalan negatif mengenai tahun harimau 2010 nanti, kita juga tetap berharap akan ada sebuah pengharapan dibalik setiap cubaan yang menimpa. Akan ada semangat untuk menjadi lebih baik dan akan ada perubahan untuk kemakmuran kepada semua. Kerana itu, jadikanlah ramalan ini sebuah wacana agar kita semakin bijak dalam menentukan langkah dan berusaha untuk hidup lebih baik, menjaga hubungan yang baik dengan Tuhan, sesama insan dan alam.
Kepada semua yang meraikan sambutan Tahun Baru Cina, saya mengucapkan Gong Xi Fa Cai dan sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda dengan kata-kata ini “ Dalam pengembaraan ini kita akan menyedari dan mengerti bahawa warna jiwa itu dicorakkan oleh hati. Hati yang baik dan terbimbing akan mencorakkan jiwa yang murni. Hati yang kusam dan suram pula hanya mencorakkan jiwa yang hitam dan kelam ”.
Salam Hormat
- Ima Harlina -
Comments
3 Responses to “Tahun Baru Cina”
Got something to say?


kepercayaan….kepercayaan..kepercayaan….begitu kuat kepercayaan orang yang berbangsa china…terhadap sesuatu…satu yang patut kita teladani sebagai umat Muhammad SAW.kepercayaan mewujudkan kejayaan..kepercayaan mewujudkan kekuatan….KEPERCAYAAN juga mewujudkan pelbagai persepsi….oleh yg demikian tidak salah dikatakan bahawa kenapa sabda nabi Muhammad SAW…Tuntutlah Ilmu walau sampai ke negeri China……KEKUATAN KEPERCAYAAN LAH ADALAH SEBABNYA…..
sye sgt menyokong anda!!!!!!!!
Thanks for your information