Keserasian Perniagaan

Jika semalam Raymond ada berkongsi tip untuk memasarkan perniagaan bagi mendapatkan untung yang lumayan, jadi hari ini juga saya ingin menyentuh juga berkenaan potensi diri dalam perniagaan.

Dalam mengenal potensi melalui kaedah numerologi, saya ada sedikit membuat kajian secara ringkas untuk kefahaman saya. Apabila menyebut tentang berniaga, terdapat beberapa jenis pola perniagaan yang serasi dengan seseorang individu jika dibandingkan dengan individu yang lain.

Terdapat individu yang amat minat berniaga, kebiasaan individu yang dikategorikan sebagai minat berniaga mempunyai nombor pola 696 atau 969. Tetapi terdapat juga dikalangan individu yang mempunyai nombor pola 696 atau 969 ini mempunyai keserasian perniagaan yang berbeza-beza.

Kepada yang mempunyai perniagaan sendiri, pernahkah Anda mengalami masalah seperti semasa peringkat awal perniagaan Anda mempunyai keuntungan yang amat baik (933 atau 339), tetapi ianya tidak bertahan lama. Adakah individu ini tidak layak untuk berniaga walaupun mempunyai pola 696? . Sudah tentu Anda masih layak berniaga tetapi Anda perlu mempunyai strategi tententu dalam memilih perniagaan yang sesuai dengan diri Anda. Sekali lagi saya katakan, Anda masih lagi layak berniaga dan mampu memperolehi keuntungan yang lumayan untuk perniagaan Anda.

Apakah strategi yang sesuai? . Binalah perniagaan yang singkat, ringkas dan berjangka pendek. Elakkan mempunyai perniagaan yang menyimpan stok yang banyak. Carilah potensi pelanggan yang benar-benar inginkan produk atau servis yang Anda lakukan. Pastikan minda Anda sentiasa kreatif dan tidak hanya bertumpu pada satu perniagaan sahaja.

Jadi sekiranya Anda mempunyai masalah perniagaan yang hanya untung dalam masa yang singkat dan tidak bertahan lama, jangan cepat berputus asa. Tukarlah strategi perniagaan Anda, kerana peluang untuk Anda berjaya masih cerah.

Mungkin Anda boleh menggunakan perkhidmatan Raymond untuk strategi pemasaran perniagaan Anda. Saya baru sahaja mengetahui Raymond Ada menyediakan khidmat konsultasi ini semalam melalui artikel beliau. Berpandukan cara kerja, usaha dan effort yang saya lihat melalui blog beliau, saya yakin beliau boleh memberikan khidmat yang terbaik untuk Anda.

Contoh Pengiraan& Tafsiran melalui kaedah numerology

SELAMAT JALAN (1921 – 2008)

AL-MARHUM MANTAN PRESIDEN REPUBLIK INDONESIA KE 2 H.M. SOEHARTO

Seorang pemimpin masyarakat yang mahir merancang namun memiliki penyakit paru-paru, jantung dan buah pinggang.

PROFIL KEKUATAN:

573 – Pola orang kenamaan / orang terkenal

13 - Pola aktif (kekuatan fizikal)

5955 – Pemimpin yang tegas, keras hati dan kekuatan fizikalnya serta mahu buat perubahan

459 dan 549 – bijak dalam muslihat perancangan. Ada gerak hati yang bagus.

545544 – perancang yang hebat.

494 – memiliki pengetahuan yang tinggi

426 – penceramah yang bagus

9 di tengah – hidup untuk berbakti kepada masyarakat (humanity). Seorang yang penampilannya bersih dan kemas.

7 di tengah arah mata angin – mudah disenangi ramai pengikut.

Memiliki kesemua nombor 1 hingga 9 = seimbang dan sempurna.

PROFIL KELEMAHAN:

456 – dituduh salahguna wang (Thaksin juga punyai pola nombor 456 dituduh rasuah)

PROFIL KESIHATAN (NOMBOR KESIHATAN DI TENGAH SEGITIGA):

Tiada nombor 1-6 = masalah paru-paru

Tiada nombor 3-8 = masalah jantung

Tiada nombor 2-7 = masalah buah pinggang

Ketiga-tiga masalah ini merupakan antara beberapa masalah besar kesihatan beliau.

Di jemput semua ke seminar menjana pendapatan tambahan secara usahawan dengan menggunakan kaedah sains metafizik astronumerologi dinamik pada 10 ogos ini.

Anda akan pelajari pelbagai teknik dan kaedah untuk memulakan perniagaan atau aktiviti menambahkan pendapatan. Dengan masalah peningkatan kos kini, maka sangat perlu kita memiliki strategi sebegini.

Tempat: K Club (dulu Century Paradise), Jln Melawati 3, Taman Melawati, KL
laluan bas T304
Dkt stesen Putra Taman Melati
selang satu susur Zoo Negara

Masuk susur Taman Melawati, nampak stesen minyak BP, boleh belok kiri atau terusjumpa sekolah menengah dan belok kiri. Jalan terus nampak satu bukit. Di bawah itulahbangunan K Club iaitu sebuah bangunan kelab sukan.

Bayaran percuma.

Sila bawa maklumat waktu jam anda dilahirkan untuk cetakan graf hayat anda nanti.

Daftar jam 8.30 pagi, bermula dari 9 pagi hingga 5 petang. Ada dua sesi iaitu
Sesi pagi: 9 pagi hingga12.30 petang dan bersambung 2.00 petang hingga 5 petang.

Sila SMS: RK (nama) ke 016 2379856.