Kejayaan tidak datang sekelip mata

Hari ini saya teringin untuk berkongsi tentang satu tamadun lampau  yang amat terkenal iaitu tamadun Rom.

Tahukah anda Tamadun Rome adalah kuasa besar yang terbentang luas dari England ke benua Eropah, Afrika Utara hingga ke Timur Tengah, bermula dengan bandar kecil di Itali kira-kira 753 sebelum masihi.

Antara monumen terkenal yang dibina ialah Colosseum yang boleh menempatkan kira-kira 70,000 penonton untuk menonton sesuatu perlawanan.

Kubah pantheon dimana struktur ini dibina dalam bukaan kira-kira 150 kaki tanpa sokongan sebatang tiang. Sungguh menakjubkan kerana pada hari ini tiada lagi kubah yang dibina menandingi kubah pada bangunan Pantheon.

Sedarkah anda bahawa kehebatan ini tidak dibina dalam masa satu hari? . Bagaimana hebatnya emapayar Rom ketika itu, ianya tidak mampu dibina dalam masa satu hari. Bagaimana pula kita? adakah kita mampu membina kejayaan dalam masa satu hari?

Sedarkah anda kejayaan tidak datang sekelip mata. Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk membina sebuah kejayaan. Matlamat yang jelas, Perancangan, tindakan dan usaha diperlukan untuk kita membina sebuah empayar kejayaan yang kita impikan. Tiada kejayaan tanpa usaha.

Jadi jangan mengeluh sekiranya usaha anda masih belum mencapai kejayaan. Jangan merungut jika hidup penuh dengan tekanan. Jangan gelisah jika anda masih belum mencapai matlamat anda dan yang penting jangan hentikan usaha anda, kerana matlamat tanpa usaha umpama satu mimpi yang akan hilang apabila kita berada di alam realiti.

Anda dan facebook

Alhamdulillah kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk mengemaskini blog ini. 2 hari lepas, ada yang bertanya kepada saya, adakah saya tidak lagi menulis untuk blog ini. Ye..agak lama juga saya menyepi diri, bukan sengaja tetapi kebelakangan ini masalah kesihatan sering melanda, mungkin disebabkan oleh faktor cuaca,tetapi apabila saya melihat graf energy bulanan saya untuk bulan februari adalah 1, terlalu rendah jadi tidak mustahil gangguan kesihatan berlaku. Apa pun saya redha selagi saya mampu berusaha, saya kan usaha untuk yang terbaik.

Terima kasih Ya ALLAH walaupun kebelakangan ini saya tidak menulis, tetapi blog ini masih lagi berseri dengan perkongsian dari saudari Ima Harlina dan Saudara Raymond. Saya amat menghargai setiap apa yang mereka lakukan,walaupun mereka agak sibuk dengan tugasan, mesyuarat dan perniagaan yang semakin berkembang tetapi mereka sanggup meluangkan masa untuk berkongsi ilmu melalui blog ini.

Sekarang ini samada anda sedar atau tidak, facebook menjadi kegilaan rakyat Malaysia dan juga dunia. Pelbagai perkara boleh dilakukan dengan facebook. Ada yang menggunakan facebook untuk mencari kenalan, ada juga yang menggunakan facebook untuk mencari sahabat dan kekasih lama. Malah ada juga yang menggunakan facebook untuk menyebarkan skim cepat kayap seperti infinity downline dan lain-lain. Ada yang menjanjikan RM100 bila join facebook dan macam-macam.

Sebenarnya facebook boleh menjanjikan pendapatan tambahan tanpa perlu mengikuti skim cepat kayap yang ada di merata-rata ketika ini. Saya tak nak celoteh pasal hukum tetapi jika ada masa rajin-rajinlah melawat ke http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Saya akui, duit memang penting , kerana segala-galanya  memerlukan duit. Tetapi duit yang benar-benar bersih lagi penting. Jangan disebabkan terlalu pentingkan duit anda terpaksa mengorbankan hukum halal atau haram pendapatan yang diperolehi.

