Visi vs Matlamat 2

“Where there is no vision, the people perish/ die.
~ King Solomon

Hari ini kita bercerita lagi tentang visi dan matlamat, namun hari ini saya akan lebih fokus terhadap visi terlebih dahulu.

Saya menganggap visi adalah pemangkin atau sumber semangat untuk melakukan yang terbaik dan berusaha sekeras mungkin untuk lebih maju. Visi adalah gambaran bagi keinginan atau apa yang kita inginkan dalam kehidupan . Jadi mempunyai visi yang jelas adalah amat penting sebelum kita mencipta matlamat bagi mencapai setiap visi yang dibina.

Bill gates pernah mengatakan, “If you have a clear vision, you’ll even forget your breakfast. – Jika Anda mempunyai visi yang jelas, Anda akan melupakan sarapan Anda.”

Apakah yang Anda boleh tafsirkan melalui kata-kata Bill Gates di atas?. Bagi saya visi memainkan peranan yang amat penting dan ianya juga mampu berfungsi sebagai sumber semangat sekiranya kita mempunyai keyakinan bahawa visi tersebut memberikan kehidupan yang lebih baik untuk diri kita dan mungkin juga masyarakat.

Jadi apa yang membezakan Antara visi dan matlamat?. Visi boleh dianggap sumber motivasi untuk kita terus berusaha bagi mencapai apa yang kita idamkan. Ianya juga amat berkaitan dengan emosi.

Visi dan emosi amat berkait rapat.Apabila kita mempunyai visi ianya akan menjadikan kita lebih berrsemangat dalam melakukan apa perubahan tidak kira dalam apa jua yang kita lakukan.

Dengan adanya visi, dari situlah matlamat akan terbina. Matlamat boleh dianggap sebagai satu komponen yang membantu kita mencapai visi yang kita inginkan.

Bersambung..

Visi vs Matlamat

Hari ini saya ingin berkongsi sesuatu yang dianggap penting jika Anda seorang yang inginkan kejayaan. Mungkin ada yang berpendapat apa yang saya ingin kongsikan kepada Anda adalah perkara biasa yang dianggap remeh, tetapi bagi saya ianya adalah sesuatu yang amat penting dan perlu diketahui.

Sebenarnya niat saya untuk berkongsi tentang perkara ini sudah lama, tetapi bagi saya yang suka mengeluarkan idea tanpa perancangan, ini membuatkan niat saya itu hanya dapat saya kongsikan bersama Anda hari ini. Mengapa saya merasakan perkongsian ini amat penting, kerana walaupun dianggap remeh setelah kajian yang saya lakukan terhadap individu yang pernah saya tanya, 7/10 tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan matlamat dan visi. Malahan terdapat juga individu yang ditanya tentang matlamat, memberikan jawapan berkenaan dengan visi. Walaupun sudah lama kedengaran dilaung-laungkan tentang wawasan atau visi 2020.

Mempunyai visi dan matlamat adalah kerangka atau asas utama kejayaan. Sekiranya Anda sendiri tidak dapat membezakan diantara visi dan matlamat bagaimana kejayaan akan tercipta?

Saya pernah bertanya kepada salah seorang teman tentang apakah matlamat beliau.Jawapan yang diberikan ialah ” Saya ingin menjadi seorang jutawan.” Teman-teman pembaca sekalian adakah jawapan yang diberikan oleh teman saya tersebut ialah satu matlamat? . Jawapanya tidak. Ianya adalah satu visi, bukan matlamat.

Visi dan matlamat boleh dikatakan mempunyai hubungan yang rapat, umpama sepupu. Mempunyai banyak persamaan, tetapi juga mempunyai kelainan yang tersendiri. Visi menjelaskan sesuatu dalam lingkungan yang besar, menunjukkan landsakap dalaman bagi keinginan Anda ,manakala matlamat pula adalah lebih spesifik, tangible, mempunyai target dan boleh diukur.

Bersambung lagi…

Next Page »