Cabar diri untuk berjaya…..
Salam perkongsian untuk semua….Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi cerita mengenai seorang sahabat karib. Pun begitu saya tidak berniat untuk berkongsi mengenai sahabat saya ni, saya cuma ingin berkongsi mengenai sikapnya yang suka mencabar dirinya.
Mungkin ada di antara kita yang pernah mendengar atau terdengar istilah “ pantang di cabar ”. Apa maksudnya ? Seringkali kita mengaitkan istilah ini dengan perkara yang tak elok seperti nak tackle awek lah dan macam-macam lagi. Kadang-kadang orang minta kita terjun pokok atau bangunan pun kita sanggup, kenapa ? kononnya pantang dicabar. Kita sanggup melakukan apa saja untuk menunjukkan kepada semua, sesungguhnya kita mampu melakukannya. Itukah makna cabaran yang sebenar ? Atau itukah cara sebenar kita mencabar diri kita ?
Bagi saya, sesekali kita perlu mencabar diri kita sendiri, Kerana tanpa kita sedari, kita hanya menunjukkan sedikit sahaja potensi kita yang sebenar.
Apa yang menarik mengenai sahabat saya ini, beliau selalu mencabar dirinya untuk mendapatkan sesuatu…seperti mendapatkan telefon baru…melancong….mengikuti kursus yang diminatinya tetapi tidak mahu menggunakan wang yang sedia ada sebaliknya berusaha untuk menggunakan potensi yang ada padanya untuk menjana pendapatan bagi memperolehi apa yang dikehendakinya.
Baginya kejayaan bukanlah suatu yang misteri dan tidak terungkap, malah jika dia telah dan mampu melakukannya insya-ALLAH kita semua juga mampu melakukannya., tidak kira sama ada kita bercita-cita kecil atau besar.
Bagi saya sendiri, saya pernah memberitahunya, bahawa saya bukanlah orang yang bercita-cita besar…tetapi tidak bermakna saya sekadar berasa selesa dengan apa yang ada pada saya. Bagi saya, kejayaan adalah pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan. Justru, kejayaan sebenarnya adalah subjektif dan relatif kepada individu itu sendiri.
Apabila kita telah mampu mencapai matlamat kita, kita sudah berasa selesa dan berada pada zon selamat kononnya, tanpa disedari andai kita terleka maka kita akan ketinggalan kerana ramai lagi yang berada di luar sana berlumba-lumba untuk meningkatkan diri.
Bagi sahabat saya ni, apa yang cuba dibuktikannya, untuk mendapatkan duit memang mudah, disaat bersuka-suka, disaat tidur mengulit mimipi, duit akan sentiasa ada ( dimasukkan ke dalam akaun ), jadi duit bukanlah masalah terbesar baginya. Justeru untuk mendapatkan sesuatu dia hanya perlu mencabar dirinya untuk mendapatkan apa yang dihajatinya.
Bagi saya pula, melibatkan diri dalam kerjaya yang bukan bidang saya tapi mampu membina kejayaan untuk diri sendiri dan mencapai matlamat diri merupakan cara saya untuk mencabar diri sendiri…
Sahabat saya sudah, saya pun sudah, anda bagaimana ? Sebagaimana lazimnya, sebelum mengundur diri saya tinggalkan anda dengan kata-kata ini, rama-rama tak selamanya mampu terbang bebas dalam kegelapan.
Salam Hormat
- Ima Harlina -
Dengarlah cerita ku
Salam perkongsian untuk semua. ALHAMDULILLAH syukur ke hadratNYA kerana kita masih diberi kesempatan untuk berjuang demi sebuah penghidupan. Hari ini saya ingin berkongsi mengenai sebuah cerita dan diharap kita semua mendapat sesuatu daripada intipati cerita ini……
Seekor anak anjing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. Kata kuda itu : “Kamu pasti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui kalau pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya, sebab saya bisa mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya.” ujarnya dengan sinis.
