Krisis Makanan, apakah persediaan Anda
Semalam, saya terfikir untuk berkongsi cerita mengenai krisis makanan yang berlaku ketika ini. Namun hari ini saya menukarkan fikiran saya untuk tidak menyentuh pasal krisis yang sedang berlaku ini, tetapi puas saya memikirkan apakah tajuk yang ingin dikongsikan bersama Anda, namun idea tidak datang, terasa ‘totally blank’. Jadi saya meneruskan perkongsian hari ini, dengan pertanyaan
- Krisis makanan memberi kesan kepada Anda?
- Bagaimana perasaan Anda dalam menghadapi krisis makanan ini?
- Apakah yang Anda fikirkan tentang diri Anda bagi menghadapi krisis seperti ini?
- Apakah persediaan yang Anda lakukan bagi menghadapi krisis terutama tentang persediaan mental Anda?
- Adakah Anda yakin akan dapat menangani krisis kenaikan harga barang ini dengan sebaiknya?
Kongsi jawapan Anda di sini, dan saya akan mengulas tentang persoalan ini , kerana bagi saya ianya sesuatu yang amat penting bagi menghadapi setiap krisis yang berlaku. Apa pun berfikirlah dengan tenang dan positif.
Soalan lagi..
Setiap manusia di dunia ini mempunyai keunikan yang tersendiri. Soalan saya, pernahkah Anda mengkaji dan mencari apakah keunikan yang ada pada diri Anda, sehingga Anda dapat menguasai masa depan Anda sendiri?

