Adakah Dunia Ini Akan Kiamat Pada Tahun 2012?

12/365 : Illusions

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog. Dalam Bicara Selasa minggu ini, saya ingin berkongsi tentang satu soalan yang sering ditujukan kepada saya baik daripada anak murid ataupun dari pembaca-pembaca blog saya, iaitu “Adakah dunia ini akan berakhir pada tahun 2012?”

Jawapan saya ialah,

TIDAK

Berapa kalikah anda mendengar tentang Hari Kiamat dan berapa kalikah ia berlaku. TIDAK PERNAH LANGSUNG.

Kali terakhir saya mendengar tentang Hari Kiamat ialah pada tahun 1999 yang mengatakan bahawa dunia ini akan kiamat pada tahun 2000.

Sekelip mata kita telah berada pada tahun 2009.

Saya bukan tidak percaya pada hari kiamat tetapi bukan pada tahun 2012.

Daripada ilmu yang saya pelajari, kewujudan dunia ini ada kaitan dengan kesedaran umat manusia di muka bumi ini. Ramalan-ramalan tentang dunia kiamat biasanya berasaskan tahap kesedaran manusia pada masa-masa yang lepas.

Berita baiknya ialah, kesedaran manusia meningkat setiap hari dan peningkatan tahap kesedaran ini membolehkan kita melepasi kiamat yang diramalkan.

Lihatlah dunia kita. Manusia mula menyedari bahaya kesan rumah hijau serta keperluan untuk melindungi alam persekitaran. Ramai orang yang mula belajar tentang Law of Attraction dan mengkaji kitab-kitab agama masing-masing.

Bandingkan zaman sekarang ini dengan Zaman Jahilliah dulu. Nampak tak bezanya. Manusia bertambah baik hari demi hari dan lebih banyak insan yang akan dilahirkan untuk mengubah cara hidup manusia.

Kesedaran kita betul-betul sudah meningkat dan seterusnya membolehkan kita melepasi ambang kiamat ini.

Jadi, sama-samalah kita menjadi insan yang baik dan rajin, tingkatkan kesedaran kita dan mencipta semula dunia ini.

Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda percaya akan kiamat pada 2012? Kongsikan pendapat anda.

Salam hormat,

Raymond Chua

P.S. Dapatkan podcast percuma “financial blueprint” anda di sini!

P.P.S. Semua kejayaan bermula dari minda anda? Klik sini.

Reblog this post [with Zemanta]

Bangkit awal pagi

Ketika  ini adalah pada pukul 4.48 pagi. Saya masih lagi belum berfikir apakah cerita yang ingin dikongsikan bersama anda. Kedengaran burung berkicau tanpa henti. Jarang saya dapat mendengar kicauan burung seperti ini diwaktu-waktu yang lain.

Sebenarnya disebelah rumah saya terdapat sebuah padang golf, yang ditanam dengan pokok-pokok, jadi tak mustahil pokok tersebut menjadi tempat hinggap burung-burung yang mungkin mencari rezeki pada awal pagi. Tiba-tiba saya teringat pada satu habit nenek saya yang akan membuka tingkap sebelum solat subuh dengan alasan, rezeki akan mudah masuk pada awal pagi. Mungkin benar apa yang nenek saya katakan itu, kerana saya perasan, burung-burung ini dikawasan tempat tinggal saya ini berkicau seawal 4.30 pagi mungkin mencari rezeki.

Salah satu tajuk kecil yang terdapat di dalam buku bertajuk The Greatness Guide yang ditulis oleh Robin Sharma, beliau telah berkongsi tentang habit bangun seawal 4 pagi ‘be wise Early rise’ perkongsian yang amat menarik dari beliau mengatakan ramai pekerja-pekerja syarikat multi-billion dollar mempunyai habit bangkit seawal 4 pagi supaya mereka mampu membuat apa-apa keputusan yang kritikal.

Pertanyaan saya, pukul berapa anda bangkit setiap hari?

Wajah tersayang ketika tidur

Sekadar satu perkongsian untuk anda, artikel ini saya terima melalui email yang di hantar kepada saya. Renungkanlah dan jadikan ia sebagai pedoman

Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur…..

Renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka…..

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah, betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan
kita, anak-anaknya. Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. … Lihatlah ibu anda….
Hmm… kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita. Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita. Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu…
Ayah, Ibu, Suami, Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya…

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya. Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu. Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda. Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur. Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan. Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.

Tanpa kata, tanpa suara dia berkata… “betapa lelahnya..penatnya aku hari ini”. Dan penyebab lelah dan penat itu? Untuk siapa dia berpenat lelah, Tak lain adalah untuk KITA…..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras
mengurus dan mendidik anak, juga rumah. Kakak, adik, anak dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka. Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka “orang-orang terkasih itu” tak lagi membuka matanya, untuk selamanya … “

Next Page »