Anjing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi, lalu dia mendengar seekor sapi di kandang sebelah berkata : “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab nyonya di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini.” dengan nada mencemuh
Teriak seekor domba : “Hai sapi, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya, saya memberi mantel bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi ceritamu soal anjing kecil itu, sepertinya kamu memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”
Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam percakapan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, kucing bangga bagaimana dia telah mengenyahkan tikus-tikus dari ladang itu. Semua binatang sepakat kalau si anjing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan kontribusi apapun kepada keluarga itu.
Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, anjing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya, sedih rasanya sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan lagi.
Ada seekor anjing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si anjing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan pelayanan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini.”
Kata anjing tua itu : “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati, kamu tidak bisa memberikan telur, susu ataupun bulu, tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Sang Pencipta untuk membawa kegembiraan.”
Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan tampak amat lelah karena perjalanan jauh di panas terik matahari, anjing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan anjing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria. Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat- erat dan mengelus-elus kepalanya, serta berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini, kamu sungguh yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini, kecil kecil kamu telah mengerti ertinya kasih………
Justru itu jangan sedih kerana kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu, tetapi apa yang kamu dapat lakukan, lakukanlah itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal berbanding orang lain, kerana orang yang tinggi hati akan direndahkan, dan orang yang rendah hati pasti akan ditinggikan.
Kenali kelebihan dan potensi diri anda sendiri dan ukurlah kemampuan diri, kerana makan berlebih akan muntah, memikul melebihi kekuatan akan patah
Salam Hormat
- Ima Harlina -
Ada apa dengan cinta
Salam perkongsian untuk semua. Sambutan Tahun Baru Cina dan Valentine Day diraikan pada hari yang sama. Namun saya tidak berniat untuk berkongsi mengenainya. Apa yang ingin saya kongsikan ialah ada apa dengan cinta ? dan benarkah cinta itu buta ? kalau iya pun cinta itu buta adakah cinta turut membutakan mata kita ?
Saya bukannya doktor cinta apa lagi pakar cinta, hanya membicarakannya menurut pandangan dan pemahaman saya. Bagi saya cinta itu sangat abstrak. Sehingga banyak misteri yang muncul di ruang minda kita. Salah satunya ialah erti cinta itu sendiri. Bagi saya sendiri terdapat beberapa komponen penting dalam cinta. Komponen yang saya maksudkan ialah perasaan suka dan sayang. Komponen inilah yang menjadi sumber dari mana cinta itu datang.
Perasaan Suka - rasa suka adalah perasaan ingin memiliki, ingin menguasai, gelisah kerana rindu dan cemburu.
Ingin memiliki dan menguasai, bila kita menyukai seseorang, kita akan mempunyai keinginan untuk memiliki dan menguasai dengan kata lain kita tidak ingin orang lain yang memilikinya.
Gelisah kerana rindu dan cemburu.Perasaan rindu yang kuat kerana didasari rasa sayang. Rindu merupakan rasa ingin berjumpa antara satu sama lain, ingin mendengar suara atau terkadang hanya sekedar ingin tahu khabar atau keadaan orang yang dirindukan. Aneh kan….? Kadangkala bila kita merindui sesorang kita akan mencari pelbagai alasan untuk bersms, berhubung melalui telefon bahkan keluar untuk berjumpa . Bak kata orang tak dapat melihat wajahnya hanya mendengar suara sudah mampu mengubat kerinduan di hati. Sehari kita tidak bersua atau mendengar suara, rasanya har-hari kita tidak sempurna dan menyeksakan.
Rasa rindu akan mengundang rasa gelisah. Kegelisahan inilah yang nanti akan menjadi ketakutan atau rasa tidak ingin kehilangan seseorang yang kita cintai. Rasa takut ini jugalah yang nantinya menyebabkan munculnya perasaan cemburu. Kata orang cemburu tu tandanya sayang dan menjadi ramuan penting dalam alam percintaan. Kerana apabila sudah tidak ada lagi perasaan cemburu, maka orang sudah tidak takut lagi untuk kehilangan. Kalau tidak ada rasa takut maka tidak ada kegelisahan dan tidak ada rindu. Apabila rindu sudah tidak ada, rasa takut untuk kehilangan pun tidak wujud maka rasa sayang hanya tinggal kata-kata yang mudah untuk diucapkan namun sukar untuk dibuktikan. Apa pun cemburu itu perlulah berpadah-padah kerana rasa cemburu yang keterlaluan dikhuatiri akan membunuh sesebuah perhubungan. Berilah sedikit kepercayaan. Tanpa kepercayaan mana mungkin sesebuah perhubungan dapat berjalan dengan lancar.
