Tanpa iman….

Salam perkongsian semua. Demam bola sudah pun melabuhkan tirainya dengan Sepanyol dinobatkan sebagai Juara Piala Dunia 2010. Kalau kita bersedia dan sanggup untuk berjaga hingga lewat pagi untuk mengikuti perlawanan dari satu pasukan ke pasukan yang lain, kenapa kita tidak boleh berjaga untuk beribadat kepada PENCIPTA KITA ?

Jika tanpa iman kepada qadha dan qadar, nescaya kita akan terbunuh oleh kesedihan.

Kalaulah bukan kerana iman kita kepada rahmat ALLAH maka kita akan terbunuh oleh rasa putus asa.

Kalaulah bukan kerana iman kita akan kemenangan dan keagungan maka kita akan hangus oleh aliran.

Tanpa iman kita kepada abadinya kebaikan maka kita akan dihancurkan oleh kebatilan.

Tanpa iman kita pada pembahagian rezeki maka kita menjadi orang yang rakus.

Tanpa iman kita pada perhitungan maka kita menjadi orang yang bakhil atau boros.

Tanpa iman kita kepada keadilan ALLAH maka kita termasuk orang-orang yang zalim.

Kalaulah bukan kerana penglihatan kita kepada pengaruh hikmahNYA maka kita akan menjadi orang yang bingung.

Sebelum mengundurkan diri, saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini ” manusia itu merasa gelisah apabila tubuhnya yang tegap itu mati, disamping itu mereka juga akan bersedih dan menanggis. Akan tetapi engkau akan melihat mereka akan tenang dan bersahaja pada saat hatinya telah mati dan cahaya jiwanya telah padam”.

Mana yang lebih berbahaya antara kematian tubuh dan kematian hati ? Sama-samalah kita fikir-fikirkan.

Salam Hormat
- Ima Harlina -

Comments

2 Responses to “Tanpa iman….”

  1. udang kara air tawar on July 16th, 2010 9:28 am

    Salam ceria sihat kaya bahagia,

    Semua orang berjaya hanya mendengar kata hatinya dengan muktamad, sentiasa mencari jalan bukan alasan.
    Terima kasih, perkongsian yg perlu diingat selalu bagi yg ingin berjaya………….

  2. Ima Harlina on July 18th, 2010 11:00 pm

    Salam ceria udang kara air tawar,

    Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

    “Sekiranya kamu bertawakkal kepada ALLAH Ta’ala dengan sebenar-benar tawakkal, nescaya ALLAH akan memberikan kepada kamu rezeki sebagaimana ALLAH memberikan rezeki kepada burung. Berpaginya(burung) dalam keadaan lapar dan pada petangnya pulang dalam kekenyangan”

    Hadis Riwayat Imam Tirmizi R.A: Hadis Hasan Sahih

    So serahkan diri kepada DIA dan percayalah pada diri, inysaALLAH kita akan mendarat di landasan yang betul, insyaALLAH :wink:

Got something to say?