Minda Sukses Edisi 2/2009


Keinginan, sudah pasti kita semua mempunyai keinginan. Paling tidak sudah pasti kita mempunyai keinginan untuk hidup bahagia. Jika ada sesiapa yang tidak mempunyai keinginan, ini bukan bermakna tidak wujud langsung keinginan dalam kehidupannya, tetapi ianya disebabkan oleh minda separa sedar sudah menyimpan rekod yang mengatakan amat sukar untuk kita meraih impian tersebut, akhirnya impian hanya tinggal impian.

Sekiranya anda ingin berjaya, bertindaklah seperti individu yang sudah berjaya, sekiranya anda masih ragu-ragu bagaimana untuk bertindak seperti orang yang telah berjaya, Saya ada berkongsi tentang masalah ini, melalui ezine minda sukses yang telah dihantar ke email anda.

Jika sebelum ini, anda belum pernah subscribe sila ke www.mindasukses.com/ezine untuk mendapatkan keluaran terbaru ezine minda sukses.

Terima kasih, kepada individu yang bersama-sama mengharungi cabaran bagi menyiapkan ezine minda sukses.
Terima kasih!

Mindasukses diedarkan untuk anda

Salam kejayaan,

Alhamdulillah, bagi yang pernah melanggan ezine minda sukses sebelum ini, Ezine minda sukses telah selamat diedarkan ke email anda.Bagi yang belum pernah melanggan ezine minda sukses, anda boleh klik imej dibawah untuk mendaftar bagi mendapatkan ezine tersebut

Terima kasih saya ucapkan kepada individu yang sudi bekerjasama berkongsi ilmu dan artikel . Semoga perkongsian anda semua memberikan manfaat kepada semua pembaca.

Tidak lupa kepada Nuraz, yang berhempas pulas menyediakan imej dan grafik yang terbaik untuk mengubah wajah minda sukses ke tahap yang terbaik, terima kasih saya ucapkan walaupun pada mulanya mengalami kesukaran akibat masalah yang berlaku kepada komputer. Semoga ALLAH memberkati anda semua.

Setiap kebaikan yang diperolehi melalui ezine tersebut, adalah datangnya daripada ALLAH. Setiap kekurangan datangnya daripada kelemahan kami yang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan.

Selamat membaca untuk semua, semoga ianya dapat memberikan manfaat walaupun hanya sebesar hama.

Minda Sukses Edisi Jan & Februari

Saya tak dapat bercerita panjang, kerana saya berada di luar kawasan, dan tidak menggunakan PC kesayangan saya. Tetapi saya amat teruja selepas menerima email daripada Nuraz. Alhamdulillah Ezine cover minda sukses sudah pun siap. Jadi saya ingin berkongsi berita ini bersama anda.

Amat menarik apabila Nuraz meletakkan gambar super hero . Katanya ia sebagai simbolik, semua pembaca perlu kental dan bersemangat menangani masalah kegawatan  yang melanda pada tahun 2009 ini.

InsyaALLAH minda Sukses akan menemui anda pada minggu hadapan. Segalanya adalah dari keizinan dariNya

Next Page »