Perasaan Sayang - rasa sayang adalah rasa yang muncul dari hati, yang berupa dorongan yang kadangkala cenderung memaksa kita untuk ‘melindungi’, ‘menghormati’, ‘menghargai’, ‘mengasihi’, ‘menolong’, ‘menemani’, dan banyak lagi perasaan yang lainnya.
Melindungi adalah perbuatan yang kita lakukan agar orang lain merasa aman dan selamat dari gangguan apapun yang mungkin terjadi di sekitarnya. Banyak cara untuk mencurahkan perasaan melindungi, salah satunya dengan cara memberi perhatian, nasihat atau peringatan kepada orang tersebut. Namun lakukanlah dengan wajar. Kerana dikhuatiri perhatian kita itulah yang membuat kan orang lain merasa terancam …..
Menghormati dan menghargai, perasaan ini akan menjadi cerminan diri kita terhadap pandangan orang yang kita sayangi. Apa bila kita menyayangi orang lain kadangkala kita tidak dapat menghormati atau menghargai orang tersebut maka akan terjadi konflik yang nantinya menjadi penghalang munculnya rasa sayang.
Mengasihi adalah keinginan kita untuk memberi atau mengorbankan sesuatu kesenangan atau kebahagian untuk orang yang kita sayang. Bagi kita kebahagiaannya adalah kebahagiaan kita juga.
Menolong dan menemani, untuk yang satu ini biasanya banyak kita jumpai dalam persahabatan. Orang yanga bersahabat biasanya rela mengorbankan sesuatu yang dimilikinya untuk menolong atau menemani sahabatnya. Kita sering menyatakan suatu saat nanti mungkin suatu hari nanti kita akan memerlukan pertolongan mereka dan susah bersama-sama lebih indah bila dibandingkan senang sendirian.
Perasaan lain yang juga termasuk dalam kategori sayang adalah seperti: ‘segan’, ‘malu’, ‘saling percaya’ dan masih banyak lagi. Rasa sayang seperti inilah yang membuat kita terkadang ‘takut kehilangan’ orang yang kita cintai.
Kita tidak perlukan alasan untuk menyintai seseorang kerana hadirnya tanpa diduga dan diminta dan perginya tanpa perlu diusir. Cinta ada di mana-mana diruang dunia ini. Dalam mengharungi cinta terdapat pelbagai adunan perasaan. Cemburu, bimbang, gembira, sedih dan pelbagai rasa menyulam perasaan. Cinta sebenarnya mengajar kita menjadi seorang yang tabah bila kita kesakitan dan kecewa kerananya tetapi cinta juga membuat kita bahagia apabila kita gembira dengannya.
Cinta juga tidak bermakna memiliki tetapi melihat orang yang kita cintai berbahagia sudah memadai untuk kita meski zahir tak terucap dan kita perlu memendam sebuah perasaan. Uniknya perasaan cinta.
Walau banyak mana pun tafsiran cinta terserahlah kepada kita untuk mengemudinya tanpa melangkaui batas-batas yang telah digariskan.
Sebelum mengundurkan diri, ingin saya kongsikan doa yang banyak manfaatnya untuk kita dalam melayari cinta. Mungkin ada diantaranya yang tahu tetapi bagi mereka yang terlepas pandang akannya, marilah sama-sama kita menghayatinya.
Ya Allah jika aku jatuh cinta
Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU
agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMU
Ya Muhaimin jika aku jatuh hati
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU
agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana jika aku jatuh hati
jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMU
Ya Rabbul Izzati jika aku rindu
rindukanlah aku pada seseorang yang merindu syahid di jalanMU
Ya ALLAH jika aku menikmati cinta kekasihMU
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU
Ya ALLAH jika aku jatuh hati pada kekasihMU
Jangan biarkan aktu tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMU
Ya ALLAH jika kau halalkan aku merindui kekasihMU
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU
Salam Hormat
- Ima Harlina -

