Hipnosis dalam kehidupan

Alhamdulillah, hari ini saya akan berkongsi mengenai minda, dan mungkin sedikit sebanyak berkaitan dengan hipnosis. Pernahkah anda mengalami keadaan seperti ini, anda sedang mencari sesuatu , contohnya jam tangan anda tetapi anda tidak dapat menemuinya tiba-tiba anda melihat jam tangan tersebut berada di hadapan anda. Mengapa kejadian tersebut berlaku?. Ini adalah kerana anda mengalami negative visual hallucination, sebenarnya ketika ini kondisi minda berada dalam keadaan deep trance.

Ataupun anda pernah mengalami keadaan seperti ini. Ketika anda sedang membasuh tangan tiba-tiba anda merasakan tangan anda sedikit pedih, setelah diperiksa rupa-rupanya tangan anda mengalami sedikit luka, mengapa hanya ketika anda membasuh tangan  anda dapat merasakan kepedihan tersebut,kenapa ketika luka itu terjadi anda langsung tidak merasakannya?Jawapannya. Ketika tangan anda terluka, fikiran anda sedang sangat fokus pada sesuatu yang lain sehingga anda berada dalam kondisi hipnosis yang dalam. Maka ,terjadilah pain blocking. Anda tidak merasa sakit sama sekali.

Sekarang cuba kita lihat situasi kita berdoa. Apa yang dilakukan ketika sebelum berdoa? Adakah kita sibuk bercerita sana-sini dan membuat bising atau mereka akan diam, hening, dan memusatkan perhatian mereka pada doa yang akan diucapkan? Keadaan pemusatan perhatian ini sebenarnya adalah untuk masuk ke keadaan hipnosis,  kalau dalam agama kita disebut sebagai khusyuk. Setelah fikiran fokus, hati tenang, barulah doa dibacakan atau diucapkan. Doa yang diucapkan ini sebenarnya adalah sugesti atau affirmasi. Jika doa ini diucapkan sendiri maka ia menjadi auto-suggestion melalui self hypnosis.

Ramai orang ketika  berdoa, begitu khusyuknya, sampai merasakan keheningan luar biasa yang disertai perasaan gembira, bahagia, dan damai yang tidak dapat digambarkan  dengan kata-kata. Sehingga mencapai satu pengalaman  spiritual yang sangat luar biasa. Apakah ini ada hubungan dengan  hipnosis? Sudah tentu. Keadaan  ini mirip sekali dengan salah satu keadaan  hipnosis yang sangat dalam, Apabila kita dapat  masuk ke keadaan  ini, kita akan merasakan perasaan bahagia, damai, dan tenang.

Jadi ini terbukti hipnosis adalah berkaitan dengan minda dan tidak sekali-kali berkaitan dengan unsur mistik atau sihir. Hipnosis hanya akan berlaku jika seseorang itu berada dalam keadaan yang  sangat fokus kepada sesuatu dengan intensiti yang tinggi. Sedarkah anda bahawa anda sentiasa di hipnosis? :lol:

Hipnosis-Seni Komunikasi

Hari ini, saya akan menjawab persoalan Mr.Zak mengenai Hipnosis. ‘Apa yang akan terjadi maksud saya faedahnya bila kita hinopsis diri sendiri?’

Jadi sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut mengenai hipnosis, saya akan menjelaskan dahulu apa dia hipnosis. Ramai diantara kita yang agak keliru dengan perkataan hipnosis, atau dalam bahasa Melayu sebagai pukau. Ada yang menganggap hipnosis sebagai penggunaan ilmu hitam. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah silap.

Melalui buku ‘Learn Hypnosis’ yang telah saya baca , Hipnosis sebenarnya adalah seni komunikasi dengan penekanan aspek dan proses komunikasi dua hala, diantara satu atau lebih orang dengan minda separa sedar. Dengan kata mudah, hipnosis sama sekali tidak berkaitan dengan dengan ilmu hitam ataupun super natural.

Hari ini, saya akan berkongsi maksud diantara term atau perkataan yang berkait denga hipnosis atau yang hampir sama maksudnya.

Hipnosis adalah seni berkomunikasi. Hipnotis pula adalah pengamal atau individu yang mempraktikkan hipnosis.

Hipnoterapi adalah rawatan menggunakan hipnosis, Semua hipnoterapi menggunakan hipnosis. Namun hipnosis akan dikatakan sebagai hipnoterapi, apabila menggunakan kaedah -kaedah tertentu yang berkaitan dengan terapi, bagi menyelesaikan masalah pesakit yang memerlukan rawatan.

manakala hipnoterapis ialah orang yang melakukan terapi. Tetapi seorang hipnotis, tidak semestinya beliau juga adalah seorang hipnoterapis.

Sekarang saya akan menjawab soalan Mr Zak. Dengan menggunakan bantuan hipnosis, anda boleh restructure atau modifikasi minda separa sedar, seterusnya akan membantu mengubah sikap seseorang.

Seperti contoh Abu mempunyai ketagihan merokok yang melampau. Beliau telah berjumpa dengan pakar hipnoterapi, untuk menyelesaikan masalah. Apa yang dilakukan oleh hipnoterapi tersebut ialah, telah memprogramkan balik minda separa sedar Abu dengan memberikan affirmation atau saranan . Apabila minda separa sedar menerima arahan tersebut. Ianya akan berfungsi membenarkan setiap saranan yang dihantarkan supaya menjadi kenyataan. Namun begitu terdapat kaedah-kaedah yang perlu dilakukan bagi melepasi tiga filter atau barrier yang terletak di minda sedar, sebelum saranan atau affirmasi dapat dihantar ke minda separa sedar. Bersambung..

Next Page »