Sebenarnya facebook juga menjanjikan pendapatan kepada anda jika anda mengetahui cara dan kaedah yang betul. Malah saya akui kebelakangan ini pendapatan saya juga ada diperolehi melalui perkhidmatan yang saya lakukan melalui facebook terutama daripada pendapatan  blog-blog berbahasa inggeris yang saya miliki.

Terima kasih kepada saudara Jamal, kerana perkongsian beliau melalui ebook bukan hanya boleh digunakan untuk produk affiliate tetapi juga untuk memperolehi  pendapatan google adsense dan produk saya sendiri .

Kepada pembaca blog yang telah menyertai infinity downline, maaf saya terpaksa berkata benar mengikut hukum yang dinyatakan oleh ustaz Zaharudin. Sebenarnya amat mudah  untuk memperolehi wang , asalkan anda tahu bagaimana untuk memposisikan minda anda dengan betul, tahu mana yang halal dan mana yang haram, dan bina hubungan yang baik dengan wang.

Mulakan dari dalam

Walau dalam apa jua keadaan kita hari ini,samada bahagia atau derita, jangan sekali-kali kita cuma menyalahkan takdir. Walau apa pun juga yang berlaku kepada kita sepanjang hidup ini, pasti ada sebabnya yang perlu kita terokai dengan mata hati kita kerana setiap sesuatu yang ALLAH jadikan, pasti ada penyebabnya.

Jika ketika ini anda sedang bergelut dalam pelbagai masalah tidak kira apa juga masalah yang dihadapi, janganlah merungut, tapi renungkanlah hikmah yang tersembunyi disebalik masalah itu.

jika ketika ini anda sedang bergelut dengan masalah kewangan, carilah hikmah disebalik setiap masalah kewangan yang anda alami.

Lihatlah keadaan anda ketika ini. Jika anda sudah bekerja keras tetapi masih belum menampakkan hasil kewangan yang baik, jadi buatlah perubahan. Mungkin perubahan di atas setiap usaha anda, atau mungkin juga perubahan perlu dilakukan dari dalam diri anda. Seperti berubah dari cara atau kaedah berfikir. Berubah dalam menguruskan emosi dan perubahan juga dari segi meningkatkan kekuatan spiritual.Perubahan yang paling baik adalah bermula dari dalam diri kita sendiri.

Ramai yang menghantar email kepada saya, sudah bekerja keras membanting tulang mencari rezeki, malah ada yang melakukan sehingga 3 kerja sehari semata-mata untuk mendapatkan pendapatan yang baik. Tetapi duit yang datang umpama air, masih sukar untuk menyimpan wang atau mengumpul harta.

Malah saya juga ada menemui individu yang amat mudah untuk mendapatkan wang, adakalanya wang hadir ketika beliau tidur, malah adakalanya wang hadir ketika beliau bergelak santai bersama kawan dan teman. Malah kebanyakkan wang yang datang ketika beliau tidak menjalankan apa-apa urusan urus niaga secara fizikal. Pendek kata ianya boleh dianggap sebagai pendapatan pasif.

Adakah hanya individu yang terpilih sahaja yang mampu memperolehi wang seperti itu? Oh tidak! kerana ALLAH itu Maha Adil, setiap hambanya memperolehi peluang untuk berjaya dan gagal, malah setiap hambanya disediakan rezeki masing-masing.
Cuma bergantung kepada diri kita yang mencorakkan perjalanan hidup kita. Mulakan dengan perubahan dalaman..pasti ianya akan menghasilkan perubahan diri yang hebat. Apa yang penting lihatlah sesuatu perkara yang berlaku pada diri dalam pandangan yang positif, pasti hikmah disebalik kejadian dapat kita lihat dengan sejelasnya.

Next Page »